[kl-bogel] Mee Udang | Pulau Aman.

http://hawkmtb.com/?p=1763
Bergambar sebelum ke Pulau Aman.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Assalamualaikum dan Salam sejahtera…!!

Seperti yang dirancangkan, minggu ni kami berkayuh sambil beriadah, seramai 12 orang berjaya dikumpulkan untuk kayuhan minggu ini.

Tempat yang dicadangkan oleh Abg Nan ialah Trail Batu Kawan, rombongan 'Che Nan' ni bertolak dari Taman Ara Indah dalam pukul 7.45 am waktu tempatan dan sampai di Stadium Batu Kawan dalam pukul 8 lebih.

Kayuhan dimulakan dalam pukul 8.15 am, pada mulanya cadangan trail yang nak dilalui ialah singgah ke 2nd penang brigde, naik ke pencawang, turun downhill offroad pastu ke Jeti seterusnya pergi ke Pulau Aman, makan mee udang, disebabkan sampai pun dah lewat skit, cadangan nak ke 2nd penang bridge tu terpaksa dibatalkan, terus naik ke pencawang, pastu downhill offroad, terus ke jeti pulau aman untuk menikmati mee udang Pulau Aman yang mengiurkan.

Rombongan 'Che Nan'.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Abis je misi menawan pencawang Batu Kawan, perjalanan diteruskan lagi, untuk turun ke Jeti Pulau Aman, kami menyusuri Downhill, bekas peninggalan mini jamboree yang dibuat oleh Geng 3G tahun lepas, trek downhill yang begitu mengasyikkan tu dituruni dengan perasaan yang begitu teruja oleh rombongan 'che nan'.

Setiba di kaki batu kawan, perjalanan diteruskan lagi ke Jeti Pulau Aman, satu lagi bukit didaki untuk sampai ke Jeti terpaksa ditempuhi oleh rombongan 'che nan' nih, mee udang punya pasai…redah jer. Tibanya di jeti, tiket dibeli, harga tiket untuk ke Pulau Aman ialah satu kepala sekali dengan basikal ialah RM 10.00, dua hala punya harga.

Sampai di Pulau Aman, cadangan dikemukakan, samada nak round the island dulu ke ataupun nak p pekena mee udang dulu, setelah membuat perbincangan, sebulat suara mengatakan nak round island dulu. Orang kata kalau p Pulau Aman, kena p kat Telaga Emas, kalau tak p tak sah, orang la kata. Ekspidisi diteruskan lagi ke Telaga Emas, kemudian diteruskan lagi sehingga ke ujung pulau, sampai jalan mati, semua patah balik dan terus ke Restoran terapung untuk menikmati Mee Udang Pulau Aman.

Berjaya menawan pencawang Bukit Batu Kawan.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Kat bawah nih ada serba sedikit info tentang Pulau Aman.

Ayat dibawah dicopy dari Blog travelific

Bergambar setibanya di Pulau Aman.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


PULAU Aman? Namanya mungkin asing bagi sesetengah orang, terutama bukan penduduk Pinang berbanding lokasi tumpuan umum seperti Batu Feringghi, Bukit Bendera atau PulauPulau Jerejak.

Seindah namanya, begitulah yang dapat dinikmati apabila mengunjungi pulau berkeluasan 115.2 hektar itu yang berhampiran dengan tanah besar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Mee Udang Pulau Aman.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Mengunjungi Pulau Aman menjanjikan ketenteraman dan ketenangan menerusi sumber alam semula jadi yang masih tidak terusik selain daripada menambah lagi ilmu pengetahuan atau sejarah tanah air.

Percaya atau tidak, pulau yang juga perkampungan nelayan itu menawarkan pengalaman menarik dan menakjubkan.

Mendengar nama Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung dan Batu Perompak pasti mencetuskan kemusykilan untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Malah, pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di pulau itu yang ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890, menjadikan usianya kini 120 tahun dan disahkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi).

Mengikut cerita penduduk, Pulau Aman diterokai pada 1783 selepas meletus peperangan di antara Kedah dan Siam sebelum pulau itu menjadi tempat berlindung.

Selain itu, pulau berkenaan turut menjadi tempat lanun atau perompak berselindung serta menyembunyikan senjata api.

Sejak itu, satu demi satu sejarah Pulau Aman terlakar sehingga mewujudkan pelbagai destinasi menarik yang kini menjadi tumpuan pelancong.

Jika ke situ, kunjungan tidak lengkap jika tidak ke Telaga Emas yang terletak beberapa meter saja dari pantai di utara pulau.

Berdasarkan sejarah, seorang penduduk pulau itu menemui mata air yang mengalir di tepi pantai pada 1789 sebelum menggalinya untuk dijadikan perigi atau telaga bagi kegunaan penduduk kampung.

Ketika menggali, cangkulnya terkena objek keras dan selepas diperiksa, objek itu adalah tempayan emas.

Penduduk kampung yang dimaklumkan mengenai kejadian itu, bergegas ke tempat berkenaan sebelum mendapati tempayan itu tiada sebaliknya cuma batu berwarna kuning keemas-emasan.

Inggeris yang ketika itu mentadbir Pulau Pinang, menghantar ketulan batu emas itu ke negara berkenaan untuk dianalisis dan keputusannya, batu itu hanya berwarna emas.

Bergambar di Telaga Emas.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Menariknya, meskipun terletak kurang dua meter dari tepi pantai, kandungan air perigi itu tidak masin sepertimana air laut.

Berhampiran Pulau Aman, terletak Pulau Gedong yang mengandungi Batu Perompak, Batu Payung, Gua Lanun, Gudang Peluru dan Makam Purba.

Batu Perompak diberi gelaran sedemikian kerana ia menjadi tempat lanun berehat manakala Batu Payung pula terletak berhampiran pantai dengan batu berbentuk payung.

Gua Lanun adalah gua yang menjadi tempat berlindung lanun suatu ketika dulu manakala Gudang Peluru, dijadikan tempat simpanan senjata api lanun.

Ketika pemerintahan Inggeris pada 1901, sebuah bangunan dibina di atas tapak berkeluasan 12×6 meter persegi bagi tujuan menyimpan bahan letupan dan memantau laluan kapal laut.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk Pulau Aman, Yaakob Talib, berkata tempat peninggalan itu antara tarikan Pulau Aman yang kini mula memberi tumpuan kepada sektor pelancongan.

Katanya, sebelum ini iaitu pada 1950-an, pulau itu didiam lebih 1,000 penduduk, termasuk Cina sebelum beransur kurang berikutan ramai penduduk bekerja dan menetap di tanah besar.

"Hari ini ada kira-kira 250 orang saja yang tinggal atau 48 keluarga dan kami kenal rapat antara satu sama lain.

"Begitupun, bilangan yang tinggal ini hanyalah orang tua atau warga emas dan kanak-kanak manakala golongan belia, kebanyakannya berpindah sama ada selepas tamat sekolah atau berkahwin," katanya.

Aku & Pulau Aman.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar…


Fenomena itu dipersetujui Sanusi Ismail, 45, yang berkata penghijrahan belia pulau itu ke luar menyebabkan golongan berkenaan semakin berkurangan.

"Hari ini, tidak ramai berminat meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka sebagai nelayan. Selepas tamat sekolah, mereka ke tanah besar mencari pekerjaan.

"Kini hanya ada kira-kira 30 anak muda berusia 18 hingga 30 tahun. Di sini, hanya ada sebuah sekolah rendah manakala sekolah menengah di tanah besar.

"Begitupun, kami bersyukur kerana ada kemudahan air bersih dan tenaga elektrik yang disalurkan melalui paip dan kabel bawah tanah dari tanah besar," katanya.

Perjalanan ke Pulau Aman menaiki bot dari jeti Batu Kawan mengambil masa 30 minit. Menariknya, lalu di mana saja rumah penduduk, pasti ada pokok sukun.

Selain nelayan, penduduk di sini turut mengusahakan ikan masin, kerepek sukun, belacan serta ternakan ikan dalam sangkar.

Menginap di situ mendamaikan sama ada melihat matahari terbenam atau pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

Bagi mereka yang berhasrat untuk bermalam, pelbagai chalet disediakan pada kadar RM100 ke RM200 semalam.

Ada lagi gambar di Hawk MTB facebook

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana