[kl-bogel] Lelaki Jadi Gay Kerana Kurang Serotinin


Selain gerakan toleransi terhadap kaum homoseks di beberapa negara di dunia (seperti yg terjadi di Malaysia pd tahun lepas), sehingga kini kajian tentang sebab terjadinya gejala homoseksualiti terus dilakukan. Salah satunya adalah kajian oleh Yi Rao dari Peking University dan National Institute of Biological Sceinces, Beijing.

Bahan kimia/hormon serotonin diketahui berpengaruh pada aktiviti seksual, seperti ereksi, ejakulasi, dan orgasme. Yi Rao kemudian meneliti pengaruh serotonin terhadap orientasi seksual tikus putih uji kajinya.
 
Untuk meneliti, Rao menggunakan tikus putih jantan yang telah diubah genetiknya. Tikus putih itu diubah genetiknya supaya tidak mampu menghasilkan serotonin dengan menyah-aktifkan gen yang berperanan dalam pembentukan serotinin.


Hasilnya, tikus putih tanpa serotonin dilihat lebih cenderung menyukai sesama jenisnya. Tikus putih tersebut mendendangkan lagu cinta dalam frekuensi ultrasonik yang biasanya didendangkan ketika ingin mengawan tikus betina.

Rao juga menemukan 60 peratus tikus jantan tanpa serotonin menghabiskan waktunya untuk bercumbu dan bergaul dengan gen sesama jenisnya. Sementara tikus jantan dengan serotonin pula lebih cenderung untuk  mendekati lawan jenisnya.

Ketika Rao memasukkan hormon serotonin ke badan tikus-tikus itu melalui jarum suntikan, hasilnya tikus-tikus tersebut kelihatan cenderung untuk tertarik pada lawan sejenisnya. Sementara ketika serotonin terlalu banyak, tikus tidak akan tertarik pada kedua-dua jenis.

Hal ini menunjukkan bahawa konsentrasi serotonin dalam tubuh tikus putih menentukan orientasi seksualnya. Serotonin perlu berada dalam kunatiti tertentu sehingga mendukung perilaku homoseks ataupun heteroseks.

Apakah hal yang sama menjadi sebab homoseksualiti pada manusia? Elaine Hull, pakar rodensia Florida State University yang tidak terlibat dalam kajian itu mengatakan, "Hal yang sama mungkin juga memengaruhi homoseksualiti atau biseksualiti pada manusia."


Namun, baik dia mahupun co-author kajian, Zhou Feng Chen mengingatkan agar kesimpulan kajian itu tidak disalah-ertikan atau dijadikan isu secara berlebihan. Hasil kajian itu tidak 100 peratus menjadi penyebab kepada orientasi homoseksualiti pada manusia.

"Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan lokasi otak yang terlibat dalam pengawalan serotonin, sebelum kita dapat membuat kesimpulan bahawa serotonin adalah bahan yang berpengaruh pada ketertarikan antara lelaki," kata Hull.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal Nature pada 24 Mac 2011 yang lalu. Kajian ini merupakan kali pertama saintis berupaya menghubungkaitkan pengaruh neurotransmitter seperti serotonin terhadap orientasi seksual.

Sebelum itu, kajian tentang sebab homoseksual juga pernah dilakukan, contohnya, kaitan antara volume otak kanan dan kiri. Setakat ini, beberapa penyelidik meyakini bahawa orientasi homoseksual adalah sesuatu yang telah semula jadi, bukan sebuah penyakit.

sumber: kompas.com

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana