Saturday, July 16, 2011

[kl-bogel] Jakun giler dapat masuk Istana Negara, kau ingat senang nak masuk?!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hah inilah yang membuatkan keterujaan yang amat sangat yang berlaku tempoh hari... Ya inilah 'tempat' yang saya maksudkan itu... Maka pemenang untuk peraduan sapa cepat dia dapat yang saya buat semalam, jawapan yang paling tepat adalah Istana Negara yang dijawab oleh Fadzillah Kamarudin.

Saya bagi warning awal-awal lagi okeh. Entri ni agak panjang, mengandungi 35 gambars. Saya akan sertakan segala maklumat (ni bukan maklumat sulit okeh) dan pengalaman yang saya dapat kat sini untuk memberi gambaran jelas kepada sesiapa yang belum pernah merasa masuk Istana Negara ni. Kalau malas baca, kau tengok gambar je la.




Okeh berbalik kepada tajuk entri, macam mana saya boleh masuk ke dalam Istana Negara ni?! Hik3! Abang dengan baik hatinya telah menjemput saya sebagai tetamu pengiring pada hari itu. Untuk pengetahuan, seorang penerima hanya boleh membawa SEORANG tetamu jemputan sahaja dan mestilah berumur 15 TAHUN KE ATAS (ini abang la yang cakap)





Istiadat ini berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Negara. Menurut abang lagi, istiadat ni mungkin yang terakhir diadakan di istana ini memandangkan Kompleks Istana Negara baru yang dibina di atas bukit dekat dengan Jalan Duta dijangka siap menjelang hujung tahun ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki bolehlah melangkah masuk ke Balairong Seri Kompleks Istana Baru tu tahun depan. Amin.


Para penerima dan tetamu pengiring sedang menunggu keberangkatan masuk SPB Yang di-Pertuan Agong.



Untuk istiadat pengurniaan begini, disyaratkan memakai kasut bertutup untuk semua orang. Maka saya dengan kekoknya pun memakailah kasut bertutup dengan muncung tajam bagai paruh burung unta dengan tumit 1.5 inci yang baru dibeli di kedai kasut Vern's Tesco Kuala Selangor, malam sebelum kejadian tu. Baju sudah tentulah perlu yang sopan. Kebanyakan wanita saya lihat memakai baju kurung atau kebaya termasuk wanita cina. Namun ada juga wanita India yang memakai sari dan baju punjabi. Janji sopan kot.





Antara etika dan tatalaku yang perlu dipatuhi oleh semua yang berada dalam balairong Seri semasa istiadat berlangsung:
  • Jangan bercakap dengan nada yang kuat.
  • Telefon bimbit perlu dimatikan (Mode silent juga tidak dibenarkan).
  • Tidak mengambil gambar di dalam Balairong Seri sebelum, semasa dan selepas istiadat.
  • Meminimumkan pergerakan keluar masuk dari Balairong Seri.

Kalau kau on henset pun, tiada guna sebab once kau melangkah masuk ke dalam Balairong Seri ni, semua talian telefon bimbit disekat. Serius takde line langsung. Juruacara tu cakap, Balairong Seri tu dilengkapi dengan alat untuk menyekat talian telefon bimbit tu. Lebih kurang macam tu la katanya.

Tujuan mereka tidak membenarkan mengambil gambar tu sebab mereka nak mengawal keadaan. Kalau dah semua orang sibuk nak amik gambar, takut kelam kabut pulak jadinya dalam Balairong Seri tu nanti. namun disebabkan kejakunan yang amat sangat, saya abaikan saja peraturan #2 dan #3 itu. Lihat saja gambar-gambar yang saya curi-curi tangkap menggunakan enset ni.


Istiadat pengurniaan sedang berlangsung.


Semasa keberangkatan masuk SPB Yang di-Pertuan Agong ke dalam Balairong Seri, tiba-tiba keadaan jadi serius sangat sunyi. Langsung tiada bunyi. Disebabkan lantai berkarpet, bunyi tapak kasut SPB Yang di-Pertuan Agong dan para pegawai pengiring yang sedang melangkah masuk pun langsung tidak kedengaran.

Peringatan bagi penerima dan tetamu pengiring yang mengambil tempat duduk di tepi sekali (laluan masuk) sahaja, semasa keberangkatan masuk SPB Yang di-Pertuan Agong, mereka perlu berdiri menghadap laluan, dan perlu menundukkan badan sedikit semasa SPB Yang di-Pertuan Agong lalu di hadapan mereka. Saya salah seorang dari mereka! Dub dab dub dab juga bila pertama kalinya selama hidup 27 tahun ni melihat SPB Yang di-Pertuan Agong sedekat itu di depan mata. Huk3!

Oh ya, semasa istiadat berlangsung, kalau kau betul-betul tak tahan untuk ke tandas, semasa berdiri dari tempat duduk, kau perlu tunduk hormat menghadap kedudukan SPB Yang di-Pertuan Agong dulu sebelum melangkah keluar. Kemudian apabila kau hendak duduk semula, kau kena tunduk hormat sekali lagi sebelum duduk. Itulah protokolnya... Sebab tu la, sebelum istiadat berlangsung, kau siap-siap la pergi buang segala bahan kumuh dalam badan kau tu. Lepas tu, masa istiadat duduk je la diam-diam kat dalam Balairong Seri tu.




Setelah selesai istiadat, bermulalah sesi fotografi di hadapan singgahsana. Perghhhhh, barisan bukan main panjang lagi engkau! Tengok saja gambar di atas ni.
Walaupun jumlah penerima sehingga 300++ orang kesemuanya, namun istiadat ni berlangsung tidak lama. Fuhhhhh nasib baik! Lebih kurang sejam saja. Jadi relevan la peraturan #4 tu.

Aturcara juga sangat ringkas seperti berikut:
  • 8.00 am : Para penerima dan tetamu berhimpun di Balairong Seri.
  • 9.00 am : Keberangkatan masuk SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri.
  • Istiadat dimulakan dengan Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap SPB Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan untuk memulakan istiadat.
  • Penerima-penerima dijemput untuk menerima pingat masing-masing.
  • Selesai istiadat pengurniaan, doa dibaca oleh Pegawai Agama Istana Negara.
  • Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap SPB Yang di-Pertuan Agong memaklumkan istiadat telah selamat disempurnakan.
  • Keberangkatan keluar SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong dari Balairong Seri.


Semasa sedang menunggu giliran (abang je yang beratur, saya duduk tunggu kat kerusi je), disebabkan giliran masih jauh di belakang nun, maka saya pun tangkap gambar sana sini pakai kamera henset. Masa ni masih control lagi nak tangkap gambar. Takdelah beriya sangat ke hulu ke hilir untuk tangkap semua penjuru macam selalu jurugambar kat luar sana buat. Kat dalam ni, kau kena jaga kelakuan. Protokol! Protokol!



Jurukamera sedang setup props mereka untuk sesi fotografi di hadapan singgahsana.



Sabar menunggu giliran masing-masing...



Tetamu pengiring lak tunggu kat tempat duduk. Malas nak beratur sekali.



Singgahsana di Balairong Seri. Satu je kerusi sebab SPB Permaisuri Agong tak datang masa ni.


Jata negara pada kerusi dalam Balairong Seri. Suka lak tengok gambar ni!


Usai giliran kami mengambil gambar, kami pun teruskan urusan untuk menikmati jamuan yang disediakan.






Makanan yang dihidangkan pulak?! Perghhhhh!!! Mabeles, dan tentunya sangat sedap. Kalau tak silap saya, tu catering dari Hotel Concorde. Menu utama nasi beriyani. Lepas tu ada bakso, sate ayam dan daging, nasi impit, kuih muih, pengat pisang, ABC pun ada, siap campur eskrem lagi. Dan macam-macam lagi la. Memang nafsu akan naik serta merta bila tengok makanan yang banyak dan lazat terhidang untuk kau jamah di situ!








Pinggan mangkuk semua ada printed jata negara di atasnya. Tentunya ditempah khas... Jakun lagik aku dibuatnya! Hahahaha... First time makan guna pinggan mangkuk sudu garpu gelas cawan istana negara. Mau tak jakun?!












Selesai makan, apa lagi. Harus la pusing sekitar Istana Negara ni. Mungkin ini yang pertama kali dan ini juga yang terakhir kali kau dapat masuk sini Luna. Tapi abang pula tak sporting. Nak gerak cepat sangat sebab ada urusan di Shah Alam. Maka, bergambar je la kat mana yang sempat.


Bersama isteri kawan abang...



Semasa sedang posing-posing di sini (gambar di atas), pintu kat belakang kami tu dibuka. Pegawai/pengawal istana yang bukak pintu tu bagi kami masuk untuk tangkap gambar kat dalam. Saya, apa lagi! Saya tarik gak abang masuk dalam tu. Tak kira!









Kelihatannya, ruangan itu seperti ruang tamu. Dengan perasaan jakun yang amat sangat, seboleh-bolehnya saya nak bergambar di setiap sudut kat dalam ni. Bila lagi kan nak dapat peluang ni?! Lagipun, lepas kami berdua masuk jer dalam ni, pegawai/pengawal tu pun tutup dan kunci pintu tu. Dia orang bukak sekejap jer. Bertuah la sesiapa yang dapat masuk, termasuk kami! Hahahahaha! Suka! Suka! Nasib baik sempat masuk.














Ya saya tau dan saya pun perasan itu. Betapa sekemanya dan bersopannya semua posing saya itu. Tatalaku perlu dijaga. Ini bukan photoshoot session. Ini bukan studio. Ini bukan rumah kau yang punya atau si Ahmad Albab yang punya. So, kau jangan buat perangai yang entah hape hape okeh!

Lepas gambar kat dalam tu, kami ambil gambar sedikit kat luar pulak...








 




Dengan pagar pun kau nak gambar Luna... Hahaha... Biar la. So waht?! Huk3!

Semasa dalam perjalanan untuk keluar dari istana, kami lalu depan Balairong Seri tu lagi. Hik, masuk lagi sikijap. Tentunya nak bergambar lagi. Sebab tadi tak sempat nak gambar banyak-banyak kat dalam tu. Masa masuk tu, dah tak ramai orang.





Tapi masih ada lagi yang sedang bergambar kat dalam tu. Tak habis lagi rupanya. Ada beberapa pasangan lagi yang belum selesai bergambar sepan singgahsana tu.








Ahhh gambar kabur! Abang la ni! Haishhhh... Menyesal sangat tak bawak DSLR saya tu. Mana nak tau kan keadaan kat dalam tu macam mana. Segan la pulak nanti orang tengok, macam beriya la pulak. Huk3! Tapi sebenarnya ramai je orang lain bawak DSLR. Lepas habis istiadat tu la mereka sakan menggunakannya.




Masa dah balik tu, baru teringat nak amik gambar goodie bag dengan pingat yang abang dapat tu... Lupa lak nak posing dengan menyematkan pingat tu kat baju saya, then posing depan singgahsana. Tak dapat pingat pun takpe, janji gaya tetap kena ada! Hahahaha...








Maka itulah saja cerita dari Istana negara. Perghhhh!!! Dari jam 8.30 malam sampai ke jam 11.00 malam saya siapkan entri ni!

Baca selanjutnya di sini: http://lunalanun.blogspot.com/2011/07/jakun-giler-dapat-masuk-istana-negara.html#ixzz1SKq49hQG

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment