[kl-bogel] TERKINI!! Tujuh Ditahan Di Pejabat Sekretariat Bersih! Kini Di Balai Polis PJ State!!

TERKINI!!

Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.

Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

Pejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

Beliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adlah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana