[Mcm2Ada] Mat Sabu dan ‘komunis’ — Fahmi Fadzil

 Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk memburukkan nama Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), dengan mengatakan kononnya beliau penyokong komunis yang telah menyerang Bukit Kepong pada tahun 1950.

Ramai cybertroopers, blog-blog dan media arus perdana milik Umno yang cuba menyerang Mat Sabu ata isu ini, langsung mengatakan beliau seorang "pengganas" dan "pengkhianat", bahawa beliau menghina pejuang negara, lupa sejarah dan macam-macam lagi.

Apakah sebenarnya isu di sini: Komunisme? Peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam sejarah Malaya/Malaysia? Atau adakah kerana perkara lain?

Tapi sebelum itu, sudahkah anda mendengar sendiri apa yang disebut Mat Sabu di ceramah 21/8 itu?

Setelah saya mendengar dan meneliti apa yang disebut Mat Sabu, beberapa perkara timbul dalam fikiran:

• 1950 Malaya belum Merdeka dari British, maka polis pada waktu itu adalah polis British

• Setiap kali Hari Merdeka menjelma, filem "Bukit Kepong" akan dimainkan

• Filem "Bukit Kepong" ini dibuat oleh (Tan Sri) Jins Shamsuddin. Nota sampingan: Beliau merupakan seorang ahli Umno, dan kini seorang Senator yang dilantik Umno

• Mereka yang melawan British — termasuklah Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong dan Tok Janggut — semua dianggap penderhaka

Maka saya dapati apa yang disebut Mat Sabu mengenai isu ini ialah kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah dan pensejarahan, dan bagaimana pensejarahan Malaya/Malaysia merupakan hegemoni kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Melalui hegemoni ini, Umno-BN boleh merubah sudut pandang sejarah mengenai sesuatu isu; dalam konteks ucapan ini, Mat Sabu mengatakan Umno-BN merubah sudut pandang sejarah "serangan golongan anti-penjajah ke atas polis British di Bukit Kepong" menjadi "serangan penderhaka ke atas daulah Kerajaan".

Secara ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN ke atas sejarah negara.

Lebih ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN.

Oleh itu, segala kelengkapan psy-war milik Umno-BN telah dikerah untuk menyerang balas Mat Sabu. Mengapa? Kerana sebenarnya, Umno-BN gentar dan takut melihat Mat Sabu.

Lebih tepat lagi, Umno gentar dan takut melihat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, kerana antara lainnya beliau ialah seorang pemimpin dan penyelaras akar umbi yang tangkas. Tambahan pula beliau telah memporak-perandakan usaha-usaha Umno untuk menzahirkan "Kerajaan Perpaduan".

Oleh kerana Umno gentar dan takut, maka Umno serang.

Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno. — fahmifadzil.wordpress.com

* Fahmi Fadzil adalah setiausaha politik kepada Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana