[Mcm2Ada] Belajar dari legenda – Oleh Aishah

 http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/08/aishah-front-pix.jpg
Semakin lengkap pemahaman kita dengan sejarah maka semakin dekat juga kita mengenal dan mengerti diri kita.

Sejarah bukanlah pelarian ke masa yang sudah silam untuk menghindari masa sekarang, melainkan adalah senjata ampuh yang selalu siap digunakan demi menghilangkan hambatan-hambatan, pada masa depan.

Ia sangat berguna dalam perjuangan kebudayaan yang mengarah kepada pembentukan keperibadian suatu bangsa.

Oleh itu, adalah menarik untuk melihat pesan-pesan pada setiap zaman yang diceritakan melalui hikayat.

Budaya dan pemikiran sesuatu masyarakat itu terserlah dalam hasil-hasil kesusasteraan bangsanya dan perkembangan budaya serta pemikiran juga dapat ditanggapi daripada karya tersebut.

Karya kesusasteraan mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat itu. Walaupun penuh dengan mitos dan legenda tetapi diambil antaranya berdasarkan inskripsi, batu bersurat dan pentarikhan.

Mitos dan legenda ini berfungsi sebagai kritik sosial kerana pengarang tidak boleh mengkritik raja secara terbuka. Kezaliman dan perbuatan raja itu dikiaskan di sebalik mitos.

Jika bangsa India dengan Ramayana dan Mahabharata, Yunani melahirkan Illiad dan Odyssey, begitu juga bangsa Inggeris (Beowulf), Sepanyol (El Cid), Finland (Kalevala) dan lain-lain lagi.

Dalam kesusasteraan Melayu lama pula, cerita-cerita epik bersumber daripada epik Hindu, epik kesusasteraan Islam seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah, dan epik Melayu sendiri iaitu Hikayat Hang Tuah (epik rakyat).

Hikayat Raja Pasai juga dikatakan sebagai antara adikarya penting untuk dibaca selain Sejarah Melayu.

Hikayat Raja Pasai (HRP) meliputi satu jangka dalam sejarah Pasai, sebuah tempat di Sumatera Utara. Di sini agama Islam mula bertapak di gugusan kepulauan Melayu pada akhir abad ke-13.

Kisah dimulakan dengan Raja Ahmad dan Raja Muhammad, masing-masing dianugerahkan Tuhan dengan anak yang istimewa.

Raja-raja ini akhirnya berperang berbunuhan sehingga matilah kedua-duanya. Tinggalah cucu mereka yang berpindah ke satu tempat lain. Ada yang menjadi raja.

Dipendekkan cerita, Sultan Malikul Mahmud dari jurai yang sama sanggup membunuh dan menghalau saudaranya sendiri kerana cemburu. Ia akhirnya menyesal, berdukacita dan mati.

Lalu, anaknya, Sultan Ahmad menaiki takhta dan turut mewarisi sikap ayahndanya itu. Pemerintahannya juga telah berhujung dengan kematian. Matinya empat orang anaknya sendiri, dua lelaki (Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil) dan dua perempuan (Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara), juga akibat cemburu. Dia juga kesal dan melarikan diri entah ke mana.

Ada mesej yang tegas di situ tentang pemerintahan dan pengurusan negara. Kepala negara yang terdorong melakukan kesilapan sampai sanggup membunuh saudara sedarah.

Hikayat ini bukan tentang perempuan penggoda yang meruntuhkan kerajaan tetapi kelemahan pemerintah Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Ahmad.

Pemerintahan berasaskan warisan yang berhujung dengan tragedi dan negara yang terlepas menjadi jajahan kuasa lain.

Keberanian dan keadilan Tun Beraim Bapa juga terpancar dengan menyelamatkan saudara perempuannya daripada ayahnda mereka sendiri. Dan atas ini juga Tun Beraim Bapa yang setianya seperti Hang Tuah itu, mati. Mati dalam keadaan dia sedar.

Keberaniannya ini tentu sahaja didahului dua saudara perempuanya itu yang memakan peniaram beracun yang diberi ayahnda mereka kerana ingin menyelamatkan Tun.

Tun Beraim Bapa memilih untuk mati (makan baki racun yang diberi) daripada derhaka. Dan dalam konteks ini ia harus dibaca sebagai satu kritik sosial. Kerana kita tahu kerajaan itu juga akhirnya tidak kekal.

Jadi, ia merupakan kritik terhadap sifat raja yang memerintah. Kematian Tun Beraim Bapa tidak dapat membantu ayahndanya diserang dengan kerajaan Sang Nata Majapahit. Kesetiaan yang ditunjukkan oleh Tun Beraim Bapa bukan sia-sia dalam erti bukan untuk dicontohi tetapi dikhuatiri.

Namun, di sebalik semua ini, Tun Perpatih Tulus Agung ingin berkongsi bait yang baik bukan sahaja kepada Sultan Ahmad (tetapi pemerintah lainnya):

Lada siapa dibangsalkan?

Sesama lada sekerati

Pada siapa disesalkan?

Tuan juga empunya pekerti (HRP: 63)

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana