[kl-bogel] MARI MENGAWAN
http://odahone.blogspot.com/2010/11/mari-mengawan.html
-- "Alahai...Musim Mengawan Tiba Lagi"
Sekarang sudah masuk musim budak-budak cuti sekolah atau lebih tepat lagi ialah musim mengawan bagi orang-orang yang telah lama habis bersekolah
Bagi budak-budak sekolah masa inilah mereka akan melalui proses pendewasaanatau dalam bahasa mudahnya berkhatan...bagi yang dah dewasa pula akan melalui proses persenyawaan (2 jiwa menjadi 1)
Kenapalah nak mengawan pilih musim cuti sekolah, hari lain kan banyak?
Lagipun bulan 11 & 12 ni kan musim tengkujuh bagi sesetengah tempat...tak takut banjir ke waktu nak buat kenduri nanti?...tak takut ke tenggelam? (bukannya tenggelam dalam kenikmatan tapi tenggelam dalam air)
Musim hujan sejuk kot sebab tu orang suka mengawan bulan ni...
Hari Ahad, 5 Disember 2010 ada 7 kad jemputan perkahwinan yang dah pun bersusun tunggu masa untuk diterjah nasi minyaknya...entah larat ke tidak nak makan nasi minyak sampai 7 kali dalam sehari...mahu keluar segala minyak dalam tandas keesokkan hari agaknya
Nak kena budget jugak tu duit untuk salam garu@keruk...takkan nak salam tangan kosong sambil garu bontot jek...imej nak kena jaga gak...pokai jugak kalau 1 rumah salam RM10, 7 buah rumah dah RM70...terpaksalah pilih rumah yang berkepentingan sahaja
Ataupun orang sengaja pilih tarikh macam ni kot sebab tak ramai jemputan yang datang...so, boleh cut budget tak payahlah nak masak banyak-banyak bukan ramai yang datang pun...boleh saving lebih sikit...kedekut sungguh
10.10.10 atau ten ten ten atau ada yang sebut triple ten mungkin tarikh keramat bagi sesetengah pasangan untuk mengawan atau dah pun mengawan sebab tarikh tu dah lepas pun...tarikh tu memang glamer, orang-orang yang glamer pun pilih tarikh tu untuk mengawan
Tarikh 20.11.2011 yang jatuh pada hari Ahad pun dijangka menjadi tarikh keramat bagi yang nak mula mengawan...ramai yang dah booking nak mengawan tarikh tu...boleh difikirkan jugak ek?
20.12.2012? takde yang pilih tarikh tu kot...lagipun kalau ikut cerita Hollywood tarikh tu hari dah kiamat...tak tahulah siapa yang kiamat
Kepada sesiapa yang belum set tarikh nak mengawan baik buat sebelum tarikh tu sebab takut nanti tak sempat nak mengawan pulak...haha...mengarut...wadehel(pinjam sekejap ayat blogger yang sedang top sekarang ni)...aku suka ayat dia...cayalah bro
Kiamat tu boleh berlaku bila-bila masa saja tak payahlah kita pening-pening kepala nak fikir...akal fikiran manusia tak sampai tahap tu pun...itu semua kuasa yang maha pencipta
Lepas ni dah takde lagi tarikh-tarikh yang cantik sebab dalam kalender masihi bulan cuma ada 12 jek tak sampai 13 (semua kalender macam tu)...takde tarikh13.13.2013 atau 20.13.2013...mungkin di planet lain ada kot, terpaksalah mengawan kat planet lain
Susahlah kalau kahwin pilih tarikh yang glamer-glamer ni...nak cari orang main kompang pun susah...time tu jugak semua pengusaha bisnes tentang majlis mengawan ni dah mula mark-up harga tinggi...nak tak nak terpaksa bayar sebab dah takde pilihan lain sebab semua dah fullhouse...orang dah booking awal-awal
Jangan kata orang main kompang, nak upah orang tolong cuci pinggan pun susah sebab schedule mereka semua dah penuh...begitulah lumrahnya kalau buat majlis mengawan time cuti sekolah atau tarikh yang glamer-glamer ni...tetamu yang datang pun tak berapa ramai kalau terlampau banyak sangat persaingan
Kalau yang kahwin tu cikgu munasabah jugak kalau dia orang pilih musim cuti sekolah ni sebagai tarikh mengawan...senang, dapat cuti honeymoon lama sikit, tak perlu ganggu hari persekolahan...anak-anak murid, rakan-rakan sekerja yang jauh-jauh pun boleh datang
Bagi guys yang berhajat nak mengawan dengan gadis dari Johor pulak, mungkin ada yang tersenyum lebar sebab mas kahwin gadis Johor ni adalah yang paling murah dalam Malaysia, cuma RM22.50 jek dari dulu lagi tak berubah-ubah
Memanglah mas kahwin murah tapi awas! dengan 'duit tol' dari tuan rumah pihak perempuan...mungkin ada yang tak tahu yang duit tol tu kadang-kadang mengalahkan bayaran bagi Plaza Tol Plus dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam
Ada tol yang berlapis-lapis...mula dari pintu pagar, pintu rumah, sampailah jejak ke tangga pelamin...bayangkan berapa banyak tol yang perlu dilunaskan...kalau tidak tak naiklah palang tol, terpaksa merangkak dari bawah...tapi tak pernah tengok lagi pengantin lelaki yang buat macam tu
Sebenarnya, duit tol ni cuma sebagai adat...tujuannya untuk memeriahkan lagi majlis mengawan bukannya nak menyusahkan pengantin lelaki...siapa suruh letak dalam sampul tu duit banyak-banyak...biasanya yang perlu diberi duit lebih sikit ialah mak andam yang jaga pelamin tu...yang lain-lain setakat RM1@RM2 jadilah
Ini kita baru cerita bagi mereka yang mengawan secara sah iaitu melalui pernikahan...yang tak sah tak termasuk lagi...sebab, tiada musim mengawan bagi mereka...hari hari adalah hari untuk mengawan
Kalau statistik termasuk golongan yang tersebut diatas, lagilah bertambah bilangan yang memilih musim cuti sekolah sebagai tarikh mengawan
Budak-budak sekolah sekarang ni dah pandai mengawan sebelum waktunya...umur baru 12 tahun, tapi dah pandai cari pasangan untuk mengawan...sekarang ni musim cuti sekolah, lagi banyak masa yang boleh diluangkan untuk mengawan sesama mereka
Bagi golongan yang macam ni (tak kira budak sekolah or yang dah habis sekolah), tarikh rasmi atau paling popular untuk mengawan ialah pada 1 Januari & juga 31 Ogos...itu adalah tarikh keramat bagi mereka
Bulan 5 & 6 serta bulan 9 & 10 adalah masa yang paling sesuai bagi mereka membuang hasil mengawan...kalau tak percaya bacalah paper time bulan-bulan yang disebutkan ni...ada yang kat celah tong sampah, dalam tandas dan surau tempat orang nak solat pun ada
"Apa kejadahnya semua ini!" (pinjam lagi tagline yang popular pada suatu masa dahulu)
Disamping itu, musim mengawan juga adalah masanya bagi mak-mak andam serta pak-pak andam untuk mencari duit lebih...penuhlah poket mereka pada masa ini kerana begitu banyak sekali tempahan pelamin sampai tak menang tangan dibuatnya
<<<<<<>>>>>>
Tak kesahlah tarikh apa pun yang dipilih asalkan niat untuk membina masjid adalah satu usaha yang murni...mengawanlah anda di jalan yang betul, bukan ditepi-tepi jalan atau dicelah semak-samun
*nota kaki berbau :Tak suka mengawan-ngawan tapi suka berkawan-kawan
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment