[kl-bogel] Bersih 2.0: Mat Sembab Mula Kecut Perut

 

Kah kah kah...

 

Kah kah kah...

 

Tumbang pun tumbangla, apa nak takut kah kah kah...

 

Sembab dah mula meroyan macam Rais Yatim kah kah kah...

 

Hilang kuasa maknanya Sungai Buloh la jawabnya kah kah kah...

 

Kah kah kah...

 

Perhimpunan BERSIH bertujuan tumbangkan kerajaan BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bukan bertujuan menuntut pilihan raya, sebaliknya untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin Mahu Pengajur Perhimpunan Bersih Fikir Kesan Terhadap Negara Dan Rakyat

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada kerajaan, negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.

Beliau berkata rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan ketidaktenteraman kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis takkan keluarkan permit maka ianya satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.

"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang," katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di sini, hari ini, Muhyiddin berkata pihak tersebut tidak mengambil kira soal keamanan negara yang dicapai kini tetapi hanya memikirkan soal kepentingan politik dan puak-puak mereka sahaja.

"Pelbagai tuduhan dan isu akan timbul, pelbagai perkara yang tidak menyenangkan akan dibangkitkan, negara yang aman nak kita kekalkan dalam keadaan yang baik, ekonomi sudah berkembang, tetapi mereka tidak ambil kira soal itu," katanya.

Perhimpunan kali kedua itu dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini di sini termasuk di Sabah dan Sarawak bagi menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan "Gelombang Kuning" telah menganjurkan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu bagaimanapun gagal mencapai sasaran mengumpul 100,000 peserta, apabila hanya disertai beberapa ribu orang.

Demonstrasi jalanan itu bagaimanapun telah menggugat ketenteraman awam selain menyebabkan kesesakan di lokasi-lokasi utama di ibu negara.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan nelayan dan pemilik bot yang melancarkan mogok apabila tidak ke laut sebagai bantahan terhadap kenaikan harga diesel berkuatkuasa bulan ini, Muhyiddin berkata mereka sepatutnya tidak bertindak terburu-buru.

"Ini kerana ia boleh menjejaskan penangkapan ikan yang boleh memberi kesan kepada bekalan ikan pada negara, tentunya kesan panjang ia tidak baik, apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu mereka," katanya.

Muhyiddin berkata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telahpun meneliti perkara itu dan perkara ini akan dibawa ke kabinet.

Bersih 2.0: Taktik pembangkang mahu kuasai Putrajaya, dakwa Muhyiddin


Perhimpuan yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur 9 Julai ini satu cubaan pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya, dakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi BN itu menambah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

“Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu.
Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lepas,” katanya dipetik Bernama Online.

Terdahulu beliau merasmikan persidangan perwakilan Umno Beaufort di sini.

“Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja.

“Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya,” katanya.

Muhyiddin menambah tujuan Bersih mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

“Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan,” katanya.

Katanya, demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.

Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.

Mengenai ura-ura Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata, ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan Himpunan Bersih 2.0.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana