[kl-bogel] Bagaimana Melihat Slip Gaji Anda Secara Online?

Saya percaya anda sudah sedia maklum bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengedarkan pekeliling 'Pelaksanaan ePenyata Gaji' (melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Bil 3/2010) yang menyebut kakitangan awam bermula OKTOBER 2010 dan dikehendaki mencetak penyata gaji secara sendiri di laman ANM. Pihak ANM tidak lagi mencetak penyata gaji untuk anda.

Secara ringkas berikut adalah 4 langkah bagaimana anda boleh melihat dan memuaturun slip (penyata gaji). Saya akan tunjukkan kaedah yang perlu anda turuti. Selepas itu, anda boleh mencetak semula slip gaji tersebut untuk kegunaan semakan peribadi, cukai pendapatan mahupun memohon pembiayaan untuk perniagaan, kenderaan atau rumah anda.

1. selepas anda ke laman rasmi Jabatan Akauntan Negara, sila pilih pautan 'e-Penyata Gaji & Laporan'.

>> Klik di sini untuk ke laman rasmi Jabatan Akauntan Negara <<

2. Pilih 'akses sistem'.

 

3. Anda akan dibawa ke laman login, jika anda pertama kali mahu melihat slip gaji anda, sila pilih 'pertama kali mendaftar'

4. Isikan kesemua butiran yang diperlukan, pastikan anda masukkan no. slip gaji yang tepat ya.

Akhir sekali, sila kembali ke laman login semula (seperti langkah 3 di atas) dan masukkan no. ic dan kata laluan yang baru sahaja anda daftarkan sebentar tadi.

Jika capaian Internet anda baik dan tiada kesilapan semasa memasukkan butiran yang diperlukan, anda akan dapat login ke dalam profil persendirian anda di laman ANM itu sejurus sahaja selepas kesemua langkah diatas selesai. Anda kini boleh melihat Penyata gaji dan begitu juga dengan Penyata Pendapatan Tahunan.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana