[kl-bogel] Lemah syahwat punca cerai

Written by Mingguan Warta Perdana   

KUALA LUMPUR: Lebih 50% pasangan suami isteri yang bercerai dikaitkan menghadapi masalah lemah tenaga batin, mati pucuk, dingin selain kesefahaman dalam rumah tangga.

 

 

Jumlah ini semakin meningkat ke paras yang membimbangkan. Kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda yang baru berumah tangga.

 

 

 

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendakwa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod perceraian setiap 15 minit.

 

 

Ia dikaitkan dengan masalah kese­fahaman dan seksual yang menjadikan semakin meningkat. Rata-rata mereka mengambil jalan mudah untuk bercerai.

 

 

 

Angka perceraian yang diperolehi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun 2009, menunjukkan betapa serius masalah rumah tangga. Jumlah ini tidak termasuk perceraian pasangan bukan Islam.

 

 

Statistik ini mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutama golongan muda yang semakin meluas dan membimbangkan.

 

 

Dr Mashitah berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga.

 

 

''Masalah ini mungkin disebabkan mereka menghadapi masalah kasih sayang dan seksual memaksa mereka mengambil jalan mudah untuk menamatkan ikatan perkahwinan.

 

 

Beliau berkata demikian ketika meras­mikan seminar sambutan Maulidur Rasul bertajuk 'Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia' baru-baru ini.

 

''Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,'' ujarnya.

 

 

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha.

 

 

Seminar tersebut dihadiri 1,500 kaki­tangan kerajaan dengan menampilkan dua ahli panel terkemuka iaitu pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

 

 

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan institusi kekeluargaan selain membina keluarga bahagia.

 

 

Katanya, program tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pasangan yang berkahwin selain mene­rangkan peranan sebenar sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.

 

 

Beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia meng­hadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri serta masalah seksual.

 

 

Katanya, perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berlaku berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana