[kl-bogel] Anwar minta KDN bebas segera enam tahanan Ordinan Darurat

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
July 27, 2011


KUALA LUMPUR, 27 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pentadbiran Najib dengan segera membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj  dan lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) lain, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pembangkang menegaskan, kesemua individu yang ditahan itu perlu dilepaskan segera tanpa sebarang syarat.

Selain Jeyakumar, 56, mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P Letchumanan, 49; ahli jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, dan  M. Sukumaran, 50;  timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25.

Jelas Anwar (gambar), pembebasan itu perlu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mempunyai alasan kukuh untuk menahan mereka di bawah Ordinan Darurat.

"Saya menuntut pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin PSM tanpa sebarang syarat.

"Sebelum ini alasan menahan enam yang terbabit dikatakan kerana terlibat dengan aktiviti subversif. Akan tetapi ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0. semata-mata.

"Bagaimanapun selepas permohonan habeas corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang mana alasan yang berdolak-dalik ini menjadi bukti penahanan enam orang tersebut tidak berasas sama sekali," katanya.

Keenam-enam pemimpin PSM itu ditahan dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Mereka turut didakwa ditahan reman kerana cuba melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kemudian ditahan di bawah Ordinan Darurat sehingga kini.

Ordinan Darurat digubal pada 1969 sebagai pendekatan sementara untuk respons kepada rusuhan 13 Mei, yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan

Tindakan menahan enam pemimpin itu di bawah Ordinan Darurat mendapat bantahan banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat dan pertubuhan hak asasi yang mendesak agar mereka dilepaskan.

Tegas Anwar, ekoran penahanan itu Pakatan Rakyat akan meneruskan kempen di seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat tentang ketidakadilan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara demi menerangkan kepada rakyat kezaliman yang dilakukan pemerintah, bukan sahaja terhadap enam individu tersebut akan tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat ini.

"Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah," katanya.

Selain itu, Anwar juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap keadaan enam individu yang masih ditahan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan pelawat termasuk dari keluarga sendiri.

"Kini wujud kebimbangan bahawa enam yang ditahan itu, termasuk Dr Michael Jeyakumar yang kemungkinannya dikasari pihak polis semasa disoal siasat.

"Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital, namun tidak dibenarkan bertemu hata dengan Suhakam dan adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan mereka itu semenjak dari 15 Julai 2011 lagi," katanya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana