[kl-bogel] Bersih 2.0: Tindakan polis tahan aktivis prakejatuhan Umno-BN, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini,  adalah prakejatuhan Umno-BN.

"Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

"Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah," ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

"Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional," katanya.

Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana