Wednesday, June 15, 2011

RE: [kl-bogel] Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Keh keh keh… tukar kang nanti habis baja dijual kat Thailand….

Lagi naya ler kalau dok bawah geng songkok tinggi ni….

Bawah HIJAU leh dapat 1.2j…. ok aper?

From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of Keras kimie
Sent: Thursday, 16 June 2011 12:50 AM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Aku anak warga peneroka Felda Kemahang satu...mmg kes nih dah lama...bukan soal berlakon lagi dah...banyak songeh sbnrnye..sampai keluar isu Felda Bangkrap la..sumer tak nak ngaku...tipu gred..mcm2...kalau nak tipu peneroka boleh la..skrg anak peneroka nih bukan tunggul kayu dah...dulu Felda Kemahang 3 lubok BIRU..semua subsidi Baja tak pernah sampai ke Kemahang Satu..disonglap barua topi BIRU...skrg nih takde dah bARUA topi biru yg dok cekik darah jual baja kat thailand..tp sekarang semua TUKAR WARNA HIJAU...penerok pon tahu KALER...20 tahun kena tipu...BYK CITER PON TAK GUNA...ADER BERANI TUKAR KALER...TAK BERANI...2 SEBAB JER>>>>>BUTA WARNA ATAU HATI BYK TITIK HITAM....

2011/6/15 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

Heheheh… ni sbb mahkamah/geng songkok tinggi dah x leh nak spin lagi….

Kira da abis spin lar…. Terpaksa mengaku jek….

Kalau masih boleh spin, ko ingat FELDA nak bayar ker 1.2j tu?

Tp, sebenarnya ini pon lakonan jek...

Nak jaga undi.... huhuhu....

From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of John Merdeka
Sent: Wednesday, 15 June 2011 5:02 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

ni apa cerita ada kah mahkamah tidak adil /mngikut telinjuk org-org songkok tinggi lagi ke ? tidak bebas ,tidak telus ,belakun lagi ke ,atau fitnah  tipu rakyat ke ? .ni lah hakikat nya pemerintah harus terima kalau dia kalah mahkamah tak bebas  ,kalau dia menang mahkamah berlakun

2011/6/15 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 14 Jun : Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment