Sunday, July 31, 2011

[kl-bogel] Road Trip to Hamburg & Amsterdam

http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2011/04/road-trip-to-hamburg-amsterdam.html
Part 1-Hamburg, Germany
Easter holiday memang haram disambut bagi muslim kerana bersifat keagamaan (Christian). Di Denmark, cuti easter yang terdiri dari beberapa hari penting bagi mereka seperti Palmesøndag,  Skӕrtordag, Langfredag dan Påskedag (2 hari) dan menjadikan cuti easter adalah seminggu lebih. Lalu timbul idea untuk menyewa kereta oleh jiran seMalaysia (keluarga Mr Shams) dan keluarlah ayat "Jom ke Hamburg & Amsterdam".
From Copenhagen to Hamburg-Bremen-Amsterdam-Volendam
Kebetulan Cik Puan Isteri masih di Malaysia kerana menyertai conference di KL, tawaran menemani jelajah berkereta ke Jerman&the Netherlands di sambut dengan hati yang terbuka. So, macam spontaneous trip la ni. Kami menyewa kereta untuk beberapa hari. Ingatkan dapat kereta Audi tapi dapat Ford Galaxy C-Max (kat sini harga untuk sewa kereta Audi, BMW, Volvo, Mazda atau Ford lebih kurang sama je harganya). Memandu sebelah kiri agak kekok pada awalnya kerana dah terbiasa dengan pemandu di sebelah kanan di Malaysia. Namun, alah bisa tegal biasa jadi pro.

Kami bergerak pada hari Rabu. Kalau mengikut google maps, jarak Copenhagen ke Amsterdam adalah 829 km. Tapi ada 2 laluan, samada menaiki ferry ke German atau melalui jalan darat (German bersempadan dengan semenanjung Jutland, Denmark di bahagian utara). So, kami pergi memilih laluan ferry dari Rødby (Denmark) ke Puttgarden (German) dengan kadar 559kr/RM328 untuk perjalanan sehala dan menggunakan jambatan bertol di Denmark semasa pulang (220kr/RM129 sehala).
Membawa kereta menaiki Ferry di Jetty Rødby (Denmark) ke Puttgarden (German)
Kami tiba di Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman jam 3.45pm ptg. Suhu di Hamburg 'sangat' panas dengan 29oC walaupun baru di awal musim spring. Ramai pelancong berkeliaran dan banyak juga tempat shopping di sana. Sememangnya ramai warga Denmark datang shopping di Hamburg kerana harga barangan jauh lebih murah berbanding Copenhagen (even minuman alkohol yang diproduce di Denmark jauh lebih murah di German berbanding di Denmark kerana dikenakan tax yang melampau).
Bandar Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman
Persepsi 1: 'Unlimited  Speed Limit'  di Highway German-TIDAK TEPAT
Perpepsi yang mengatakan di Jerman, kereta boleh bawa laju2 sampai 250km/hr atau lebih dan menjadi litar mainan kereta power2 adalah disangkal sama sekali. Sebenarnya, tak semua jalan yang unlimited speed limit. Mostly untuk jalan yang straight je. Jalan highway yang lain dikenakan had laju 130km/hr je. Tapi, kereta kat sana boleh tahan lajunya, bawa 155km/hr dalam gear 6 pun ada kereta himpit dan cilok dari belakang.
Banyak betul 'susur ke Ausfahrt' di German. Rupa2nya Ausfahrt tu maksudnya exit dalam bahasa German!
Persepsi 2: Denmark merupakan negara paling banyak menggunakan  Wind Energy-TIDAK TEPAT
Turbin angin di Hamburg
Sepanjang berada di Denmark, memang terasa kagum dengan deretan Wind Turbin yang ada di mana-mana apabila melalui highway terutama di kawasan lapang dan ladang dan juga di offshore. Namun, apabila memasuki kawasan highway German, bilangan wind turbinnya adalah jauh lebih banyak dan bersepah. Rupa-rupanya, Jerman memang merupakan negara ke-4 paling banyak menggunakan wind energy di dunia selepas China, USA & Spain, manakala Denmark hanya berada di tangga yang ke-10 (in term of capacity, MW bukan bilangan). Tetapi company dari Denmark, Vestas Wind Systems merupakan the largest wind turbines manufacturer in the world. 

Persepsi 3: Hamburger berasal dari Hamburg, Germany-TEPAT
Hamburger sememangnya berasal dari Hamburg. Ini adalah kerana ramai warga Germany dari Hamburg berhijrah ke Amerika dan membawa tradisi juadah makanan roti berinti daging dan salad. Lantas makanan tersebut dikenali sebagai 'hamburger' dengan merujuk kepada orang-orang dari Hamburg (Hamburger) seperti mana London adalah Londoner. Begitu juga dengan Frankfurter dari Frankfurt, Jerman..
Logo tulisan 'Hamburger' di round about sebelum memasuki bandar Hamburg
Persepsi 4: Polis rasuah hanya ada di Malaysia-Tidak Tepat
Kesukaran mendapat parking kereta di bandar Hamburg memang ketara. Lalu, setelah menemui 'pot' yang baik punya setelah penat tawaf berkereta 3 pusingan mengelilingi bandar Hamburg, kami berhenti dan parking dihadapan deretan kedai. Kelihatan ada tempat parking OKU dan satu 'parking' baik punya yang kosong. Terdapat papan tanda di antara kedua-dua parking dalam bahasa German yang langsung tidak difahami. Dan terdapat juga angka 9-16 hr (Montag-Frietag). Lantas kami menggangap tempat itu, selamat dan boleh digunakan setelah jam 4ptg pada hari Monday- Friday.

Bersama anak2 angkat Hazlam & Hulaif di Rathaus Hamburg (Townhall)
Setelah hampir sejam, meneroka bandar Hamburg, kami menuju ke kedai souvenirs melalui kawasan tempat parking. Kelihatan dari jauh 'lampu berputar-putar' dari pick up truck berada di kawasan parking. Kami mula rasa tidak sedap hati dan pergi check. Rupa-rupa pekerja pick-up kereta dan Polizei tengah sibuk 'menguruskan' kereta kami (polis tengah tulis saman, seorang pekerja pickup ambil gambar dan seorang lagi mengeluarkan rantai) dan bersedia untuk mengangkut.

Dengan membuat  muka kesian, kami memujuk rayu & belas ihsan pegawai Polizei yang bernama G. Münzel itu, namun langsung tak berkesan. Malahan, diminta wang untuk 'setelkan kes' berjumlah 300euro in cash.  Mana nak cekau duit, bukannya sikit.

'Mangsa2' yang ditahan Polizei di Hamburg
Kami bertekad enggan mahu bayar 'rasuah' dan Polizei itu mengarahkan kami ke Polizei Kommissariat (Police Station). Kami mengekori kereta Polizei sejauh 2.5km ke balai. Di Hamburg Polizei Kommissariat, kelihatan G. Münzel dan 3 orang lagi polizei duduk berbincang. Setelah 20 minit menunggu penuh kerisauan&debaran, seorang pegawai polizei datang dan menerangkan dalam bahasa German yang kami hanya dikenakan 'verwarnung' (warning), tetapi masih kena bayar denda iaitu 25euro untuk salah parking dan 125 euro charge mengupah pick up truck. Kami redha je, kerana nasi sudah menjadi bubur ayam, lalu bayar je takut2 nanti kena masuk lokap plak. Tapi ok la dari dikenakan 300euro, banyak tu. Tak sanggup nak convert nilainya dalam RM!.

Kami meneruskan perjalananan dan check in di Hotel Europa berhampiran dengan kilang kereta BMW di bandar Bremen, sejam perjalanan dari bandar Hamburg sebelum menuju ke Amsterdam.

Moral: Jgn parking merata-rata, kena saman tanggung derita..dan jauhi amalan rasuah!

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment