[kl-bogel] Cerita tentang Housing Loan

http://salwasaalodin.blogspot.com/2011/07/cerita-tentang-housing-loan.html

Harini 9 Julai 2011. Tarikh ni mungkin akan tercatat dalam sejarah Malaysia sebab hari ni ada perhimpunan BERSIH v2.o kat KL nih. Pergh, memang gila siut. Semua jalan kena tutup. Tak tau la nak komen macam mana. Actually, BERSIH ni tujuan dia nak bersihkan SPR dalam sebarang ketidak telusan time pilihanraya. Tapi bila ada berbaur baur politik, semua jadi kacau bilau. Asalnya perhimpunan aman tapi sebab polis dah masuk campur wat kacau jadi kecoh ar. Time malam merdeka pun org ramai camtu gak tapi sebab polis takde sembur2 air takde kecoh2. Pelik aku dengan kerajaan zaman sekarang ni..

Ok lah, actually bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal housing loan aku. Tapi sebelum tu aku cerita la kronologi aku nak beli rumah ni. Ok rumah yang aku nak beli ni still under construction and located at Kuantan. Tanah tumpah darahku. Aku kerja kat KL so sure la ramai tanya why Kuantan. Jawapannya:
  1. Sebab mungkin aku akan balik Kuantan. Bila? Tu yang tak tau lagi. Tapi not in this year la of course.
  2. Pelaburan jangka panjang.
  3. Rumah kat Kuantan murah lagi. Nanti dah naik harga aku jual, mampu la aku beli rumah besar plak. Haha. Good finance & investment strategy kan.
Rumah tu new lifestyle kat Kuantan. Sebab siap ada clubhouse bagai. Tu mengikut planning diorang la. Projek tu nama 1-Icon City Kuantan located kat area Tanjung Lumpur. Lebih kurang 10 minit ke bandar Kuantan.

Satu hari aku balik Kuantan aku ternampak la signboard pasal rumah tu. Macam best aku pun search la dalam tenet. Aku pun tertarik la dengan gaya rumah tu. Pastu aku balik KL aku pun call la agent rumah tu. Since aku kat KL, so dia suruh la aku g sales office diorang kat Philleo Damansara.

Nak dijadikan cerita tanggal 6 Jun 2011, aku MC sebab sakit perut. Time tu hari Isnin. Biasa la weekend makan tah apa benda kan. Pastu ada orang call, nama dia Eric. Dia sales agent 1-icon tu la. Tujuan dia nak set appointment. So after lunch, perut pun dah ok, aku g la sales office tu dengan Elli bertemankan Mr Garmin sbb tak tau jalan. Haha.

Sampai je office dia, Eric tu terus la tunjuk pelan rumah tu semua. Aku dengan confident level terus mintak corner lot. Mestilah nak the best kan. Sekali dengan kecewanya dia cakap corner lot habis, end lot pn habis. Tinggal intermediate je. Aku pun macam tanak la. Pastu sbb dia tengok aku kecewa dia pergi la cek dengan sales office kat Kuantan. Cek punya cek nak dijadikan rezeki aku, ada sebijik end lot yang dah direject oleh buyer sbb loan tak approved. Even bukan corner lot, tapi ok la dari intermediate kan.

Pastu tah macam mane korek2 dalam handbag ada la cash RM1000. Maka aku pun terus la bayar booking RM1000 tu. Price rumah tuh RM193k++.

Dalam booking form tu ada stated yang within 14 days aku kene setelkan loan untuk sign S&P (sales & purchase agreement) otherwise, the booking fees will be forfeited. Wei gila apa nak cari loan within 14 days je. Kang sia2 burn RM1000 aku tu. Tapi dia cakap kalau aku in process apply loan, syarat tu tak diguna pakai laa. Phewww, lega sekejap.

Rupanya kelegaan aku hanyalah sementara. Lepas tu aku gelabah balik. Wei mana nak cari downpayment 10% tu. Almost RM20k ok!!At first aku tak cuak sebab aku ingat aku eligible for 100% loan seperti yang diwar warkan oleh media massa. Iaitu Skim Rumah Pertamaku. What the heck man skim tu macam haramjadah. Rase nak mencarut jer. Ok, mula2 aku call la bank yang agent2 skim rumah pertamaku tu. Firstly aku call AmBank. Awalnya aku tanya pasal loan TM la since aku staff TM. Tapi as expected aku tak layak sebab service aku tak cukup 3 tahun lagi kat TM ni. Aku redha. Then aku tanya la pasal skim tu.

Mereka jawab:
" Oh sorry cik, skim ni totally for non-government staff"

aku pun jawab:
"Encik, saya kerja TM. Saya non-government staff. TM is swasta"

Beliau menjawab lagi:
"Oh TM is GLC. Part of government"

aku pn redha:
"Ok thanks bye"

Maka aku pun putus harapan terhadap skim itu. Tapi aku tak putus asa. Aku cuba tanya CIMB bank. Tapi jawapan mereka berbeza pula:
"Oh TM boleh je dapat skim tu tapi ada syarat, syarat saving cik setiap bulan at least cukup untuk cover installment nanti"

aku berfikir dalam hati:
"what the heck??Belom beli rumah watpe nak ada saving, enjoy the life je la"

aku pun telah mendapat idea lalu berkata:
"every month saya masuk duit kat mak saya, kalau saya show bank statement mak saya boleh?"

org bank yang bajet handsome tu berkata:
"oh tak boleh. kalau mak nak buat loan, show bank statement anak boleh la. Boleh tak cik suruh mak cik masukkan duit tu dalam account cik. At least 10k"

aku pun:
"wei apesal byk sangat?"

org bank:
"yela at least kita nampak yang cik mampu nak bayar nanti"

aku pun redha lagi:
"ok i'll try. i inform u later. bye"

Tapi in other side aku bersyukur org CIMB tu ajar buat macam tu. At least aku tau apa supporting document yg penting untuk approvekan loan.

Aku pun contact mak aku untuk pinjam RM10K untuk park sementara dalam account aku. Nasib everything OK!

Then few days later, orang CIMB call. In between aku ada jugak contact developer rumah tu untuk cari any other bank that can give better offer. Document pun semua aku dah bagi diorang. So senang la.

Ok, berbalik pada CIMB. Jawapan dia agak mengecewakan kan. Aku tak dapat 100% loan. Aku just dapat 90 + 5% sahaja. 5% is for MRTA (insurance). So aku pun KIV la sbb better aku wait for better offer kan. Kut2 ada bank lain yang aku boleh dapat 100%. Pastu org CIMB tu pandai plak nak pujuk aku. Biasalah nak buat sales kan. Kata beliau:
"Cik kalau compare 100% dengan offer kita ni, offer ni lagi ok. Sebab offer kita including MRTA, and boleh waived stamping fee. Tapi kalau 100%, semua tu tak cover. So lebih kurang je. "

Aku pun tanya:
"Ok, whatever it is, berapa upfront yang saya kena bayar for both product"

Org bank:
"Kalau 100%, kena bayar legal fee, stamping, MRTA. Almost 20K"

Aku:
"Ok, tapi kalau 95%?"

Org bank sengal:
"Ermm of course downpayment & legal fee for S&P"

Aku pun:
"See, mana lagi banyak?Ok la, before apa2 pun, may i know the interest rate for this loan"

Org bank poyo:
"CIMB always give the best rate that is BLR -1.9% and tenure up to 35 years"

Aku yang bijak (haha):
"Wowww tinggi tu. BFR sekarang 6.6% - 1.9, it is 4.7%!!, So monthly almost RM900+? Ok I'll call u back"

Dalam hati aku dah cakap, mmg akan reject CIMB ni even agent die handsome macam hero cerita korea. Haha

Ok tu baru cerita satu bank. Ada 3 lagi bank aku berurusan lepas tu. Which is Public Bank, Bank Muamalat & Maybank. Bank Rakyat & MBSB yang menawarkan best rate in the world tu aku tak layak sbb service tak cukup, bukan government staff and whatsoever. Tu baru cerita housing loan. Belum cerita personal loan untuk downpayment yang agak menjengkelkan jugak itu. Ok i'll continue in part 2. Haha

Housing Loan Part II

As promised, aku nak sambung cerita housing loan aku.
Selepasa aku reject CIMB Bank, aku dapat 3 lagi offer. Public Bank. Bank Muamalat. Maybank.

1. Public Bank
Aku berurusan dengan seorang madam bernama Catherine. She's from Kuantan branch. I guess developer yang bagi contact number aku. Aku ok je as far as aku dapat better offer. Offer kali ni memang better dari CIMB dulu which is BFR -2.2%. So monthly dalam RM890 kut. I don't know the exact figure. Tenure dia bagi aku 35 years since aku muda lagi. Aku ok je.

2. Bank Muamalat
Kali ni aku berurusan dengan Pn Nieza. From Pekan branch. Terpikir plak kat Kuantan takde bank Muamalat ke? Aku pun pikir lantok ler janji bleh runding2 lagi mana yang ok. Pastu dapat la quotation. Muamalat boleh kasi BFR -2.3% plak. Tenure 39 tahun plak. So monthly lagi sikit la. Wahh makin interesting plak kan. Aku ingat interest tu takde la jauh beza kan from one bank to other bank. Ternyata tidak. Nasib aku tak terus cakap ok kat CIMB dulu.

Bila dapat offer dari Muamalat aku terus call Madam Catherine Public Bank. Katanya loan aku dah approve. Pastu aku cakap aku tak nak sebab dapat better offer from Muamalat. Dia cakap dia akan forward pada officer kat KL sebab still boleh nego. Wah macam tu plak.

Tak lama lepas tu ada la En Haswadi call. Itulah officer kat KL tu. Katanya dia boleh nego interest tu provided aku bagi black and white from Muamalat tu. Aku ok je. Aku call la Muamalat mintak LO (letter offer) tu. Tapi sampai ke sudah tak sampai2. Dalam menunggu2 LO kakak dari Maybank plak telefon. Nama dia Amy from Pudu branch. Senang sikit from KL jugak. Senang nk berurusan.

3. Maybank
Sebelum ni memang aku ada bagi document kat Kak Amy tu. Tapi tak pernah follow up sbb my assumption Maybank interest should be higher than CIMB or at least same dengan CIMB. Kak Amy jumpa cakap LO dah siap. Loan dah approved la maknanya. Wah lagi advance. Ni LO first yang aku dapat. Kak Amy tu tak banyak cakap. Aku amek LO and go through. Wah offer Maybank pun menarik. Lagi menarik. First year BFR -2.5%, 2-3 years -2.45%, the rest -2.4%. Tenure 35 years. Monthly RM824. Aku macam suka.

Tak lama lepas tu Muamalat call lagi. LO dah siap tapi dia kene courier ke KL. Aku mintak dia faxkan untuk aku go through dulu. Muamalat punya offer lain plak. 1st year aku kena bayar RM634 je. 2-3 year RM700++ (tak ingat), the rest RM834.

Aku pun berkira2 ada benefit jugak Muamalat tu sebab awal2 ni memang aku sengkek sikit sbb nanti nak cari loan untuk downpayment. Tapi Muamalat punya 39tahun. Sebab tu boleh dapat murah camtu. Bila aku pikir2, 39 tahun lagi umur aku 65 tahun. Which is dah 10 tahun aku bersara. Time tu aku kira2 hutang rumah aku ada lagi RM100k++. Wowww what the heck mannn..Nanti mana aku nak cekau duit. Kalau aku wat full settlement time bersara pun, kena bayar that much!

Aku compare dengan Maybank. Maybank punya loan sampai umur aku 61tahun. Kalau aku buat settlement time aku bersara, aku kena bayar dalam RM55k. Provided interest tak naik la. So it different almost RM50k dengan Muamalat.

Lepas tu aku fikir secara rasional. Maka dengan itu amek la Maybank. Biarlah susah sikit sekrang. Aku tanak menyesal di hari tua. Aku harap keputusan aku ni yang terbaik.

Lepas tu Muamalat pun call suruh sign LO. AKu pun bagitau la reason aku reject LO diorang. Diorang pun paham dan tak boleh bagi offer yang better than Maybank.

Almost sebulan jugak la aku settlekan urusan housing loan ni. Tapi before aku sign LO Maybank, aku kena cari fund untuk downpayment.

Aku teringat Public Bank pernah cakap boleh bagi personal loan up to 200k and repayment tenure up to 20years. Is that good kan!!Aku pun pergi la Public Bank kat Brickfields. Tapi unfortunately officer dia cakap just for government servant only. Yang part ni aku hangin. Dulu bila aku nak skim rumah pertamaku, kata untuk swasta je. Aku tak eligible sebab TM consider as government. Bila part nak buat personal loan plak, TM consider as swasta plak. Sakit hati tak??

Lepas tu aku pergi CIMB sebab sebelah je. Pun sama. For government servant only. Untuk individual ada tapi interest dia boleh bawak maut. Macam AhLong. Gila kau 36% per annum. Kau nak mampos!!

G jalan2 kat Bangsar. Banyak bank tapi semua sama jer. Paling lama pun boleh byr in 6years. So kalau 20K, almost RM800 jugak per month. Dah loan rumah RM800+, personal loan lagi. Aku nak makan apa nanti??

Lepas tu aku teringat Kotamas. Nasib aku member. Aku buat loan 20K, 20years. Monthly RM184 jer. Tapi kena ada 6 orang penjamin. Nasib kawan2 aku sporting. Thanks you all!!InsyaAllah aku tak quit from TM. Huhu.

So begitulah cerita aku. Peritkan. So please saving from now kalau nak beli rumah. Aku harap aku tak menyesal. At least aku nampak gaji aku ke mana kan. Dari habis ke mana mana tah, baik aku beli rumah. I'm proud with that. Aku harap sangat aku dapat MCI ke elaun apa2 ke untuk menampung kehidupan aku ni. Haha.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana