[kl-bogel] Ramadhan, Melayu dan DAP – Oleh Muhammad Zir


 Barangkali, bulan Ramadhan yang lalu telah berjaya mengukir satu sejarah dan makna yang amat besar buat anak-anak muda Melayu, dan khususnya bagi parti DAP.

Bukanlah kerana penambahan anggota keahlian orang Melayu ke dalam DAP, sebaliknya majlis berbuka puasa bersama pemimpin DAP Pusat di ibu pejabat parti pada bulan lalu telah menjadi satu manifestasi hubungan mesra di antara anak muda Melayu dengan DAP.

Hegemoni dan tabu propaganda yang selama ini telah dicipta oleh UMNO terhadap DAP sebagai parti kaum Cina, telah pecah berderai dek keikhlasan kedua-dua belah pihak ini. Semua ini yang terjadi pada petang Ramadhan itu adalah impak rahmat dari bulan yang mulia.

Walau pun ia sekadar usaha yang kecil, ia menjadi langkah permulaan ke suatu era baru bagi kedua-dua pihak. Inilah yang dikatakan budaya politik baru. Ia bergerak diatas keikhlasan, bukan budaya politik pecah perintah UMNO-Barisan Nasional.

Ramah yang ikhlas

Kehadiran tokoh veteran Lim Kit Siang telah membuka selera anak-anak muda untuk mendekatinya, bukan sekadar untuk merakam gambar kenangan, malah untuk menjalin hubungan mesra dan mengenali dengan lebih dekat susuk veteran DAP ini.

Lim Kit Siang tidak betah berlakon di depan anak-anak muda sepertimana kebanyakan pemimpin UMNO-BN. Realitinya kerana beliau juga berasal dan hidup dalam kelompok Melayu tradisional sejak di Batu Pahat, Johor lagi. Justeru, beliau langsung tidak kekok untuk melayan anak-anak muda yang hadir pada petang itu.

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng juga terkenal dengan keramahannya tidak malu datang sendiri mendekati meja makan anak-anak muda. Sikap beliau yang secara spontan ini tidak merimaskan para jemputan, malah terasa keselesaan tanpa rasa kekok.

Pendek kata, anak Lim Kit Siang ini memang ramah, selamba, mudah didekati dan senang sekali mengusik atau diusik. Dan inilah makna yang diingini oleh anak-anak muda zaman ini, seorang pemimpin yang bukan plastik.

Ramai juga Ahli-ahli Parlimen dan Adun DAP yang hadir memeriahkan majlis berbuka puasa pada petang itu. Rata-ratanya duduk tidak kira meja, perbualan pula tidak terikat dengan agenda politik sempit.

Barangkali, inilah keadaan yang sangat bertentangan sekali dengan majlis anjuran UMNO, jika tidak diberi wang, sudah tentu anak-anak muda ini di'karkun' untuk menjadi ahli parti.

Hikmah yang tersirat

Salah seorang anak muda yang hadir pada petang itu berbisik, "Inilah kali pertama aku dapat jemputan berbuka puasa dari DAP, aku ingat depa tak peduli dengan kita".

Ungkapan pendek ini jelas menunjukkan bahawa label yang penuh penghinaan yang ditabur selama ini oleh segelintir pemimpin elit UMNO terhadap DAP sangat-sangat salah dan sangat-sangat merosakkan minda orang-orang Melayu.

Ibarat kata, rakan kita menfitnah jiran disebelah rumah kita dan kita mempercayainya bulat-bulat hingga apa saja kebaikkan yang dibuat oleh jiran kita itu, kita tidak lagi dapat melihatnya malah menolaknya mentah-mentah.

Bayangkanlah bagaimana pula dengan fitnah komunis kepda DAP, agak-agaknya apalah yang sedang difikirkan oleh orang-orang Melayu yang duduk di kampung-kampung dan tanah rancangan  Felda? Dengan akses maklumat yang sangat terhad dan kekangan mereka untuk beraktiviti dengan parti lain terus disekat.

Pasti imej dan persepsi terhadap DAP terus disalah tafsir seperti mana perjuangan Mat Indera yang menentang Inggeris. Jika dengan kaum sendiri pun UMNO sanggup memutarbelitkan fakta, apatah lagi sebuah parti yang secara kebetulan majoritinya kaum Cina. Parah.

Namun, semangat bulan Ramadhan yang lalu tidak melunturkan azam untuk sama-sama memahami dan menghayati makna di sebalik semua helah politik.

Setidak-tidaknya, DAP tidak pernah membenci Melayu, malah menghormati bangsa Melayu sebagai kaum majoriti Malaysia yang kaya dengan khazanah budaya dan inteleknya.

Mampukah UMNO memahami persoalan ini? Wallahhu'alam. – Roketkini.com

 

PrintFriendly

Share

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana