[Mcm2Ada] Tiada Wahabi di Malaysia ---Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sarjana Islam Malaysia, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menarik perhatian seluruh Malaysia untuk bercakap secara terbuka mengenai Islam konservatif, dan ucapan beliau menarik perhatian ramai di seluruh negara. Wartawan The Wall Street Journal, Celine Fernandez baru-baru  ini bercakap dengan Dr Mohd Asri mengenai perubahan peranan agama  dalam salah satu ekonomi utama di Asia. Ikuti temubual tersebut.

 Malaysia terkenal dengan Islam sederhana dan dilihat sebagai contoh  untuk negara lain. Tetapi beberapa ulamak kerajaan baru-baru ini  memberi amaran mengenai fahaman lebih konservatif yang sedang  mengambil tempat di dalam negara terutama fahaman Wahabi yang pada  masa ini diamalkan di Arab Saudi Dr. Asri mencetuskan perhatian baru di seluruh negara apabila bercakap  secara terbuka mengenai Islam konservatif, yang mendapat menarik ramai  di seluruh negara.

SOALAN: Pengritik menyatakan bahawa interpetasi Islam Dr. Asri  memisahkan dari ulamak-ulamak lain di Malaysia. Apakah fahaman Islam  Dr  dan bagaimana ia berbeza dengan fahaman Islam yang digariskan  oleh golongan Islam sedia ada.

DR.ASRI: Di Malaysia pada masa ini tidak ada banyak golongan Islam  konservatif, tetapi mereka berada di jawatan-jawatan penting kerajaan.  Sementara kumpulan progresif banyak menyumbang dalam reformasi sejak  kebelakangan ini, mereka dikesempingkan oleh kumpulan konservatif yang  mengawal institusi agama di dalam kerajaan dan memastikan bahawa hanya  idea pemikiran mereka diberi peluang untuk hidup. Kerajaan mungin  bimbang bahawa kumpulan progresif akan mengkritik dari apa yang mereka  lihat.

Kemungkinan terdapat keinginan di setengah-setengah pihak untuk  mengekalkan elemet rasis dan fanatif extrem keagamaan untuk melindungi  kepentigan politik mereka. Peganan Islam ialah ia adalah satu agama yang merahmati semua orang,  tidak kira kaum ataupun agama. Lebih daripada itu, rahmat ini meliputi  seluruh alam. Sebarang penterjemahan Islam yang membawa kepada  ketidakadilan, tekanan, pemusuhan kepada orang lain, kejahilan, sistem kasta masyarakat, rasis, fanatik yang tidak menghormati hak orang  lain, semua ini perlu ditolak. Islam mesti digambarkan sebagai agama  yang mencintai orang lain, yang menghormati hak, menghormati ilmu  pengetahuan, menolak kefahaman karut dan amalan berasaskan kepada  pendebatan yang benar.

SOALAN: Sebuah akhbar tempatan memetik Dr "Tugas saya ialah untuk  mengetengahkan Islam dalam kerangka moden dan mengeluarkannya daripada  kongkongan konservatif, yang telah menjadikan agama telah ketinggalan  zaman". apa yang Dr cadangkan dalam hal ini.

JAWAPAN: Sesetengah kepercayaan asas Islam, cara beribadah dan prinsip  asas moral tidak berubah. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang  boleh diubah berasaskan faktor tempat, masa dan masyarakat. Kita mesti  memahami bahawa sesetengah perkara berasaskan kepada kejadian semasa  zaman Rasulullulah SAW. Kita perlu mengambil semangat perkara itu, bukan melaksanakannya secara terus. Islam tidak sukar. Kita tinggal di  dalam zaman teknologi. Islam mempunyai pendekatan dan bahasa dalam  zaman ini. Kebanyakan perkara dalam Islam mempunyai maksud secara am,  ia terbuka kepada pelbagai terjemahan kerana Allah SWT menyedari bahawa manusia  akan tinggal di dalam keadaan yang berbeza.

SOALAN: Dr mengatakan sesetengah tradisi dan amalan tidak berasaskan  kepada ajaran Rasululullah SAW. Sesetengah melihat ini sebagai  ektremis dan mendakwa pandangan Dr berkait dengan terjemahan Islam  Wahabi. Adakah ini benar.

JAWAPAN: Jika  perkara itu membabitkan bagaimana untuk beribadah dalam  Islam, ia benar, terdapat pelbagai perkara pemikiran mengenai inovasi  dalam beribadah. Saya tidak boleh menerima amalan ibadah yang tidak  berasaskan daripada nas-nas di dalam al-Quran dan hadis Rasullulah  SAW. Tetapi saya bukan Wahabi. saya bukan pengikut Muhammad bin Abdul  Wahhabi. Sebaliknya terdapat banyak fatwa dari ulamak Arab Saudi yang  saya tidak setuju. Tetapi saya berpendapat mereka mempunyai sumbangan  tersendiri kepada masyarakat Islam diseluruh dunia. Kita perlu menghargai semua pihak.

SOALAN: Mengapa interpetasi Islam Wahabi tidak digalakkan di Malaysia?

JAWAPAN: Sekiranya "Wahabi" bermakna mengajak orang ramai kepada  kefanatik, tegar, tegas, tidak berkompromi dan sebagainya. Saya  menentangnya. Pada pendapat saya sesetengah pandangan agama di negara -negara Teluk adalah jumud, terutama mengenai wanita, orang bukan  Islam dan isu politik serta beberapa perkara lain. Tetapi terdapat  juga pendapat yang baik dan sesuai dikalangan mereka. Bagaimanapun,  walapun kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka, itu tidak  bermakna kita boleh menduduh mereka sebagai pengganas.

Dari pandangan wartawan barat, perkataan "wahabi" mempunyai banyak  konotasi. Semuanya membawa kepada pandangan bahawa ia adalah  pergerakan islam yang dilihat secara tegas mengikut nas-nas di dalam  al-Quran dan hadis, tetapi pada masa yang sama menolak untuk  mempertimbangkan interpetasi moden yang dipengaruhi oleh barat. Di

Malaysia, perkataan "wahabi" adalah sesuatu terma yang misteri. Ramai  menggunakan terma itu untuk memfitnah orang lain, tanpa mengetahui apa  maksudnya. Di sesetengah tempat, seorang dituduh sebagai wahabi kerana  tidak bersetuju amalan dan kepercayaan karut. Ini termasuklah  menggantung gambar Sultan ataupun Sheikh ia membawa kebaikan atau  meningkatkan pendapatan mereka, atau mengikat benang hitam pada bayi  baru lahir dengan kepercayaan ia akan melindungi bayi itu dari nasib  kurang baik, dan pelbagai lagi kepercayaan yang melingkari masyarakat.

Apabila orang ramai mula mengkritik amalan ini, mereka secara mudah  berkata "kamu adalah wahabi".

SOALAN: apa pandangan Dr mengenai situasi politik dan agama di  Malaysia secara menyeluruh? Adakah Dr merasa bebas untuk mengamalkan  kepada apa yang Dr. percaya? Adakah Malaysia menuju di haluan yang  betul atau salah, dan mengapa?

JAWAPAN: Pihak berkuasa agama di Malaysia perlu bersikap lebih  terbuka. Sikap mereka ialah untuk memaksa orang lain berfikir pada  satu hala, dan itu bukan mereka sikap masyarakat bertamadun. Mereka  harus ingat apa yang berlaku kepada gereja apabila enggan berubah dan  menekan orang ramai yang ingin perubahan.

SOALAN: Apa matlamat jangka panjang Dr untuk Malaysia? Apa hang Dr  ingin lihat dari segi amalan agama di sini?

JAWAPAN: Kini memerlukan "tajdid" dalam masyarakat Islam. Terdapat dua  definisi yang membabitkan tajdid. Definisi pertama ialah untuk  mengembalikan yang asal seperti mana kita melihat sesuatu yang telah  rosak ataupun telah luput. Contoh lebih praktikal ialah membaharui  lesen memandu.

Definisi tajdid kedua ialah melibatkan inovasi dalam sesetengah  perkara untuk memenuhi kehendak semasa, seperti inovasi kenderaan moden. Dalam perkara ini kita membicarakan sesuatu yang tidak dibentuk sebelum ini, tetapi ia memenuhi kehendak asas yang dikehendaki oleh  manusia. Dalam Islam, inovasi perlu dilaksanakan tetapi ia tidak harus  mengubah agama tetapi memenuhi keperluan atau pandangan untuk membawa  perubahan dengan penuh sabar, tetapi ia tidak harus lari dari asas  kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Banyak isu kontemperari yang kita  hadapi sekarang adalah sesuatu yang tidak berlaku di masa lampau.  Untuk memastikan kelangsungan masyarakat, pelbagai pendapat baru  diperlukan. Pendapat ahli teologi mungkin tidak salah, tetapi telah  luput berikutan perubahan masa dan keadaan.

* Wawancara ini dipetik dari The Wall Street Journal

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana