[kl-bogel] 1001 CERITA TENTANG BERKHATAN

"Kini Aku Sudah Dewasa"


Kedua-dua tangan 'D' tangan kiri melintang dada hujung jari ke kanan, jari kanan dijatuhkan mengena jari kiri (Klik SINI Untuk Visual)


"Putus! putus! mak putus mak! aku punya putus!" sayup-sayup kedengaran jeritan suara nun jauh dihujung kampung, menandakan bahawa si mangsa telah putus anunya

Bukannya putus semua pun, tapi sebahagian kecil jek kulit terlebih yang dah kena potong...membawa maksud si empunya badan telah pun menjejakkan sebelah kakinya ke alam dewasa

Masuk Jawi? Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ker? Kenapa nak masuk Jawi? Kena tangkap khalwat?...Eeii...malunya! besarnya kemaluan...

Masuk Jawi, berkhatan ataupun bersunat, kesemuanya membawa maksud yang sama iaitu membuang hujung anu atau bahasa kasarnya membuang kulup

Maksud berkhatan secara ilmiahnya ialah; memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan

"Hei budak! engkau jangan nakal-nakal nanti aku sunat karang baru kau tau"

Kalau dulu kanak-kanak jadi gerun & cuak bila dengar perkataan macam tu diungkapkan oleh orang dewasa...tapi sekarang dah tak lagi, malah dengan penuh berani mereka menjawab;

"Sunatlah...tak takut pun" sambil menjelir-jelir lidah & menganjing-nganjing

"Nor Iskandar nak bersunat tak musim cuti sekolah ni" tanya seorang bapa kepada anak lelakinya

"Nakkkk!!! nak!!! Is nak sunat sangat-sangat macam kawan Is...seronoknya dapat duit banyak-banyak boleh beli PS3"

Inilah jawapan anak-anak zaman millenium yang semakin berani berbanding budak-budak zaman Tok Kadok dulu...sebaik saja mendapat berita yang mereka akan dikhatankan, habis keluar semua peluh jantan sampai tak tidur malam memikirkan azabnya

Tapi kalau tak berkhatan takut digelar Si Kulup pulak oleh rakan-rakan sebaya...Si Kulup ialah gelaran yang diberikan kepada mereka yang masih belum berkhatan...takkan sampai dah besar panjang (dewasa) pun masih nak digelar dengan panggilan nama Si Kulup

Mr. Google Images
Kalau ikut adat Melayu dulu-dulu, sebelum upacara berkhatan dijalankan, orang yang nak dikhatankan akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik...siap ada yang dipakaikan dengan kalung emas dan pelbagai aksesori yang lain...macam nak kahwin pun ada, padahal cuma nak potong sikit bahagian yang kulup tu jek...itu pun nak buatgrand-grand

Kemudian, pagi-pagi lagi mereka akan diarak beramai-ramai sambil diiringi dengan paluan kompang menuju ke tempat untuk dimandikan...glamer lah jugak tapi dalam hati cuak bila terbayangkan pisau Tok Mudim...setibanya di tempat permandian, mereka diminta untuk makan ubat jampi iaitu sireh dengan kapur beserta pinang...tak tahulah apa tujuannya...orang tua dulu-dulu kan banyak pantang & petua

Semua peserta akan diberikan kalungan bunga dileher masing-masing, macam pemenang pingat emas Sukan Komanwel ke-19 yang berlangsung kat negara India tu...lepas tu dimandikan pulak dengan air bunga-bungaan pelbagai jenis yang kononnya telah dijampi...air yang digunakan biasanya dicedok dari tempayan besar...bayangkan betapa sejuknya air tu sampai ada yang menggigil-gigil kesejukan bukannya sebab ketakutan

Tapi, zaman sekarang orang panggil bomba lagi senang & lagi ramai yang boleh dimandikan dalam satu masa...just pancut air jek & budak-budak pun lagi seronok macam mandi air hujan sampai lupa yang mereka akan di khatankan sebentar saja lagi

Sebenarnya, tujuan utama orang dulu-dulu buat macam ni bukan apa, just untuk meredakan stress atau ketakutan sebelum upacara potong-memotong berlangsung...air kan boleh buatkan manusia jadi cool@tenang...maunya tak takut, pisau Tok Mudim zaman dulu bukan main scary lagi...bila dah buat macam-macam benda (walaupun kadang-kadang agak mengarut), tumpuan pada rasa takut tu berkuranglah sikit

Kiranya ni macam kesan psikologilah...pandai gak ek nenek moyang kita dulu-dulu tentang ilmu sains & psikologi ni...boleh mengalahkan Sigmund Freud pakar psikologi yang terkenal dengan Teori  Psikoseksual tu...

Mr. Google Images
Kalau inilah pisau yang digunakan oleh Tok Mudim memang aku siang-siang lagi dah cabut baik sunat sendiri jek...

Sebelum berkhatan ni banyak kisah-kisah dongeng yang akan diceritakan oleh rakan-rakan yang dah pun melaluinya...ada yang cakap kena potong pakai kapak, yang pakaichainsaw pun ada..bayangkanlah kulit zakar dipotong dengan chainsaw mau tersiat macam kulit pokok kayu balak...punyalah ngeri kalau dengar mau tak jadi nak potong postpone tahun depan jek

Mr. Google Images
Tengoklah mata gigi chainsaw yang tajam buat tebang pokok kayu balak tu...ada ke nak dibuat potong si anu...ngerinya...rasa macam nak tukar jantina tak mahu jadi orang lelaki

"Adoi! mak! sakitnya...sakit zakarku..."...ada yang menjerit ada yang mengadoi...yang menangis melalak pun ada punyalah takut...ada yang berlari keliling kampung sambil dikejar oleh Tok Mudim & orang-orang kampung sebab takut punya pasal bila tengok pisau Tok Mudim...ada jugak yang tersenyum macam takde apa-apa berlaku...gentleman sungguh cik abang ni

Waktu tunggu giliran berkhatan adalah waktu yang paling kritikal sekali...sebaik sahaja terpandang batang pisang yang dibuat alas seperti kerusi itu, ia boleh diibaratkan macam banduan akhir yang menunggu masa untuk dilaksanakan hukuman mati di atas kerusi elektrik...begitulah kalau nak diumpamakan...tapi, zaman moden sekarang ni dah tak perlu duduk atas batang pisang lagi

Apa yang perlu dibuat cuma perlu baring atas katil pembedahan, sambil tutup mata kalau tak sanggup nak tengok...kemudian, dicucuk dengan ubat bius sampai terasa kebas semua sekali, rasa macam orang nak cabut gigi...terasa besar semacam pun ada...kemudian kedengaran bunyi gunting yang sedang memotong sesuatu yang agak rangup...bila tengok nampaklah darah tapi tak terasa pun sakitnya

Kalau berkhatan kat hospital, kita boleh tengok muka masing-masing dengan pelbagai reaksi sebaik sahaja keluar dari pintu bilik pembedahan kecil...kalau tengok yang keluar tu buat muka tersenyum maka legalah sikit jiwa & sanubari...tapi, kalau tengok yang keluar tu menangis meraung-raung bertambahlah sayu hati bila mengenangkan nasib kita selepas ini

"Next please..." kata si doktor kepada si jururawat

"Azab aku dah lepas...engkau bila lagi" lagilah terguris bila dengar ayat macam ni yang diluahkan oleh rakan-rakan

Bila dah berakhir semuanya, barulah rasa lega sampai tak terkata...tapi, ada satu lagi episod selepas itu...lepas dari bersunat kenalah berpantang takut 'bentan' orang kata, bukan habis macam tu jek...kicap, telur, seafood or apa-apa benda yang boleh menyebabkan gatal-gatal tak boleh dimakan...kadang-kadang cuma makan bubur & lauk macam orang lepas bersalin

Malas nak ikut pantang sebenarnya, tapi bila ditakut-takutkan dengan macam-macam cerita terus tak jadi nak lawan pantang...ada yang cakap kalau tak pantang nanti benda tu jadi besar & bengkak, kalau makan kicap nanti benda tu jadi hitam, kalau makan telur or udang nanti jadi gatal & bernanah macam siflis...siapa yang tak takut kalau aset berharga jadi macam tu rupa...gua takut beb!

Bersunat zaman sekarang ni orang dah tak perlu pantang sangat...semua benda dibedalnya...lagipun luka cepat dah sembuh...paling lambat pun 1 minggu...tak macam dulu sampai ada yang berbulan-bulan mengalahkan orang beranak pantang 44 hari

Masa first time nak buang air kecil lepas bersunat, mak aii! punya lah sakit...cis! terasa ngilunya sampai sekarang...yang paling tak tahan sekali 'bila masa tu' (bagi orang lelaki pahamlah apa maksud yang tersurat & tersirat)...especially di waktu pagi hari

Peh! punyalah sakit...terpaksa cari tempurung kelapa untuk diketuk pada kepala lutut kasi dia kendur balik...kalau tak meraunglah sebab luka tak sembuh lagi tapi benda tu tiba-tiba nak menegang pulak...kadang-kadang terpaksa mintak bantuan orang lain untuk tolong ketuk

Masa berkhatan yang paling best sekali bila ramai jiran-jiran, saudara-mara yang datang menjenguk...kebanyakkan yang datang akan bagi duit pada si yang kena khatan...dah macam jadi satu adat semua buat macam tu...banyaklah duit yang dapat sampai boleh buat beli basikal dengan harga cash...no hutang-hutang or bayar ansur-ansur

Dalam pada tu, ada pulak yang mata gatal siap nak tengok lagi benda alah tu...kalau yang lelaki biasanya tak mahu tengok sangat sebab dia orang dulu pun sama gak macam tu...yang jadi masalahnya bila atok-atok atau makcik-makcik pun nak amik kesempatan nak tengok macam mana rupanya berkhatan (macamlah sebelum ni tak pernah tengok)...cucu & anak gadis yang ikut diaorang pun malu-malu tapi join jugak tengok sama-sama

Habis diselaknya kain yang dok tergantung dengan tali tu...siap gelak-gelak sekali entah apa yang melucukan aku pun tak tahu...yang anak daranya pulak tersipu-sipu malu kononnya, tapi join tengok jugak...si tuan punya badan punyalah malu, tapi apa boleh buat darurat...relakanlah diri dipertonton sedemikian rupa dengan hati yang pasrah...rasa macam kena rogol pun ada

"Masa macam nilah peluang nak tengok...esok lusa kau dah besar nanti dah tak boleh tengok lagi dah" usikan nakal dari makcik yang dah separuh abad umurnya sambil tertawa miang...betul jugak apa yang makcik ni cakap, inilah peluangnya...mana tau dah besar glamer jadi artis ke, ada jugak memori makcik tu nak cerita kat anak-anak cucu dia

So, lepas ni kalau sesiapa yang ada peluang, tengok jangan tak tengok...ambillah kesempatan terbaik ini...tapi ingat, hanya boleh tengok kanak-kanak yang belum akil baligh sahaja...yang dah kategori dewasa tak digalakkan untuk dilihat...lagipun takkanlah orang dewasa umur 30-40 tahun yang baru berkhatan pun nak diselak kainnya...takut terperanjat pulak makcik-makcik, mau nanti mati terkejut beruk kenaheart attack or kena tempeleng dengan tuan punya badan

Ada jugak yang cakap kalau bersunat jangan bagi orang perempuan tengok anunya..nanti lagi lambat nak sembuh

Mr. Google Images
Inilah rupanya alat kelamin laki-laki sebelum dan sesudah dikhatankan...cuba tengok gambar yang sebelah kanan tu, kan elok rupanya tanpa kulup...nampak hensem & bergaya, menjadi pujaan wanita di luar sana...oppss!

Tapi bersunat zaman sekarang ni dah tak thrill & adventure macam waktu zaman nenek moyang kita dulu...kalau bersunat kat hospital lagi senang, balik rumah dah boleh pakai seluar siap ada yang main bola lagi...teknologi yang ada sekarang ni membolehkan luka bersunat cepat sembuh & kurang menyakitkan

Kalau Tok Mudim zaman dulu mana ada guna bius atau ubat penahan sakit macam sekarang ni...dia orang cuma guna jampi, petua, tangkal atau ayat-ayat Al-Quran...itulah istimewanya Tok Mudim dulu-dulu dada penuh dengan ilmu...tak dinafikan jugak kaedah berkhatan cara moden adalah yang terbaik buat masa ini, sebab tempoh masa untuk sembuh lebih singkat berbanding dengan carakonvensional

Mr. Google Images
Inilah alat berkhatan termoden yang berada dipasaran pada ketika ini...hanya perlu sepit & kepit sahaja...yang terbaru potong pakai laser pun ada...tak perlu potong dengan menggunakan benda-benda tajam yang mengerikan tu...buat sendiri kat rumah pun boleh kot?...dah macam alatan D.I.Y (Do It Your Self)...nak sunat hari-hari pun boleh...nak ker?

Mungkin ada yang baca cerita ni tersenyum kambing sebab teringat memori waktu bersunat dulu...setiap orang yang bergelar lelaki pasti ada memorinya yang tersendiri mengenai peristiwa berkhatan ni...bagi yang perempuan tak ingat apa-apa kot, sebab biasanya berkhatan waktu bayi lagi mana nak ingat

Apa yang ada kat bawah ni pulak adalah perkara-perkara fakta tentang berkhatan atau bersunat yang aku google segala maklumat-maklumat tu & paste kat sini (sorilah tak dapat nak sertakan linknya sekali)...bukan macam cerita yang kat atas ni banyakauta@temberang jek lebih saja aku nak kasi sedapkan cerita...tapi bukan semuanya auta...Kalau tak percaya tanyalah kat orang lelaki yang ada kat sebelah tu...???


<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>


Hukum Berkhatan
Ada di kalangan ulama' iaitu termasuk Imam Abu Hanifah, Hasan Al-Basri dan sebahagian ulamak mazhab Hambali mengatakan hukumnya sunat sahaja. Namun, kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Auza'i, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib. Menurut Imam Malik, orang lelaki yang belum berkhatan tidak boleh menjadi imam sembahyang dan tidak layak menjadi saksi

Hujah para ulama ini berasaskan beberapa dalil iaitu antaranya hadis Imam Ahmad dari `Utsaim bin Kulaib, bahawa seorang sahabat datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Saya telah memeluk Islam"...Baginda menjawab: "Bersihkan dirimu dari rambut kekufuran dan berkhatanlah"

Harb meriwayatkan daripada Al-Zuhri, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda; "Barangsiapa yang memeluk Islam hendaklah berkhatan walau pun dia telah tua"

**Kadang-kadang kelakar jugak bila dengar orang yang dah tua nak berkhatan terutama sekali bagi saudara-saudara baru yang baru memeluk agama Islam...umur dah 40 tahun nak dikhatankan...ada yang cakap kulit daging dah liat tak larat pisau atau gunting nak potong...apa-apa pun hukumnya tetap wajib...potong tetap kena potong sebab ada hikmahnya

Cara Berkhatan Bagi Lelaki
Cara berkhatan yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu keseluruhannya. Jika dipotong sebahagian sahaja daripada selaput kulit itu, wajib dipotong bakinya sekali lagi

Cara Berkhatan Bagi Perempuan 
Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W menegur Ummu 'Athiah R.A. dengan bersabda:

Maksudnya: "Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh)" Hadis riwayat ath-Thabrani



**Apakah akibatnya jika orang perempuan tidak dikhatankan?

Ada yang cakap orang perempuan kalau tak dikhatankan perangai jadi menggeletis, terkinja-kinja, menggedik-gedik atau mengelejat...entah bahasa apa aku pun tak tahu bahasa yang mudahnya 'gatal atau miang'...mungkin jugak ek? tengok anak dara sekarang ramai yang gatal-gatal & miang sampai suami orang pun dia nak dikebasnya...tak sunatlah tu gamaknya...hoho!

Masa Atau Waktu Berkhatan
Tersebut dalam kitab al-Majmu', menurut ulama-ulama Syafi'eyah masa wajib untuk berkhatan itu ialah selepas baligh dan berakal. Namun begitu, adalah sunat dan digalakkan kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak mereka semasa mereka masih kecil lagi kerana ini lebih memberi manfaat kepada mereka, luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna

Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir katanya, bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh (selepas kelahiran) mereka

Sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, melainkan jika dia lemah, tidak berdaya (tidak tahan) menahan kesakitan berkhatan apabila dijalankan ke atasnya. Maka dalam hal ini hendaklah ditangguhkan berkhatan itu sehingga dia berdaya menanggungnya, dan makruh dikhatankan anak sebelum hari ketujuh dari hari kelahirannya

Jika tidak dapat dikhatan pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari keempat puluh. Jika terlewat (tidak dikhatankan) juga, sunat dikhatankan pada masa umurnya tujuh tahun. Dalam hal menentukan masa berkhatan ini, anak lelaki dan anak perempuan adalah sama

**Tapi, lazimnya budaya berkhatan kat Malaysia ni ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 11-12 tahun...mungkin budaya ini boleh kita ubah pada masa akan datang jika berpandukan kepada hadis Rasullulah S.A.W ni...kita boleh awalkan sikit umur berkhatan ni kot tak payah tunggu dah besar panjang

Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan 
Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan.

Sudut Keagamaan

  • Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam
  • Sebagai menyempurnakan tuntutan syarak yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim
  • Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain, namun begitu pada masa sekarang orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan
  • Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Taala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya


Sudut Kesihatan
  • Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin
  • Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dijangkiti penyakit kelamin, seperti kanser dan lain-lain penyakit

Dr. Sobri Al-Qubbani dalam bukunya bertajuk `Kehidupan dan Seksologi' menyebut bahawa berkhatan mendatangkan manfaat-manfaat berikut dari sudut kesihatan:
  • Pembuangan kulit berkenaan membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
  • Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersendat kepala zakar ketika berlunjur
  • Mengurangkan risiko kanser prostat
  • Anak-anak yang berkhatan awal kurang risiko sindrom terkencing malam

Perkara di atas juga dibuktikan oleh pakar bedah, Dr Gerald Weiss yang menegaskan tanpa berkhatan, bahagian di bawah kulit menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat jangkitan (cesspool of infection). Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan mengenai satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya dan mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya daripada kalangan lelaki tidak berkhatan. Justeru, mereka merumuskan khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar dan penemuan itu dimuatkan dalam majalah Pediatrics.

Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya 'Perubatan Islam Kontemporari', menjelaskan banyak kajian dilakukan menunjukkan berkhatan mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya; risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat itu menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

Mengikut pakar kanak-kanak terkenal, Dr Edgar J Shoen, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siflis, chancroid dan genital herpes. Berdasarkan hasil kajian, jelaslah orang yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit merbahaya.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita.

Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.

Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.

Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'. Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.


SEKIAN.....TERIMA KASIH.....FROM ODAHONE WITH LOVE


*nota kaki berbau :
Kepada Sang Lelaki diluar sana (yang rasa dirinya masih kulup), maka berkhatanlah anda sebelum anda dikhatankan. Sesungguhnya berkhatan itu boleh menghindarkan diri anda dari digelar sebagai "Si Kulup"


--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana