[kl-bogel] Sebiji Rambutan di Denmark RM 1.60?

http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2010/11/sebiji-rambutan-di-denmark-rm-160.html


Rambutan, Manggis, Buah Mata Kucing, Durian dan Jantung Pisang pun ada dijual
Ya, memang benar. Harga sepaket kecil buah Rambutan di Denmark adalah 35kr (RM 20) Dengan hanya berisi 12 biji, maka sebiji adalah RM 1.60. Fuhh, kejam betul. Kalau kutahu, akan kumakan sepuas-puasnya buah rambutan di keliling rumah kat kampung sebelum datang ke mari.
Petai, kacang botol, kunyit hidup, ketiak jagung pun ada
Begitu la mahalnya kos barang-barang di sini. Tapi, kalau nak berkira-kira sebelum makan, maka kelaparan la kami. Walaupun jauh diperantauan, kebanyakan barang-barang dapur boleh dicari disini. Di Central Market iaitu bersebelahan dengan Central Station Copenhagen, terdapat beberapa kedai yang menjual barang keperluan dari Asia. Terdapat juga daging halal dijual disini. 
Thai Bazar. Nampak tu berkampit-kampit beras siam. Berapa la harganya
Kabul Market. Antara kedai yang macam-macam ade!
Pendek kata semua ada di sini dari kicap, ikan kering, perencah tom yam, bihun, petai, manggis, daun pisang semua ada. Dalam kesibukan mencari barang-barang, sempat juga mataku scan barang dari Malaysia. Antara barang-barang buatan Malaysia yang dijumpai. 

1) Jem kaya Cap Kipas Udang dari  Johor Bahru

2) Bawang Goreng dari Bukit Mertajam
3) Jelly Buah Nangka dari Klang

Ikan Haruan pun ade. Berapa ringgit la sekor ni
              Tengok tu macam-macam ade. Budu tak de plak

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana