[kl-bogel] Bayi dilahir dengan peluru di dalam otak!

http://maznirahim.blogspot.com/2011/07/bayi-dilahir-dengan-peluru-di-dalam.html


Seksyen A, halaman 14 akhbar Late City dan agensi berita AP pada 7 September 1982 telah menyiarkan satu berita pelik - mengenai seorang bayi yang dilahirkan dengan sebutir peluru terbenam di dalam otaknya!


Dari mana datangnya peluru itu? Sebenarnya bayi tersebut dilahirkan pada 5 Jun 1982 dalam keadaan tidak cukup bulan. Ketika itu ia baru berusia enam setengah bulan di dalam kandungan. Ibunya, Linda Whiteside yang baru berusia 17 tahun terpaksa melahirkan bayi tersebut lebih awal melalui pembedahan selepas ditembak dalam satu pertarungan cinta tiga segi.


Ia terjadi petang hari itu semasa Linda berjalan-jalan dengan kekasihnya, Ennis Walden di kawasan petempatan  pendatang asing yang terletak berhampiran rumah mereka di Miami, Amerika Syarikat. Tiba-tiba, seorang wanita yang dipercayai turut mencintai Ennis muncul dan terus menembak Linda dengan sepucuk pistol.

Peluru itu menembusi belakang, buah pinggang, pundi kencing serta usus Linda sebelum menerobos ke dalam rahim dan seterusnya ke arah kepala bayi yang dikandungnya. Peluru tersebut seterusnya menembusi tempurung kepala bayi sebelum berhenti betul-betul di tengah belahan otak kiri dan kanan.

Linda segera dikejarkan ke hospital dan proses caesarean dilakukan. Bayinya dikeluarkan dalam keadaan parah. Terdapat lubang di tempurung kepalanya.

Keadaannya yang kritikal itu menyebabkan doktor tidak berani melakukan pembedahan mengeluarkan peluru tersebut. Sebaliknya, bayi itu diberikan bantuan sokongan hayat, sampailah keadaannya benar-benar stabil dan bersedia untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan berisiko tinggi itu dilakukan pada 3 Ogos, 45 hari selepas Linda ditembak dan peluru berkenaan berjaya dikeluarkan. Bayi lelaki yang diberi nama Daniel Ennis Whiteside itu dibenar meninggalkan hospital beberapa minggu kemudian. Para doktor menggelarkannya sebagai 'Bayi Ajaib'.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana