Monday, September 26, 2011

[kl-bogel] BN - hilang arah, hilang tumpuan dan hilang 'priority' dalam perjuangan

Aspan Alias.

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video 'undilah' sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.

Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin UMNO sedar yang mereka sedang menghadapi masalah.

Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya UMNO. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud.

Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai UMNO bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul.

BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan 'stripping' terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan.

Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan UMNO akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka.

'Corporate Exercise' Air Asia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan UMNO ini. 'Share swap' di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini.

Apa yang berlaku di antara Air Asia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu 'exercise' untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai.

Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini.

Perpecahan di dalam UMNO di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha UMNO mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang UMNO akan menurunkan calon-calon yang 'winnable' tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang 'winnable' itu kerana 'winnable' atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing.

Saya tidak nampak UMNO akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon 'winnable' itu kerana UMNO itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang 'winnable'.

Dalam definasi 'winnable' itu ianya mesti seorang calon dari parti yang 'winnable' serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang 'winnable' itu sebahagiannya adalah calon 'payung terjun' yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuik meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti.

Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam UMNO sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama.

Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam UMNO untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik UMNO secara detail. Di kalangan pemimpin UMNO di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti.

Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam UMNO kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang 'winnable'. Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian UMNO sekarang ini mempunyai 'apprehension' untuk menjadi calon UMNO pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini.

Ahli-ahli UMNO tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah UMNO tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu UMNO, UMNO itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang.

Sesungguhnya UMNO telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam UMNO sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya.

Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya.

Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu.

Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber 'shopping' undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi.

Walaupun 'Melayu tidak akan hilang di dunia in' tetapi 'Melayu akan hilang dunianya'. Syabas UMNO kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] PERKAHWINAN MASA KINI..BERAPA ANDA SANGGUP

http://abunuha.files.wordpress.com/2010/12/kahwin.jpg

BERIKUT IALAH NILAI HANTARAN MASA KINI….

SPM : RM3000 – RM8000

STPM / DIPLOMA : RM8000 – RM12000

DEGREE : RM12000 – RM15000

SECOND DEGREE / MASTER : RM15,000 – RM20,000

PHD : RM20,000 – RM30,000

Tetapi yang degree ke atas jika tak pandai masak dan malas basuh baju automatik akan di tolak 50% daripada bidaan di atas..!!!!!!

hehehehehe

apa komen anda…

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] Typhoon "Rock" hit Japan

[Info] zinchenko_den

Тайфун "Роке" ударил по Японии
A powerful typhoon struck the south-western coast of Japan on Wednesday, moving north-east across Tokyo.







Тайфун "Роке" ударил по Японии


Strong waves caused by typhoon "Rock" in the port city of Kehoe.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Japanese soldiers prepared sandbags to reinforce embankments on the river Shonai.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Transportation of people from the flooded area in Nagoya.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


A woman tries to hold his umbrella during a heavy wind and rain in Tokyo, which are caused by a typhoon.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Japanese fisherman ties his boat in the port of Taito.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Rescuers prepare sandbags near the river Nagoya.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Japanese soldier carries sandbags to shore.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


People relax at an evacuation center in Nagoya. More than 1 million people from central Japan, were evacuated because of the typhoon.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Rescuers reinforce the river bank with sandbags.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


A fire engine pulled up to the point of strengthening bank in Nagoya.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


The damaged truck at the plant near the river Shonai.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Damaged cars are among the debris after the flood of the river
Shonai. Toyota has closed 11 of its plants in central Japan, for
security personnel during a typhoon.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Police officers regulate traffic on the flooded road in Toyokave.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


People have come under heavy rain in the shopping district of Ginza, Tokyo.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Police officers removed from the road as a result of the typhoon pearled tree in Tokyo.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Passengers waiting for the resumption of the train which was stopped due to typhoon "Rock" at Shibuya Station in Tokyo.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


A man walks past a tree near the river husked Shonai in central Japan.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Farmland inundated by flood in the river Toyo in central Japan.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Soldiers are helping people get out of their homes in Koriyama, Fukushima.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


The soldiers have rescued a woman with her pet dog in Koriyama.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Shibuya Station, Tokyo.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Crowded Shinjuku Station in Tokyo.



Тайфун "Роке" ударил по Японии


Soldiers strengthen bank with sandbags on the river Shonai in Nagoya City.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] Bintang Baru - Wardina (1998)

http://1.bp.blogspot.com/-TmXW_3ReWgg/TWJrMyFxoXI/AAAAAAAAAvk/8HwbzJkpA8M/s1600/wardina-mangga1998.jpg
http://arkibnegara.blogspot.com/2011/02/bintang-baru-wardina-1998.html
Wardina memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan dan lakonan pada sekitar hujung 1990-an melalui beberapa buah iklan televisyen seperti Oil Of Ulan, Sprite, Telekom Malaysia dan banyak lagi. Ketika itu Wardina baru berusia belasan tahun. Seperti mana gadis remaja seusianya ketika itu (dan juga kini), mendapat peluang untuk sesi fotografi dalam majalah hiburan yang terkenal seperti Mangga, URTV dan Media Hiburan adalah sesuatu yang memang ditunggu-tunggu bagi memberitahu orang ramai akan kehadiran mereka dalam bidang hiburan, dan seterusnya mungkin membuka peluang bagi mendapatkan lebih banyak tawaran kerja.

Pada 1998 Wardina yang berusia 19 tahun telah ditampilkan dalam ruangan Bintang Baru dalam majalah Mangga di mana wartawan majalah itu menggelarkan Wardina sebagai seorang yang mempunyai senyuman yang manis, ramah, pandai bergaya dan "bukan main berani lagi". Wartawan tersebut secara tiba-tiba menjadi keliru dengan pandangan matanya apabila menyatakan bahawa wajah Wardina "bertambah cantik dengan sentuhan mekap Zulfadzli dan pakaian tajaan Man's Collection"

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] Sahara Yaakob tak buas seks (1989)

http://1.bp.blogspot.com/_yeXOuINii0M/TJMs8VRaL6I/AAAAAAAAAWU/8T5N2B_srfc/s1600/sahara-yaakob.jpg

http://arkibnegara.blogspot.com/2010/11/sahara-yaakob-tak-buas-seks-1989.html

Sahara Yaakob telah muncul semula pada 1988 dengan sebuah album baru berjudul Jawapan yang bergenre rock & blues. Sahara yang menyepikan diri daripada dunia hiburan beberapa lama sebelum itu mengambil keputusan untuk kembali menyanyi setelah bercerai buat sekian kalinya. Dalam satu temubual bersama wartawan hiburan BAM (Bahyah Mahmood), Sahara menepis tanggapan orang ramai mengenai kegagalan beberapa perkahwinannya sebelum itu yang dikatakan berpunca daripada seks. Dengan berterus terang Sahara berkata, "orang melihat saya ni lain sikit, seolah-olah saya ni buas nafsu, gila seks! Sebenarnya saya tak kisah dengan seks. Yang saya lebih utamakan ialah kasih sayang dari seorang lelaki - suami yang bertanggungjawab, dapat melindungi isterinya dari apa saja pancaroba yang datang melanda. Itu yang tidak saya temui selama hidup saya". Sahara juga memberitahu bahawa dia pernah dikurung dalam rumah selama 8 bulan oleh suaminya. Ketika temubual itu, Sahara berusia 32 tahun.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] Miss Malaysia-World (1980)


http://4.bp.blogspot.com/-yTNaT74Qu28/TWDgNGRVbEI/AAAAAAAAAus/ufRrrNcWMr8/s1600/miss-malaysia-world1980.jpg
Pertandingan Miss Malaysia-World 1980 telah dimenangi oleh Callie Liew Tan Chee yang berusia 22 tahun ketika itu. Callie memasuki pertandingan itu setelah menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di England dalam kursus kecantikan dan mendandan rambut. Callie yang dilaporkan mempunyai ketinggian 5 kaki 7 inci dan berukuran badan 33" 24" 35" telah berjaya menewaskan saingan terdekatnya iaitu Christina Leong (pemenang tempat kedua) dan Za Merican (tempat ketiga). Rancangan Callie untuk membuka sebuah kedai mendandan rambut terpaksa ditangguhkan apabila beliau terpilih untuk menyertai pertandingan Miss World 1980 di Royal Albert Hall, London pada bulan November tahun yang sama.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

[kl-bogel] Pilih gaji besar atau bahagia?


Ilustrasi (ANTARA/Saiful Bahri)

Dia (Rees-Jones) mengatakan kepada Daily Telegraph,"Penelitian kami memberikan masukan jika pemerintah merancang kebijakan untuk memaksimalkan kebahagiaan yang diukur melalui survei mereka, mereka mungkin menerapkan kebijakan-kebijakan yang orang lain tidak menginginkan untuk diri mereka sendiri."

Ayo pilih mana gaji tinggi tapi tidak bahagia atau gaji pas-pas tapi bahagia?

Sebuah penelitian dari tim ekonom dari Universitas Cornell di AS melakukan survei terhadap 2.500 orang lebih dan menanyakan apa yang membuat mereka bahagia.

Apakah sebuah pekerjaan dengan gaji 50.000 poundsterling, jam kerja normal dan waktu tidur teratur 7,5 jam atau pekerjaan dengan gaji 90,000 poundsterling, jam kerja yang tidak biasa dan waktu tidur hanya enam jam saja.

Para peneliti itu menemukan kebanyakan responden lebih memilih dibayar gaji besar walaupun pekerjaan mereka tidak membahagiakan.

Ketika ditanya tentang motivasinya, mereka menjelaskan gaji besar dapat membahagiakan keluarga mereka.

Peserta lainnya mengatakan mereka lebih menikmati status sosial dengan peranan yang besar karena hal itu dapat memberikan mereka nilai tujuan hidup yang lebih besar.

Penelitian yang diterbitkan American Economic Review itu  dipresentasikan pada Pertemuan Keempat Lindau di Ilmu Ekonomi di Austria.

Alex Rees-Jones, salah satu mahasiswa kedoktoran (PhD) yang melatar belakangi penelitian itu mengatakan dia yakin penelitian itu memiliki dampak politik.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com