[kl-bogel] Antara Ikan Puyu & Rebung Buluh.


Hidup itu indah. Terpulanglah pada seseorang individu itu untuk menilaikannya.

Bila mai tengah tengah malam macam ni, saya selalu teringatkan hidup sewaktu di kampung zaman rumah kayu bertiang seribu dan berbumbung atap daun rembia. Kena mai waktu musim hujan lebat - basah "lokoih" la kami sekeluarga.


Ikan Puyu.

Hidup zaman kanak-kanak dulu banyak dihabiskan dengan mengail ikan puyu - orang putih kata,climbing perch. Kalau nasib baik dapat la dalam 20-30 ekor sepetang. Balik mai rumah, tok wan jadi mangsa siang ikan, mak pula kena paksa goreng ikan sampai garing. Adik pula kena la masak nasik bagi panas panas atau gaul ikan buat pekasam.


Rebung buluh. 

Time dulu-dulu, ulam pun banyak-jantung pisang, kacang botoi, rebung buluh, pucuk kadok,petai dan daun cekoq. Boleh dikatakan seluruh tempat ada.La ni mana nak cari benda benda tu semua.Tu la makanan kegemaran saya. Satu lagi, toyu (kicap) dan telor goreng mata kerbau wajib kena ada.

Maklumlah, selera orang kampung.

Hmmmm ...Nostalgia dan sejarah. 25 tahun lalu, nostalgia hidup di kampung memberi sejuta pengertian untuk saya dan memori untuk generasi hari ini.Saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana masih diberi peluang menjalani kehidupan sebagai orang Melayu yang asal usulnya dari sebuah kampung kecil di luar bandar Alor Staq !




*** Minta maaf sebab sesetengah bahasa menggunakan loghat Kedah. Images - Credit to Google***

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana