[kl-bogel] Bersih 2.0: Siapa Yang Guling Terguling-Guling???

 

Kah kah kah...

Kah kah kah...

Takkan rakyat nak berarak jumpa Yang di-Pertuan Agong hantar memorandum bersihkan sistem pilihanraya, Umno-APCO dah kecut te*** nak guling KERAjaan kah kah kah...

Woi! Ini bukan Dataran Tahrir kat Mesir!

Hoi! Ini bukan demo tiap-tiap minggu macam kat Trafalgar Square!

Hello! Ini bukan macam Dataran Tianamnen kat China tuh!

Kenapa takut sangat macam nak hilang nyawa kah kah kah...

Ataupun takut kalah pilihanraya kah kah kah...

Kalau Umno-APCO cakap Singapura tu "kiasu", mengata orang awak yang lebih kah kah kah...

Kah kah kah...

Dakwa BERSIH Guling Kerajaan, Kabinet Najib Mula Gentar

Bahang perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai nanti semakin dirasai oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hingga wujud tanggapan bahawa rakyat berhasrat menggulingkan kerajaan menerusi demostrasi jalanan.

Ini berikutan hampir 81 orang aktivis- aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaporkan kini telah ditangkap dengan pelbagai alasan kurang munasabah.

Sehubungan dengan itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak merasakan seolah-olah ditentang oleh rakyat walhal isu yang disuarakan semata- mata bersabit tuntutan perubahan dalam sistem demokrasi negara.

"Saya fikir pihak media juga perlu menilai justifikasi penahanan dan saya juga ada risalah yang dianggap membahaya oleh kerajaan memperincikan tuntutan Bersih 2.0.

 Antaranya saya fikir membahaya untuk BN iaitu untuk mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

"Jadi sekali lagi perkara ini langsung tidak boleh diterima akal," ujar beliau di lobi parlimen pagi tadi.

Tiga puluh orang aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar yang ditahan polis ketika mengedarkan risalah "Udahlah... Bersaralah" di Pulau Pinang semalam didakwa atas alasan berhasrat untuk menentang Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan fahaman komunis.

Mereka kini masih ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Nurul Izzah kemudian berkata, kerajaan Umno-BN khuatir akan maklumat yang dimuatkan di dalam risalah "Udahlah... Bersaralah" berhubung indeks persepsi rasuah termasuk indeks demokrasi dunia sampai ke pengetahuan rakyat.

Jelas beliau, sekiranya rakyat terdedah akan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi negara maka reputasi kerajaan Umno-BN akan terjejas lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Sehubungan dengan itu Nurul Izzah bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain mendesak agar polis membebaskan aktivis-aktivis yang ditahan dengan kadar segera kerana ianya bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana