Wednesday, May 4, 2011

[kl-bogel] Tidak cukup duit rasuah, dia melacur pula..!!

Wednesday, May 4, 2011

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu memberi penjelasan mengenai tindakan pegawai kanan polis yang menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali, berhubung tindakan pegawai kanan Polis, SAC 1 Ismail Abd Rahman yang berkempen memfitnah Anwar dengan menyatakannya terlibat dalam video seks fitnah.
Ucapan itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “isu-isu keselamatan negara masakini’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di Kelantan.
“Beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab tidak boleh berdiam diri apabila pegawai kanan polis menyebarkan fitnah dan propaganda berlandaskan kepada fakta yang tidak betul dengan menyampaikan ceramah kepada guru-guru untuk menyebarkan fitnah.
“Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian. Sedangkan setiap laporan perlu disiasat dan episod siasatan itu dianggap sulit sebelum kertas pendakwaan diserah kepada pendakwaraya.
Katanya, tindakan Hishamuddin yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana dikaitkan dalam video itu merupakan satu lagi justifikasi bahawa pihak polis hanya menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.
“Dari awal lagi kita tahu Polis tidak bersungguh untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Anwar.
Polis hanya menjadi perkakas dan alat kepada penguasa,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam isu itu. Malah katanya, Ismail turut senyap dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan Anwar.

No comments:

Post a Comment