[kl-bogel] Baked Durian Cheesecake

Asalamualaikum....

cop cop.. jangan ade yang nak bom ladang durian pulak bile tengok entry ni ... hhehe.. maklumlah, ramai yang geram sampai pakat² nak tarik rambut ikal mayang ku ini kerane tak abih² durian durian dan durian...hihihih....nak wat caner, durian memang tengah musim sekarang kan..selain makan gitu saje memang selayaknye dijadikan kuih muih dan dessert....macam durian cheesecake ni, memang sedap...umpama west meet east, paduan cream cheese dan durian memang kena...tambah lagi digandingkan dengan based biskut oreo & chocolate ganache..huhuhu...memang sedap tak terkata.....!~lemak,manis dan harum ... complete package sebagai juadah yang istimewa :)oklah, jom kite semak resepi jom... resepi asal dari dapur aunty Yochana...sape x kenal aunty Yochana kan.. pakar membuat kek n kuih muih.. juling biji mata bila tengok air tangan beliau...cantik2!~... :)  aku buat 1/2 dari resepi asal... Thanx Aunty :)







RESEPI BAKED DURIAN CHEESECAKE
Resepi Asal : Aunty Yochana



Bahan Untuk Base:
280gm disgestive biscuits ( Noorsha guna biskut Oreo. Buang krim dan kisar)
30 gm gula halus (Noorsha tak guna sebab oreo dah manis)
120 gm butter

Bahan Untuk Filling:
350 gm isi durian - dilenyek @ dikisar halus
500 gm cream cheese
120 gm gula halus - Noorsha guna 80 gm saja)
40 gm tepung jagung (Noorsha guna tepung gandum je :)
180 gm santan @ susu cair ( Noorsha guna santan kotak)
100 ml whipping cream
3 biji telur (dipukul sedikit)


Bahan Untuk Topping Durian:
160gm isi durian
65 gm susu segar @ susu cair
45 gm whipping cream
30 gm gula halus - Noorsha guna 20 gm saja)
1 biji telur
1 biji telur kuning


Bahan Untuk Topping Coklat Ganache:
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak 



Cara Untuk Base : 
satukan biskut yang dihancurkan, butter dan gula. kacau rata dan padatkan dalam loyang spring foam. Jika tiada spring foam tin, boleh guna loyang biasa. Tapi sebelum tu, lapik keseluruhan bahagian dalam loyang terlebih dahulu dengan 2-3 lapisan aluminium foil supaya mudah mengangkat kek untuk dihidang nanti. Simpan sebentar base didalam peti ais.

Cara Untuk Filling :
1. Putar cream cheese dan gula halus hingga menjadi bentuk krim. Campurkan tepung jagung @ tepung gandum dan putar lagi hingga halus.
2. Masukkan isi durian yang dilenyek @ dikisar halus, santan @ susu cair telur dan whiping cream. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka dan kacau hingga bergaul mesra.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit - 1 jam secara waterbath.

Cara Untuk Topping Durian:
1. cam[urkan semua bahan topping dalam mangkuk dan putar hingga berkrim. Sete;lah cheese cake masak (permukaannya perang), curahkan adunan topping ini diatasnya dan tambah lagi masa membakar selama 15 - 20 minit.
2. Masukkan kek ke dalam peti ais semalamam sebelum dihidang.

Cara Untuk Coklat Ganache:
 cairkan susu pekat dalam periuk dan masukkan koko serta minyak. Kacau hingga tidak berketul² dan curah atas kek yang telah disejukkan tadi. Sejukkan sebentar dalam peti ais selama kira² 30 minit - 1 jam dan sedia dihidang. Sekiranya menggunakan loyang biasa, perlahan² angkat kedua² sisi aluminium foil dan regangkan aluminium foil dari kek. Sedia dinikmati. Selamat Mencuba :)



sekiranya tak mau menggunakan coklat ganache, boleh ganti dengan taburan serbuk koko @ hiasan fresh cream... nak hidang macam tu saja pun ok :)

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana