Monday, July 11, 2011

[kl-bogel] Rupa-rupanya UMNO-BN masih tak sedar diri

11 JULAI – Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Peringatan Yang di-Pertuan Agong terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0 akhirnya menjadi self-fulfilling prophecy atau ramalan yang benar-benar terjadi yang dibuat sendiri oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Usaha Datuk Seri Najib Razak menggunakan tekanan dan melalui pihak berkuasa untuk menggagalkan Bersih 2.0 ternyata meleset; akhirnya para pemimpin UMNO-BN  terlopong melihat puluhan ribu rakyat berteriak "Bersih!" dan "Hidup Rakyat!" di tengah-tengah bandaraya pada petang Sabtu lalu.

Ini adalah akibat kedegilan Perdana Menteri dan kerajaan UMNO-BN untuk akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka juga "tidak mahu melihat Negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesame sendiri atau pun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

 

James Cheng, Los Angeles USA

Bersih berjaya walau disekat

Kini Bersih 2.0 terbukti berjaya setelah berpuluh ribu rakyat berbilang kaum dan agama bertandang ke ibu kota untuk menyertai perhimpunan aman itu bagi menuntut pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

Bersih 2.0 gagal disekat oleh kerajaan UMNO-BN. Sebaliknya imej kerajaan Malaysia yang tercemar di mata dunia kerana dilihat menafikan hak rakyat untuk mengamalkan demokrasi dan kebebasan yang sudah pun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kini rakyat tidak takut lagi kerana tahu mereka berada di pihak yang benar walau pun polis bertindak melampau sejak dua minggu sebelum tarikh keramat 9 Julai lalu.

Sejak awal bulan ini, polis telah menangkap sesiapa sahaja yang berbaju kuning (warnaBersih), menghalang majlis-majlis taklimat Bersih 2.0 dan mengugut serta mengancam untuk mengambil tindakan keras kepada mereka yang berani menyertai perhimpunan aman tersebut.

Beberapa pemimpin polis juga telah berikrar untuk memastikan perhimpunan Bersih 2.0 tidak akan menjadi kenyataan. Malah sejak selepas tengah malam Sabtu lalu, berpuluh-puluh jalan ditutup dan ibu kota sarat dengan anggota polis sehingga menakutkan peniaga dan pelancong.

Media arus perdana yang sudah hilang hak kewartawanan kerana menjual diri sebagai lidah rasmi UMNO-BN dan polis hanya menyebarkan berita dan laporan berat sebelah serta palsu dalam usaha memburukkan Bersih secara berterusan sejak minggu lalu hingga ke saat ini.

Seperti mana dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil di Negara ini yang dikongkong, tidak adil dan kotor, tindakan dan aksi polis terhadap Bersih 2.0 juga dipaksakan terhadap rakyat dengan cara yang sama.

Dan seperti mana Pakatan Rakyat mampu menang lima negeri dan menafikan majority dua pertiga BN di Parlimen dalam PRU 2008 walau pun ditekan teruk, maka Bersih 2.0 yang dizalimi dengan lebih kejam lagi, tetap mendapat sambutan melalui people's power atau kuasa rakyat.

Ini sekaligus menolak hujah dangkal UMNO-BN kononnya jika PRU dan PRK tidak adil, masakan Pakatan boleh menang banyak kerusi. Sebenarnya, jika pilihanraya di Malaysia bebas, adil dan bersih, tentunya Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan pusat pada 2008.

Dalam keadaan yang sama, jika polis benar-benar menegakkan keadilan dengan membenarkan perhimpunan aman yang dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, bukan sahaja puluhan ribu, malah ratusan ribu akan turun untuk sama-sama menuntut hak.

Dengan seribu satu halangan dan sekatan pihak berkuasa, Bersih 2.0 tetap Berjaya diadakan. Kerajaan UMNO-BN gagal menyekat rakyat untuk menyuarakan hak secara aman. Malah pihak berkuasa yang terpaksa menanggung malu kerana mengakibatkan keadaan huru-hara, merugikan perniagaan dan menakutkan pelancong.

Keangkuhan UMNO-BN

Kerajaan yang adil tentunya akan sedar kesilapan besar yang telah dilakukan. Tetapi UMNO-BN bukan kerajaan yang adil, dan ia tetap angkuh dan bongkak walau pun semakin dibenci rakyat atas kesombongan mereka.

Sebaik sahaja Bersih 2.0 mencapai kejayaan, UMNO-BN terus memomokkannya dengan fitnah dan pembohongan yang berterusan.

Untuk menutup malu, Najib hanya mampu memutar belitkan keadaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, dengan mendakwa kononnya "UMNO tidak akan merelakan penubuhan sebuah kerajaan dengan cara menipu rakyat".

Mungkin minda Najib masih tersangkut di zaman persekolahannya di mana dunia ketika itu tidak mempunyai internet, TV kabel, telefon bimbit, kamera telefon dan segala peralatan canggih yang ada sekarang.

Mungkin kerana itu Najib merasakan media arus perdana tradisi yang dikuasai kerajaannya masih menjadi kitab suci untuk rakyat, dandengan itu, apa sahaja fitnah dan pembohongannya, diharapkan akan ditelan bulat-bulat oleh pembaca, penonton dampen dengar.

Begitu juga pucuk pimpinan polis yang bertindak melampau sehingga sanggup menafikan aksi gana smerekaSabtu lalu– kononnya tidak ada gas pemedih mata ditembak ke dalam kawasan Hospital Bersalin Tung Shin di JalanPudu, kononnya tidak ada kena-mengena dengan kematian Baharudin Ahmad terjatuh tidak sedarkan diri apabila gas pemedih mata ditembak di KLCC, dan kononya Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar – yang telah dimasukkan kedalam wad hospital – dikatakan tidak cedera.

Sehinggakan jumlah puluhan ribu rakyat yang membanjiri ibu kota untuk menyertai Bersih 2.0 dikatakan hanya 6,000, di mana daripada jumlah itu pula, lebih 1,600 telah ditahan. Dan media arusperdana hanya mampu menari mengikut paluan gendang UMNO-BN.

Media arus perdana tiada maruah

Rakyat kini perlu sedar bahawa bukan sahaja Utusan yang menjadi lidah rasmi UMNO kerana semua media arus perdana sudah tidak ada maruah lagi akibat dicucuk hidung untuk menutup kebenaran dan menyebar kepalsuan.

Jika tidak masakan segala fitnah terpampang megah di muka depan akhbar-akhbar serta berita TV dan radio, termasuk dakwaan Najib kononnya "UMNO akan memastikan pembentukan kerajaan adalah berdasarkan sokongan rakyat sepenuhnya".

Jika pilihanraya dan system politik kotor yang selama ini menjadi panduan dan amalan UMNO-BN, tidak masuk akal rakyat sanggup menjual diri untuk menyokong kepimpinan negara yang bobrok dan korup.

Setiap sen yang dibayar untuk media arus perdana secara tidak langsung mencerminkan sumbangan untuk meneruskan hayat kerajaan UMNO-BN yang semakin takut dan kecut untuk berdepan dengan tuntutan rakyat.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment