[kl-bogel] Khairy Lagi "Jantan" Daripada Hishamuddin?? Kah Kah Kah...

 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu akan tetap mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai walaupun polis memberi amaran akan mengambil tindakan.

Katanya, waktu untuk membincangkan mengenai permit bagi perhimpunan berkenaan juga telah berakhir.

"Saya rasa (berhubung) isu permit ini, keretapi dah lepas dah.

"Apa sajalah, permit polis, amaran dia nak bagi, pemuda tetap akan hadir.

"Waktu untuk amaran sudah berakhir," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk memperlekehkan gerakan BERSIH 2.0 yang turut berkeras untuk mengadakan perhimpunan pada hari ini.

Katanya, kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh mengarahkan supaya BERSIH 2.0 dihentikan, menunjukkan gerakan berkenaan membawa agenda pembangkang.

"Itu (Anwar) tersilap cakap ke, saya tak tahu, tapi tunjukkan aspek agenda pembangkang di sebalik BERSIH.

"Walaupun semalam (pengerusi BERSIH) Ambiga (Sreevanasan) cakap tak ada pihak yang boleh arahkan untuk batalkan BERSIH tapi kenyataan itu bagi gambaran bahawa bagi (Anwar) sendiri ada pengaruh, maknanya BERSIH diberi peluang besar kepada pembangkang.

"Di situ kita nampak prinsipnya telah dikompromi. (BERSIH) dah jadi alat kepada pembangkang," kata Khairy lagi.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana