[kl-bogel] Utusan teruskan agenda momok BERSIH


Kongsi 

Perhimpunan BERSIH 2.0 terus dimomok hari ini melalui laporan akhbar Utusan Malaysia yang antara lainnya mengaitkan badan pemantau pilihan raya itu dengan gerakan bersenjata komunis Filipina dan juga NGO pro-demokrasi Amerika Syarikat.

Dengan memetik sumber, akhbar berkenaan mendakwa "ancaman terhadap keselamatan negara" kini "berada pada tahap membimbangkan" memandangkan perhimpunan BERSIH 2.0 "diresapi "gerakan komunis."

NONEUtusan mengaitkan demikian dengan menamakan dua orang individu warga asing yang ditahan bersama sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Sabtu lalu.

Laporan itu juga mendakwa, BERSIH yang dikepalai PSM "bersekongkol" dengan "ejen asing" berkenaan bagi "menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan."

Seorang daripada individu yang dinamakan dalam laporan bertajuk 'Keselamatan negara diancam' itu ialah seorang lelaki warga Filipina, Romeo Castillo, 59.

Utusan yang memetik sumber melaporkan, Castillo "mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas."

Lelaki berkenaan ditahan bersama seorang wanita warga Korea, Min Young Song, dalam satu kejadian di hadapan sebuah kolej di daerah Ledang, Johor.

Min, 24, didakwa Utusan sebagai seorang individu yang ditaja oleh NGO pro-demokrasi National Democratic Institute – sebuah organisasi yang dinaungi seorang "sekutu" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEJumlah individu yang ditahan berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 dilaporkan telah mencecah 81 orang apabila polis melancarkan gerakan di seluruh negara bermula Rabu lalu.

BERSIH setakat ini tegas dengan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai itu walau berdepan tindakan berkenaan.

BERSIH juga berdepan kemungkinan berlakunya pertembungan dengan dua lagi kumpulan yang akan turut berdemo pada hari berkenaan – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan juga kumpulan PATRIOT dari Pemuda Umno.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana