Wednesday, June 29, 2011

[kl-bogel] Bersih 2.0: Polis Mesti Profesional, Bukan Jadi Macai Umno-APCO!!

Pasti berlaku provokasi untuk memburukkan perhimpunan Bersih, tetapi
Pakatan Rakyat ada "ramuan" untuk mengatasi taktik kotor Umno-APCO dengan
bantuan pencacainya yang paling setia, PDRM!

 

Mengecam tindakan polis menjelang Himpunan Bersih 2.0, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika pihak polis memisahkan kumpulan berlainan parti ketika hari penamaan calon, mengapa tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS berkata polis seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat demi menghormati hak untuk berhimpun.

Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim turut menyarankan polis untuk mewujudkan ‘zon penampan’ bagi mengelak pertembugan dua atau lebih kumpulan.

“Kalau polis gagal mewujudkan ‘buffer zone’, maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan pada 9 Julai.

Kumpulan yang menentang Himpunan Bersih 2.0 iaitu Perkasa dan Pergerakan Pemuda juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim juga mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau juga bertanya atas alasan apa aktivis dan penyokong Himpunan Bersih 2.0 ditangkap.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga mengingatkan polis bahawa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

 

No comments:

Post a Comment