Monday, June 6, 2011

[kl-bogel] Kalaulah UMNO yang 'bermuktamar' hari tu..

Kalaulah UMNO yang ber'muktamar' hari ni..
Dah pasti berjuta wang ringgit bertukar tangan..
Dah pasti berjuta 'lendir' dan 'noda' bertukar tuan..
Dah pasti beribu keping 'cheque' dan 'cash' bertukar cawangan..
Dah pasti agen-agen senyum kegirangan!

Kalaulah UMNO yang ber'muktamar' hari ni..
Sejak pemilihan cawangan lagi parang dan keris dah berterbangan!
Maki dan hamun dah bersiaran
Dendam dan benci dah berselumatan
Iri dan hasad dah berakaran..

Itu belum peringkat bahagian..
Yang AJK berangan nak jadi Ketua,
Yang Timbalan apatah lagi la..
Surat layang,sms layang pastinya senjata utama!
Ketua-ketua cawangan WAJIB dikenyangkan!
Kalau idak kompom tak dapat undi pertama..

Sampai pula ke peringkat negeri
Nasib baik Ketua Perhubungan negeri dilantik Presiden..
Idak kalu disitu dah berantakan!
Entah berapa juta pulak RM nak tempuh peralihan..
Peralihan tangan ketua-ketua Bahagian!

Peringkat pusat jangan nak heran!
PWTC tiap-tiap kali jadi saksi kedurjanaan!
Belum kira fitnah dan duit berterbangan!
Senyum dan gurau semua lambang kemunafikan!
Walhal dalam hati dendam bukan main naik baran!

Inilah dia hasil kemelayuan gerombolan!
Jauh menyimpang daripada unsur keIslaman
Hanya memikir harta, pangkat dan kekayaan
Manalah Redha Allah SWT nak ikut jadi peneman
Sebabkan pangkat yang jadi buruan!

Alhamdulillah
Parti Islam SeMalaysia selesai bermuktamar
Organisasi baru dipilih perwakilan
Satu sen duit tak bertukar tangan
Hanya habis duit membeli buku dan kitab idaman
Juga tak lupa minyak wangi kembang setaman
buat bekal ke masjid dan kuliah harian

Bukan kita yang memulakan perjuangan ini
Dan bukan kita yang akan mengakhiri..
Pejuang-pejuang dahulu membuka jalan
Dan kini kitalah penyambung perjuangan!

Biar Syahid penghenti diri..
Atau kemenangan yang usaha dicari..
Bukan kemenangan kelak disoal diri
Tetapi berjuang adakah di hati?

Berkembanglah duhai Parti Islam kecintaan kami
Ulama dan Profesional semua dalam satu haraki
Tak lupa juga teman yang hanya ada SRP!
Jangan dihilangkan Keihkhlasan hati
kerna Perjuangan ini tiada bertepi

Parti Islam ini dimulai oleh marhaen..
Petani, Ulama' dan pencinta Islam..
Jangan disia perjuangan silam
Kerana Di syurga moga bersalam!

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment