[kl-bogel] Kerja Kerajaan: Apa yang patut kita tahu?
Ramai yang memilih untuk kerja kerajaan berbanding swasta. Padlie pun sama. Masa semester akhir lagi dah apply dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Elok habis final paper, dah dapat duainterview. Satu pengajar di UM dan satu lagi lagi Pegawai Sistem Maklumat. Selang sehari, satu di KL dan satu lagi di Kota Bharu.. Padlie sanggup redah juga walaupun terpaksa habiskan dua hari atas kereta je.
Kemudian ada offer dari sebuah syarikat swasta.. Gaji boleh tahan tapi padlie masih pilih pengajar sebagai kerjaya pertama. Setahun je kekal sebagai pengajar sebelum padlie dapat offer untuk jawatan sekarang pula.. Masa tu ingat kerja kerajaan ni banyak benefits, mudah pindah randah.. Tapi padlie silap. Banyak yang padlie tak tahu.. Meh sini nakshare...
Cerita pasal interview, hanya yang terbaik sahaja yang akan dipanggil. Contoh masa padlie dulu, ada 10 ribu pemohon untuk jawatan penyelidik, hanya 100 orang dipanggil. Jauh bezanya kan? Daripada 100 tu, bilangan jawatan untuk diisi hanya dua sahaja dan sepuluh orang lagi adalah sebagai calon simpanan. Calon simpanan ni hanya dipanggil jika calon yang diterima tu menolak tawaran. Terdapat juga kes di mana berlaku kekosongan jawatan dan pihak jabatan terus menawarkan tempat kepada calon simpanan yang ada tanpa membuat temuduga baru.
Macam tu la sengitnya interview. Jadi jangan putus asa kalau tak dipanggil kerana kadang-kadang mungkin kita bernasib baik untuk dipanggil. Masa pergi interview, pastikan dokumen disusun rapi dalam fail dan salinan fotostat juga disusun mengikut aturan dokumen asal. Ini untuk memudahkan penemuduga menyemak dokumen kita. Penting juga untuk kita hadir awal ke pusat temuduga. Penemuduga ni mood dia masih baik di awal pagi dan boleh menjadikan kita pilihan awal untuk mereka. Kunci paling penting masa temuduga adalah YAKIN. Confidenttu sangat penting walaupun jawapan kita kurang tepat.
Tu sikit pasal interview. Nak cerita banyak tak boleh sebab ia bergantung kepada jawatan yang kita pohon.
Masa padlie mohon SPA dulu padlie tak tahu yang ada dua jenis jawatan dalam kerajaan. Padlie tak tahu wujudnya skim perkhidmatan gunasama dan skim perkhidmatan tertutup. Apa beza antara dua ni? Skim gunasama adalah dipakai oleh semua jabatan kerajaan, seperti Pegawai Tadbir dan Pegawai Teknologi Maklumat. Pegawai-pegawai ni boleh ditukarkan ke mana-mana jabatan dalam Perkhidmatan Persekutuan atau Perkhidmatan Negeri. Maknanya, ada peluang kerja kat negeri sendiri.
Berlainan skim perkhidmatan tertutup pula, jawatan yang terlibat adalah khusus untuk kepakaran sesuatu jabatan. Contohnya Pegawai Meteorologi, mereka hanya dapat berkhidmat untuk Jabatan Meteorologi Malaysia sahaja. Hampir semua penjawat dalam jawatan kategori ini sukar untuk bertukar ke tempat lain. Padlie merupakan salah seorang daripada mereka. Ada 27 tahun lagi untuk padlie tinggal di Banting, Selangor. :(
Kita cerita pula pasal gred jawatan kerajaan. Gred 17 adalah untuk lulusan SPM, 27/29 untuk diploma dan 41 untuk sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Ini gred asal tapi ramai penjawat gred 17 sekarang mempunyai diploma. Begitu juga ramai graduan sarjana dalam gred 41. Rugi la diorang kan? Belajar tinggi tapi gred sama dengan yang lain..
Sebenarnya tak juga.. Walaupun gred sama, tangga gaji adalah mengikut kelulusan. Contoh untuk jawatan padlie, tangga gaji normal bermula dengan P1T1. Bagi mereka yang mempunyai kelulusan bidang kejuruteraan, tangga gaji mereka bermula pada P1T3. Beza hampir RM200. Untuk yang ada sarjana pula akan bermula dengan P1T5 dan PhD pada tangga P1T9. Macam tu la bezanya..
Melalui skim dan gred ni juga, kita akan tahu jawatan seseorang. Skim yang bermula dengan huruf seperti A, B, DG, J, M, N dan lain-lain menunjukkan bidang perkhidmatan mereka. Contoh, B adalah skim Bakat. B17 boleh mewakili deejay radio dan B41 pula boleh mewakili Pegawai Kebudayaan. Guru pula DG41, dan dahulu padlie adalah pengajar DA41. Sebenarnya susah nak tahu, tapi dah lama dalam kerajaan, kita boleh kenal slow-slow..
Habis cerita pasal gred, kita cerita pasal kenaikan pangkat pula. Kaedah kenaikan pangkat setiap skim adalah berlainan. Bagi guru, kenaikan pangkat adalah berdasarkan masa iaitu kenaikan selepas 10 tahun perkhidmatan. Bagi pegawai sains pula, kenaikan adalah berdasarkan kekosongan. Kalau jawatan atas kita kosong, boleh la kita naik pangkat. Kalau tak, kena tunggu sampai kosong. Bagi pegawai penyelidik pula, kenaikan pangkat dilakukan bila pegawai tu cukup syarat kenaikan yang ditetapkan. Pegawai penyelidik ni antara jawatan yang 'laju' selepas Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ni buat masa ni, kaedah kenaikan sentiasa dikemaskini.. Pegawai Perubatan pun sangat cepat sekarang.
Habis pasal pengenalan jawatan kerajaan. Sekarang padlie nak cerita pasal faedah kerja kerajaan. Semua orang tahu berkenaan pencen. Majoriti mengatakan pencen adalah separuh daripada gaji akhir kita. Contoh, semasa padlie pencen, gaji pokok padlie adalah RM5000. Jadi pencen padlie adalah RM2500. Kiraan tu betul.. Tapi ramai tak tahu yangvsyaratnya adalah padlie perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dalam kerajaan. Kalau kurang daripada 25 tahun, kita tak dapat pencen separuh gaji tu.. Ada cara kiraan lain dan jumlahnya kurang sedikit. Sebab tu kena masuk kerajaan sebelum umur 30 tahun..
Wang pencen ini diterima sehingga kita meninggal dunia, dan jika suami/isteri masih hidup, mereka akan menerimanya lagi. Jika suami/isteri meninggal, anak bongsu kita akan terimanya sehingga usianya mencapai 18 tahun. Jika ada anak OKU macam padlie, dia akan terima pencen tersebut sehingga dia meninggal dunia. Lama kan? Oh ya, anak angkat yang diisytiharkan juga boleh menerima pencen seperti anak kandung.
Faedah lain yang jadi perhatian adalah perubatan percuma di Hospital Kerajaan. Ringkas cerita, tak berbaloi untuk sakit ringan.. Sebab apa? Orang ramai sangat, baik gi klinik swasta je.. Nak bersalin pun sama.. Cuma kalau sakit kritikal tu untung la.. Tapi kerja swasta pun banyak yang sediakan panel sekarang.. Sama je la..
Bab cuti sakit memang banyak, kami ada cuti sakit kerajaan dan cuti sakit swasta. Jumlah dia lebih 100 hari.. Tak nak beritahu jumlah tepat sebab mustahil orang akan MC selama tu.. Memang tak logik.. Kecuali la kes-kes kritikal..
Seterusnya berkenaan cuti tahunan. Batch sebelum padlie, mereka dapat cuti 30 hari setahun. Selepas 10 tahun berkhidmat, mereka akan terima 5 hari lagi tambahan. Batch padlie dah takde 5 hari tambahan tu.. 30 hari je sampai pencen.. Ingat padlie rugi dah, tapi batch yang masuk sekarang hanya terima 25 hari cuti tahunan sahaja.. Mungkin tak lama lagi jadi 20 hari je kot..
Ok la, kita cerita pasal perkara terakhir iaitu elaun. Memang dalam kerajaan, ekonomi meleset pun, gaji tak kena potong.. Tapi terdapat elaun yang boleh ditarik untuk kes begini. Rasanya pernah berlaku tahun 90an dahulu.. (Betulkan padlie kalau silap.) Jumlah elaun yang diterima adalah lebih kurang 1/3 daripada gaji pokok. Elaun yang diterima bagi gred 41 adalah Elaun Tetap Khidmat Awam, Elaun Tetap Perumahan dan elaun COLA. Untuk gred 44, Elaun Tetap Khidmat Awam akan diganti dengan Elaun Keraian.
Terdapat juga elaun-elaun lain seperti elain kritikal untuk perkhidmatan kritikal dan elaun wilayah untuk mereka yang dari semenanjung bertugas di Sabah dan Serawak atau sebaliknya. Untuk elaun kerja lebih masa (OT), ia hanya untuk kakitangan sokongan (gred 1 - 40). Bagi Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P (Gred 41 ke atas)), mereka hanya layak mengambil cuti gantian.
Itu la secara ringkas berkenaan kerja kerajaan. Sangat ringkas tapi penting untuk diketahui sebelum membuat keputusan untuk memohon. Ramai yang meletak jawatan kerana tak dapat maklumat di atas.. Rugi masa dan kesian kepada mereka yang betul-betul berminat.
Ciao
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment