[kl-bogel] TERKINI!! PECAH BERITA!! Ahli Parlimen Gopeng Ditangkap!!

TERKINI!!

Sebentar tadi menerusi mesej Twitter Sandrea Ng yang dipetik oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua menyatakan bahawa ahli parlimen Gopeng, Perak, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan kerana memakai baju T Bersih!

Dr Lee dan Ming Kai ditahan ketika mengedarkan bendera Malaysia oleh sepasukan anggota polis di sekitar Ipoh, di pasar awam Gunung Rapat.

Penahanan ini mirip penahanan ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Jalong, Leong Mee Meng semalam di Sungai Siput, Perak.

Dua orang lain yang turut memakai baju T Bersih juga ditahan.

Bagaimanpun, menurut Twitter Ming Kai, Dr Lee tidak memakai baju T Bersih semasa ditahan dan dibawa pula ke Cawangan D7 (Kongsi Gelap dan Maksiat) kini.

Masih tidak jelas apa alasan polis menahan Dr Lee, dan di bawah akta mana polis menahannya.

Mereka kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Butir penahanan mereka dipercayai hanya kerana memakai baju T Bersih di tempat awam!

Lagi laporan lanjut menyusul.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana