[kl-bogel] DAP anti-Cina kerana utamakan Melayu, kata MCA

Tuduhan MCA bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap anti-Cina kerana terlalu mengutamakan kepentingan dan kebajikan orang Melayu telah mendedahkan pekung dalam Barisan Nasional.

Tuduhan itu mengejutkan UMNO dan BN sendiri kerana selama ini UMNO, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia, saban hari menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan DAP telah mengabai dan meminggirkan orang Melayu.

Tuduhan MCA

Semalam, Pengerusi Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa Guan Eng mengancam kepentingan kaum Cina di negeri itu kerana tidak menganugerah tender projek kepada kontraktor kaum Cina.

Dalam kenyataannya, Tan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak memberi kontrak kepada Bumiputera secara sewenang-wenangnya semata-mata kerana mahu dilihat adil.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA memetik kenyataan akhbar Guan Eng pada Rabu lalu yang menyatakan kontraktor Bumiputera termasuk India Muslim (serta 20 peratus daripada jumlah itu adalah wanita) telah mendapat 100 peratus kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran.

Malah Tan turut menyindir pemilihan kontraktor-kontraktor Bumiputera itu apabila mendesak Guan Eng supaya "memastikan kontraktor-kontraktor berkenaan mampu menyiapkan projek dan supaya tidak akan timbul masalah kepada infrastuktur negeri bagi menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat."

Nampaknya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri, Tan tidak sedar perubahan positif untuk rakyat semua kaum yang berlaku di sekelilingnya.

Urus tadbir CAT

Atau beliau sengaja buat-buta lupa apabila berkali-kali Guan Eng menjelaskan bahawa urus tadbir cekap, akauntabel dan telus ( CAT) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya memartabatkan kontraktor Bumiputera dengan sistem tender terbuka.

"Urus tadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Malah, pada tahun lalu, Setiausaha Agung DAP itu juga telah mendedahkan bahawa sejak 2008, UMNO menuduh DAP anti-Melayu manakala MCA pula menyerang DAP dengan tuduhan anti-Cina.

"MCA serang DAP anti-Cina bila kerajaan Pulau Pinang tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenangi sebilangan besar kontrak kerajaan.

"Kontraktor Melayu menangi 100 peratus kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98 peratus kontrak JKR," tambah beliau.

Berjaya tanpa perkauman

Malah, usaha kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang tidak berasaskan kaum atau kabel politik telah membuatkannya berjaya mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008, atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir CAT.

Kejayaan ini bukan sahaja disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang mana dicatatkan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan terbaik seajk 2008 tetapi juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pengurusan kewangan yang sihat itu telah membolehkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang digunakan untuk memenuhi keperluan rakyat termasuk mengadakan program terbaru Anak Emas Pulau Pinang, tanpa mengira kaum dan agama.

Apakah MCA mahu menuduh DAP atau kerajaan negeri Pulau Pinang zalim kerana membantu dan menghargai warga negeri tanpa memilih bulu?

Dalam masa tiga tahun sahaja, kerajaan negeri Pakatan telah melaksanakan pelbagai program, sama ada yang memang dikhususkan untuk orang Melayu dan Islam atau untuk semua tanpa mengira kaum, demi kepentingan dan kebajikan anak negeri.

Pulau Pinang telah dan akan terus melaksanakan program penghargaan warga emas dengan member sumbangan RM100 setahun dan RM1,000 sekali sahaja kepada warisnya dan memperluaskannya pemberian RM100 setahun kepada ibu tunggal dan orang kurang uopaya (OKU);  dengan kos RM20 juta sehingga tahun lalu.

Pemberian sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada setiap keluarga miskin untuk menarik mereka keluar dari garis kemiskinan tegas dengan kos lebih RM3 juta setahun serta menghapuskan deposit meter air RM70 bagi keluarga termiskin juga dilaksanakan dan diteruskan.

Usaha memperluaskan pemberian bantuan pembangunan kepada sekolah bantuan Cina, Tamil, mubaligh, sekolah menengah bebas Cina dan sekolah agama rakyat (SAR) dengan kos RM12 juta tahun lalu sahaja.

Program rakyat untuk semua kaum

Bagaimana boleh diterima tuduhan MCA bahawa DAP anti-Cina dan tuduhan UMNO bahawa DAP anti-Melayu apabila program dan projek untuk semua kaum telah dan sedang dilaksanakan?

Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah membina dan mengekalkan modal insan dengan menubuhkan Majlis Sains Negeri Pulau Pinang dan Penang Tech Centre melebihi RM100 juta demi menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi.

Kesesakan lalu lintas juga telah dan sedang diatasi dengan pelbagai usaha serius. Kerajaan negeri telah berjaya mencatat sejarah dengan menyediakan kemudahan bas awam percuma "Bridge Express Shuttle Transit" (BEST) melalui projek Park and Ride.

Sebanyak 16 bas telah disediakan oleh Rapid Penang dengan kerajaan negeri  memperuntukan dana berjumlah RM1.05 juta untuk melaksanakannya sejak 1 Mac lalu.

Kerajaan Pakatan pimpinan Guan Eng juga sedang mengkaji cadangan membina jalan dan terowong untuk menghubungkan kawasan kesesakan trafik di bawah kawalan kerajaan negeri dari Jalan Pangkor (Gurney Drive) ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan dari Lebuhraya Thean Teik ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Walau pun anggaran kos RM4 bilion agak besar, ia adalah kerana akan berlaku pengambilan tanah yang mahal. Namun, sistem tender terbuka di bawah urus tadbir CAT dijangka dapat menghasilkan bidaan terbaik dengan kos yang lebih rendah.

Tentunya usaha mengatasi kesesakan lalu lintas ini bukan untuk Cina atau Melayu atau mana-mana satu kaum. Malah, bukan sahaja warga Pulau Pinang akan lebih selesa, pelancong dari seluruh negara serta dari dunia luar juga akan mendapat faedah pengurangan kesesakan lalu lintas.

Beranikah MCA kecam UMNO?

Memang banyak program dan projek yang telah dan sedang diusahakan di Pulau Pinang yang mendapat sambutan serta sokongan rakyat berbilang kaum.

Tidak ada salahnya MCA mengkritik kerajaan negeri Pakatan Rakyat jika ia berasaskan fakta dan maklumat yang tepat serta benar.

Tetapi adalah lebih jujur jika kritikan atau kecaman MCA dilemparkan kepada UMNO dan BN di peringkat pusat serta di negeri-negeri di bawah tadbiran UMNO.

Bukankah di sana kontraktor-kontraktor Cina dikatakan lebih "terpinggir"?

Atau jika mereka tidak diabaikan sekali pun, hanya usahawan besar kaum Cina sahaja yang dikatakan menikmati dasar ekonomi UMNO kerana sering didengar tentang kontraktor-kontraktor UMNO meng"sub"kan projek yang mereka perolehi kepada orang lain…

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/07/lge-cauvinis.jpg

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana