[kl-bogel] Bakar Pejabat PKR: Tangkap Perk@sa!!

 

KEADILAN mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan samseng dipercayai Pemuda Umno dan Perkasa, yang membuat kacau dan mengugut untuk membakar Ibu Pejabat KEADILAN, malam semalam.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa itu mengambil tindakan yang sama dilakukan terhadap hampir 30 invidu yang ditangkap ekoran perhimpunan Bersih, 9 Julai.

“Maka saya desak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) jalankan tanggungjawab dengan adil, pastikan mereka ini diambil tindakan.

“Apa yang mereka beritahu untuk bakar pejabat parti, pada saya langsung tidak boleh diterima akal, kita semua kena tegah perbuatan ini,” ujarnya ketika sidang media di lobi parlimen hari ini.

Kata Nurul Izzah, polis seharusnya tahu membezakan tindakan Pemuda Umno dan Perkasa yang cenderung menggunakan kekerasan, berbeza dengan aktivis atau penyokong Bersih.

Sementara itu, Tian Chua berkata, KEADILAN tiada halangan sekiranya perhimpunan di Ibu Pejabatnya malam tadi, dilakukan secara aman.

“Kami tidak tolak demonstrasi di depan pejabat untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, sesiapa yang tidak setuju dengan dasar keadilan, mereka berhak hantar memorandum dan protes di depan pejabat PKR, itu bukan masalah,” ujarnya.

Namun katanya, ia menimbulkan masalah apabila pihak tersebut menganjurkan keganasan dan mengeluarkan ugutan yang cenderung merosakkan ketenteraman masyarakat.

Semalam, kira-kira 200 hingga 300 samseng yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan melempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN menyokong Himpunan Bersih, 9 Julai.

Mereka diketuai Exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, dilihat membawa bendera Umno dan memakai baju T merah yang tertulis Patriot.

Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana