[kl-bogel] Human Rights Watch gesa Najib bebas 30 aktivis PSM, termasuk MP

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini menggesa pentadbiran Najib agar segera membebaskan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang berhadapan dengan siasatan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua aktivis itu dan wakil rakyat berkenaan ditahan reman selama tujuh hari sejak kelmarin.

"Mendakwa ahli politik pembangkang dengan tuduhan bahawa mahu menghidupkan semula satu pergerakan era Perang Dingin, yang sudah mati 20 tahun lalu, satu tindakan tidak munasabah," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Asia di Human Rights Watch.

"Penahanan ini menunjukkan kerajaan memandang sepi proses demokratik dan kesanggupannya untuk pergi jauh bagi menakutkan rakyat Malaysia dengan momok politik masa lalu," kata beliau lagi.

Mengikut laporan media, seramai 81 orang telah ditahan sejak 22 Jun lalu. Mereka termasuklah 28 anggota PSM yang ditahan di Johor pada 25 Jun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Polis juga menahan aktivis yang menjual atau memakai kemeja-T Bersih 2.0 menjelang Himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, tindakan kerajaan menafikan hak untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman bertentangan dengan Deklarasi Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia dan komitmen Malaysia untuk menghormati standard hak asasi antarabangsa.

Kata beliau, kerajaan pimpinan Barisan Nasional seharusnya menghormati gesaan Suhakam dan membenarkan Himpunan Bersih 2.0.

"Daripada cuba membisukan pengkritik aman, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak untuk memastikan proses pilihan raya adalah adil dan melindungi sepenuhnya hak sivil dan politik bagi kesemua rakyat Malaysia," kata Robertson.

"Tindakan menahan mereka yang mengenakan kemeja-T dan mengedarkan risalah dengan jelas menunjukkan sikap tidak terbuka kerajaan dalam menerima pandangan yang berlawanan," katanya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana