[kl-bogel] Tergadai Selama-Lamanya Hanya Kerana Sekeping "Gambar"!!

 

Malaysia dan Singapura semalam memuktamadkan perjanjian melaksanakan Butiran Perjanjian (POA) mengenai tanah milik Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu, termasuk pembangunan Sistem Transit Pantas (RTS) yang disifatkan sebagai pemangkin pembangunan Iskandar Malaysia.

Perjanjian itu menyusuli kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, pada 24 Mei dan 20 September tahun lalu berhubung kerjasama dua hala bagi melaksanakan butiran perjanjian itu.

Malaysia diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, manakala Menteri Luar dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam menurunkan tandatangan bagi pihak republik itu.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Empat butiran dipersetujui dalam perjanjian berkenaan iaitu:

Singapura akan membantu pemindahan stesen KTMB dari Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands (WTCP) serta memastikan khidmat teksi dan bas dari stesen KTMB di WTCP ke stesen Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT).

Kompleks Kuarantin, Kastam dan Imigresen (CIQ) Malaysia di Stesen Keretapi Tanjong Pagar (TPRS) akan dipindahkan ke WTCP dan beroperasi seperti dilakukan di TPRS.

Penubuhan M+S Pte Ltd, sebuah syarikat 60 peratus milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan 40 peratus milik Temasek Holdings Limited (Temasek) bagi membangunkan empat lot tanah di Marina South dan dua lot tanah di Ophir-Rochor.

Stesen akhir dalam rangkaian RTS masing-masing dikekalkan di JB Sentral, Johor Bahru dan berhampiran Republic Polytechnic, Singapura. Rangkaian perhubungan RTS itu dijangka beroperasi menjelang 2018.

Kemudahan CIQ disediakan masing-masing di Singapura dan Johor bagi memudahkan pengguna menjalani pemeriksaan kastam sekali saja.

Sebuah syarikat usaha sama, Iskandar JVCo, dengan Khazanah dan Temasek masing-masing memiliki 50 peratus saham, akan membangunkan dua projek di Iskandar Malaysia iaitu ‘Urban Wellness’ di Medini North dan ‘Resort Wellness’ di Medini Central.

Kedua-duanya terletak di Mukim Pulai, Johor Bahru di Johor, membabitkan kawasan seluas 54 hektar.

Selain itu, Khazanah dan Temasek mempertimbangkan usaha sama potensi membangunkan kawasan seluas 71.25 hektar lagi di Iskandar Malaysia.

Nor Mohamed berkata, dengan termeterainya perjanjian itu bermakna kedua-dua negara boleh menumpukan perhatian membangunkan kawasan yang menjadi pertikaian kedua-dua kerajaan sebelum ini dan yakin ia akan memacu pembangunan di Iskandar Malaysia

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana