Monday, June 20, 2011

[kl-bogel] Konvensyen Pilihanraya PKR Gerunkan Umno-APCO!!

 

 

"Saudara tahu?

Kalau kita rebut peluang kali ini, berapa percent?

Another 5%..." Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meneruskan, "Dari 1999, kita mula.

Dalam tempoh singkat, 12, 13 tahun, saudara hanya perlu 5% sahaja lagi untuk merobah seluruh lanskap politik di negara ini."

"Tak usah fikir yang merunsingkan, membebankan.

Apa kata kalau Anwar dihukum?

Itu kerja mereka (musuh politik).

Rancangan mereka.

Rancangan penjenayah zaman edan... Tak usah nak fikir teori banyak-banyak."

"Saudara, ada pilihan raya, kita menang.

Insyaallah.

Ada yang katakan, what's the senario?

Anwar masuk penjara.

So what?

Anwar masuk penjara tapi kita menang.

Best senario, Anwar tak masuk penjara.

Kita pun menang."

Demikianlah kata-kata Anwar Ibrahim yang disambut dengan tepukan dan sorakan, ketika berucap dalam Konvensyen Pilihan Raya PKR, di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang tadi.

Kira-kira 4,000 orang perwakilan dan penyokong hadir memenuhi dewan, mengikuti acara yang dipersembahkan dengan pendekatan yang dinamik dan moden.

Anwar juga menambah, dengan penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara kita, pembangkang memerlukan undi 55% untuk mengalahkan pesaing politiknya, kerana terpaksa berdepan dengan pengundi hantu dan sebagainya.

Dinamik, moden, interaksi

Berbeza dengan ceramah politik yang sarat dengan hanya ucapan pemimpin politik sebelum ini, konvensyen kali ini diselit dengan tayangan video yang menarik, nyanyian sama ada untuk menyindir musuh politik, mahupun menyuntik semangat kepada penyokong.

Malah, ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul tampil untuk menyanyi lagu yang diubahsuai, menambah unsur hiburan dalam acara politik ini.

Lebih-lebih lagi, pentas berbentuk "T" direka untuk memberi lebih ruang pemidato berinteraksi dengan hadirin, bahkan sesetengah pemimpin seperti Anwar dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung) tidak menggunakan rostrum ketika berucap.

Konvensyen ini diadakan khas sebagai persiapan PKR berdepan dengan PRU ke-13, yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.

Selain pimpinan utama, PKR menampilkan wakil-wakil dari kaum orang asli (dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak), anak muda Cina, wanita kaum India untuk berucap - untuk menonjolkan kepelbagaian dalam partinya yang bersifat inklusif ini.

Malah, Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian perjuangan partinya untuk semua suku kaum, meskipun berdepan dengan kritikan sesetengah pemimpin yang keluar parti dan mendakwa partinya tidak membela hak kaum tertentu.

"Saya nak tanya orang India, orang Melayu, Cina, Orang Ulu, Iban, Murut, Kadazan, Dusun, Bugis, Melanau, mana ada parti di negara ini yang sanggup hadapi risiko memperjuangkan nasib semua suku kaum dalam negara ini dengan istiqamah dengan yakin?

Ini negeri orang Iban, ini negeri orang Cina, ini negeri orang Melayu, ini negeri orang Dusun...
No compromise!

Mahu bersama kita, baik orang Melayu atau Cina, India, ini pendirian kita."

Malah, Anwar mengingatkan UMNO-BN yang cuba menakut-nakutkan Melayu bahawa kedudukan kaum tersebut akan tergugat seandainya tampuk kerajaan diambil alih Pakatan Rakyat.

"Saya nak bagi tahu, Melayu mempunyai juga budaya berjuang.

Melayu punyai juga budaya faham apa erti keadilan.

Dan Melayu sebagai orang Islam juga dituntut untuk melaksanakan kebebasan dan keadilan bagi semua.

Dan Melayu ini yang kita harus angkat bersama Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain-lain.

Tidak timbul soal mengkhianati sesiapa!" tegas Anwar.

Beliau memberi kata-kata penyuntik semangat, dengan interaksi dari bawah pentas, "Saudara tak ada pengalaman nak lawan UMNO? (Ada!) Saudara tidak tahu pasal harga barang? (Tahu!) Saudara tak pernah dengar kes IPP? (Tahu!) Saudara tak tahu PKFZ? (Tahu!) Saudara tak tahu Teoh Beng Hock jatuh? (Tahu!) Tak pernah dengar Sarbani? (Tahu!) Saudara tak tahu TV3 punya cerca? (Tahu!) Saudara tak tahu Utusan Malaysia itu perkakas siapa? (Tahu!)
Dah pass! Tak payah runsing dok (ketawa)."

Antara mesej yang disampaikan...

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menjadi pemidato pertama, menekankan bahawa Anwar Ibrahim adalah aset penting buat PKR, sambil menunjukkan gambar bagaimana Anwar disambut dengan lautan manusia ke mana beliau berada - satu keadaan yang menjadi mimpi ngeri buat UMNO-BN, katanya.

Selaku Setiausaha Agung, beliau turut memberi taklimat agar akar umbi mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya.

Nurul Izzah, satu-satunya Naib Presiden yang berucap, berkongsi pengalaman dan pandangannya yang baru melawat ke Turki untuk memerhati perjalanan pilihan raya di situ.

Beliau yang bersama dalam perjalanan ketika Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek berkempen, melihat dengan mata sendiri bagaimana pemimpin itu tabah berdepan dengan cemuhan kaum Kurdis.

Dengan pengalaman sedemikian, Nurul mendakwa dirinya "sudah tidak takut dengan PERKASA ke, apa ke..."

 

No comments:

Post a Comment