Tuesday, September 13, 2011

[kl-bogel] Budak-Budak Russia Kecik Lagi Dah Pandai Demand

Kejadian ni berlaku di suatu petang yang nyaman. Hujung September ni dah tak panas sangat. Jadi aku lepak depan hostel baca buku sebab keesokan harinya kena jumpa advisor untuk membincangkan tentang final year project.

Datang seorang kanak-kanak perempuan  ke arah aku. Umur dalam lingkungan 7-8 tahun. Dalam tangannya ada anak patung. Basikalnya diletakkan di tepi tangga.

Dia tanya samada aku boleh tolong dia ke tak. Aku tanya nak tolong apa? Dia cakap tolong ambil 'sesuatu' yang aku tak faham maksudnya dalam bahasa Russia. Dia tunjukkan aku pokok tempat aku berteduh. Takde buah pun.. ke nak suruh aku amik rumah burung kat atas pokok tu?

Hostel buruk.. Gambar amik kat Google. Hard disk stock picture gambar Moscow hilang dah.

Kemudian dia tunjuk aku ke pokok sebelah. Sambil menuding jari ke arah setangkai buah berwarna oren. Nampak macam ceri, kecil-kecil dan serumpun. Aku lompat dan petik buah tu. Lepas bagi, dia cakap, "yesho.. yesho.. " (lagi.. lagi.. ). Sebab buah tu semua tergantung pada tangkai yang tinggi-tinggi, aku dapat petik lagi dua tangkai je.

Dah bagi kat budak ni, dia boleh cakap "yesho" lagi. Dari jauh kedengaran kawan dia lagi seorang gelak-gelak sebab tak percaya dia boleh suruh aku tolong.

Aku bagi buku hardcover Introduction to Rudder System Control kat budak tu suruh dia pegang. Kali ni aku berdiri atas pasu kat bawah pokok tu. Dapatlah dua tiga tangkai lagi. Bagi balik kat budak tu. Baru angakat buku nak blah, lagi sekali dia minta lagi buah tu. "yesho.. yesho.. nam nuzhna mnoga!!" (lagi.. lagi.. kami perlukan banyak!!) sambil membulatkan mata.

Aku cakap tak sampai dah nak amik yang lain, tapi dia insist jugak. "Dai yesho.. Ya podderzhu knizhku " (Bagi lagi.. Saya tolong pegangkan buku). Aku tanya mereka, buah-buah ni nak buat apa? Makan ke? Katanya tak. Bukan untuk dimakan. Aku rasa untuk main masak-masak kot..

Last-last aku patahkan satu dahan. Budak-budak tu terkejut kejap tapi terus pergi memetik buah-buah tu. Mereka kumpulkan buah tersebut di atas kerusi tempat aku duduk tadi. Aku pun blah. Tak pasal-pasal warden hostel ni bising sebab aku patahkan pokok dia pulak nanti.

Tapi serius. Orang Russia agak demanding. Biasanya kalau nak minta tolong awal-awal tu memang baik je dengar, tapi bila kita dah start buat, memang rasa macam dia tu bos kita pulak. Mereka taklah biadap, cuma dah terbiasa dengan cara yang direct macam tu.

Dalam hal ni, nasib baik budak kecik perempuan yang minta tolong. At least comel la lagi..

And no. Tak snap pun gambar apa-apa. ish ish.. apa pulak orang ingat aku ni nanti kalau snap gambar budak-budak perempuan.

Kepada yang bermimpi-mimpi nak berawekkan awek Russia, think again. Kalau kecik lagi dah macam ni, besar nanti lagilah macam-macam..

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment