[kl-bogel] PANAS!! Mat Sembab Menggelabah, Bersih Makin Mara Di Amerika Utara!!

Sembab mula meracau dalam kepanasan Washington sebab
ramai rakyat Malaysia akan turun BERSIH di seluruh Amerika Utara!
Padan muka, makan banyak daging lagi! Kah kah kah...

JANGAN ikut membuta tuli, pelajar termasuk di luar negara perlu memahami muslihat pihak yang masih berdegil termasuk BERSIH yang mahu meneruskan perhimpunan haram pada 9 Julai depan sebelum menyokong tindakan mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Malaysia tiada kuasa menghalang pelajar di luar negara yang mahu berbuat demikian tetapi mereka harus memahami perkara pokok kerajaan mengharamkan tunjuk perasaan itu.

"Mesti ada asas kerajaan berbuat demikian.

Kerajaan perlu menangani soal keselamatan, hubungan antara kaum dan terpaksa menjaga imej negara.

Semua perkara ini perlu diambil kira," katanya kepada media Malaysia di sini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir pelajar di Australia yang mahu mengadakan tunjuk perasaan bagi menyokong tindakan BERSIH.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendedahkan hasil risikan dan penilaian polis mendapati perhimpunan haram yang dirancang itu bukan saja boleh mencetuskan huru-hara serta kemusnahan harta benda dan kecederaan, malah mungkin membabitkan kehilangan nyawa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga tamat bukan mengalih perhatian kepada perkara tidak penting.

Beliau juga menasihatkan rakyat supaya bertenang kerana kerajaan sudah ada pengalaman menangani masalah ini dan polis tahu apa yang perlu mereka lakukan.

"Kita tahu tujuan pembangkang, walau macam mana kecilpun tunjuk perasaan yang mahu diadakan ia tetap akan diputarbelitkan.

"Saya boleh ramalkan media antarabangsa akan mengeksploitasi keadaan malah jia berlaku insiden kecil akan diperbesar kononnya Malaysia ini porak peranda.

"Kerajaan sudah lama belajar dari sejarah.

Pandangan kerajaan ialah jangan terbabit dengan tunjuk perasaan itu.

"Kerajaan tidak mampu membiarkan ia (perhimpunan haram) berlaku kerana rakyat akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan tegas.

"Kalau dah berlaku kesannya sangat buruk kepada negara.

Bagaimanapun pihak tidak bertanggungjawab ini tidak peduli sebab mereka bukan kerajaan.

"Lebih banyak kerosakan yang berlaku, mereka lebih gembira dan menuduh kerajaan tak mampu mentadbir negara dan seharusnya memilih mereka.

"Jika ada rasa kurang puas hati kita ada pelbagai saluran untuk mengadu. Mereka boleh menyerahkan seberapa banyak memorandum kepada pihak berkuasa atau berbincang atau usulkan kepada Parlimen," katanya.

Sementara itu, katanya, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu langsung tidak berbangkit sepanjang lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat (AS) atau ditimbulkan ketika pertemuannya dengan pegawai kanan negara itu.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana