[kl-bogel] NAKBA DAN MALAPETAKA
Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.
Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.
Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.
Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.
Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.
Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.
Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.
Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.
Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.
Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.
Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.
Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.
Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.
Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.
Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.
Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.
Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.
Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.
Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.
Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.
Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.
Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.
Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.
Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.
Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.
Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.
Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.
Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.
Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.
Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.
Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (TT)
nota:
tulisan ini tela disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
yang kini dalam pasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul
talipon : 03-22-72-40-45
17 ulasan:
-
-
pelajaran sejarah dari tt.
satu pencerahan untuk anak muda.
terima kasih tt.
kalau tt jadi cikgu sejarah aku dulu, mesti aku boleh score punya.
kah kah kah - 27 Julai 2011 3:34 PM
-
-
TT. Sejarah yang betul mcm ni aku rasa baik kalau kita komik kan. Orang kampong, makcik pakcik pun suka baca raja rimba, apatah lagi kalau sejarah macam ni di komik kan. Boleh punye. Minta zunar lukis kan. Ni harapkan penulisan tebal tebal. Buku terbitan SIRD pasal sejarah ni pun da banyak, tapi berapa kerat je orang baca.
- 27 Julai 2011 3:55 PM
-
-
Dear TT,
Another masterpiece from U.
Keep it up, TT. We all love you. - 27 Julai 2011 4:08 PM
-
-
imej bendera yang gagah perkasa..
- 27 Julai 2011 4:39 PM
-
-
Puak berhaluan kiri telah tewas dengan propaganda yang dimainkan oleh British dulu , contoh yang paling diingati sampai sekarang ialah asal sebut komunis mesti dikaitkan dengan 'takde agama" betul tak??dah berapa lama masyarakat melayu khasnye di momok2 kan dengan bende ni...asal sbut je komunis mula la para xpejuang nak EMO kan??siap cakap dalam TV3 lagi "aku sanggup mati dari biar chin peng masuk malaysia" ..ish ish ish sian aku tengok mangsa2 propaganda british ni...
- 27 Julai 2011 4:41 PM
-
-
ex fasibtn berkata:mereka yang berjuang menentang british adalah betul2 pejuang kemerdekaan...tp mereka yang mengikut telunjuk british bukan pejuang tapi petualang..sejarah ditulis mengikut skrip british..
- 27 Julai 2011 5:26 PM
-
-
Lagu negaraku cetak rompak..
Bendera pulak macam Amerika haram jadah...!
Memang dasar ngancukmak menteri melayu gerombolan ni...!!!
Muka tak tahu malu...
Jati diri engkorak bapak dia...
Bagi free pun tak ingin aku kibarkan.
Menteri melayu tak sedor diri... haram jadah...!!!
Udah tak ada idea....otak macam lembu...menipu je kerojenye.
Negara lain merdeka awal..selepas kekalahan Jepun...
1945.....1957
Hampir 12 tahun British melatih barua-barua melayu ni.....
Syabas isham...!!!
Ulang-ulangkan...ramai melayu gerombolan yang tak sedor diri lagi tu.... - 27 Julai 2011 6:27 PM
-
-
menentang british dianggap petualang. tapi yang berjuang untuk british dipanggil pejuang. "pejuang - pejuang" ini sering disanjung sebagai pejuang kemerdekaan. kononnya berjaya mengawal negara daripada dijajah oleh komunis. tapi diorang tak malu ke, gaji diorang dulu tu british yang bayar. sampai sekarang aku rasa sakit hati bile tengok gambar tok janggut kene gantung terbalik. sebelah die ade sorang "pejuang kemerdekaan" tengokkan aje arwah tok janggut. sakit hati bile arwah rosli dhobi dibawa ke rumah pasung oleh "pejuang" yang sama bangsa dengannye.
setiap kali bulan merdeka, tv, dan suratkhabar akan citer pasal komunis. kekejaman komunis sering dipaparkan. maka kite sume akan rasa marah dengan komunis sebab kononnye komunislah yang dah hancurkan negara malaysia.
tapi kite tak pernah didedahkan dengan orang2 melayu, cina dan india yang dah dibunuh dan diseksa dgn kejam oleh british.ISA digunakan untuk tangkap rakyat sesuka hati. lepas tu tak puas hati terus sahaja dibunuh. bila hilang nak supaya org kampung percaya tuduh komunis yang bunuh.jgn kite lupe dgn kekejaman di betong kali. 24 penduduk kampung dibunuh dgn kejam.
dalam buku sejarah di sekolah sering ditulis sume malapetaka yang berlaku di malaysia dari tahun 1948 sampailah kepada tahun 1989 angkara komunis. 13 mei, timbalan ketua polis negara kene tembak, helikopter nuri jatuh, dan macam2 lagi. citer sebenar disebalik sume kes tu tak pernah didedahkan dan diciterkan.
sudah sampai masanye pejuang kemerdekaan yang sebenarnye diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. satu sahaja caranye seperti bro tt ckp. humbankan UMNGOK ke bakul tong sampah pada PRU 13 nnt. insyaallah - 27 Julai 2011 7:01 PM
-
-
Macamlah kita belajar sejarah masa sekolah tahun 60an dulu kita belajar sejarah ikut skrip british umpamanya Salahuddin AlAyubi(Saladin)digambarkan sebagai Pengganas islam Dan Richard The Lion Heart sebagai pejuang.Sama apa yang berlaku sekarang
- 27 Julai 2011 8:26 PM
-
-
Macamlah kita belajar sejarah masa sekolah tahun 60an dulu kita belajar sejarah ikut skrip british umpamanya Salahuddin AlAyubi(Saladin)digambarkan sebagai Pengganas islam Dan Richard The Lion Heart sebagai pejuang.Sama apa yang berlaku sekarang
- 27 Julai 2011 8:27 PM
-
-
Syabas Bro Hisam, bongkarkan lagi sejarah yg telah ditutup olih british dan umporno untuk anak lepas merdeka.
- 27 Julai 2011 8:55 PM
-
-
Bro TT, syabas bro!!! Tabik hormat untuk Bro...!!! dari sini baru lah akan timbul semula nama2 pejuang2 kemerdekaan spt Burhanuddin Helmi, Ishak Hj Muhammad, Aminuddin Baki dsb...Merekalah diantara tokoh2 yang menjadi pelopor kepada Tanah Melayu yang merdeka. Tak lupa juga kepada Trajedi Natrah, Bro TT tlg ungkapkan balik dlm ruangan ni supaya generasi muda kita tau angkara siapa sebenarnya yang menyebabkan Natrah dipaksa kembali kepada orang tuanya walaupun telah menjadi muslimah dan bergelar isteri...
- 27 Julai 2011 9:27 PM
-
-
satu kupasan dan analisis yg menarik..aku guru sejarah..nampaknya ada sesuatu yg perlu aku sampaikan pada anak muridku nanti dalam bulan Ogos ini..TQ TT...
- 27 Julai 2011 10:29 PM
-
-
mana cerdik pandai umno mana?? bak datang fakta dari puak ngko pulak kalau apa yg TT tulis ni tak betui! kalau tak betul, lawan dgn fakta, bukan cakap2 kosong macam "tak betul ni tak betul", "ini barua komunis ni" atau pun jenis yg lari topik : "bertaubatlah ANUwar" ceh!! umno selamanya bodoh!! dulu, kini & selamanya! hak tuih!!
- 28 Julai 2011 1:15 AM
- Terbaik Dari Blog berkata...
-
mohon izin share
- 28 Julai 2011 1:27 AM
-
-
SAPA ADA BUAT BENDERA BERSIH 2.0 UTK KENDERAAN??? KALAU ADA KASI TAU LAA.. AKU NAK PASANG KAT MOTO.
NAK LAWAN KEMPEN KIBARKAN BENDERA LANCAULANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN MALAPETAKA/NAKBA KAH KAH KAH
MUSTI GUMPAKKKKKKKKKKK!! - 28 Julai 2011 2:56 AM
- Santo berkata...
-
sama2 kita tgk "10 Tahun Sebelum Merdeka" oleh fahmi reza. sudah available di youtube.
- 28 Julai 2011 11:55 AM
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment