[Mcm2Ada] Gambar Geisha Melayu Terakhir



Syarikat Cube Film Sdn Bhd milik Michael Ang adalah penerbit telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT) yang dijangka menemui penonton pada musim Aidilfitri ini di Astro Ria.




Salah seorang pelakonnya ialah Tiz Zakiah, baginya pengalaman berlakon memegang watak antagonis bernama Ai Ling dalam GMT cukup menyeronokkan. Watak perempuan Cina itu boleh dianggap yang pertama menampilkan sisi 'jahat' bagi Tiz yang cukup diingati dengan peranan gadis bertudung bernama Nur Amina dalam drama siri fenomena di TV3, Nur Kasih. Ai Ling memerlukan Tiz menyandang peranan sebagai 'Mak Ayam Besar' yang mengurus serta melatih pelayan (geisha).


Lebih memeranjatkan watak itu juga perlu menampakkan sisi Ai Ling yang mempunyai naluri yang sama terhadap kaum sejenisnya. Dalam erti kata lain, cenderung kepada gaya hidup lesbian. Tetapi ia lebih bersifat tersirat dan tidak terlalu ditunjukkan pengarahnya. Kata Tiz sambil memberitahu watak Ai Lin memerlukannya bermain dengan perasaan dalaman.



Dazrin Kamarudin yang pernah berlakon di dalam filem Seru dan juga sebagai model memegang watak antagonis sebagai Jeneral Shiro yang jatuh cinta dengan Suraya tetapi cintanya tidak dibalas kerana Suraya menyukai orang lain.





Sinopsis Telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT)
GMT berlatarkan zaman penaklukan Jepun pada awal 1940-an mengisahkan Suraya yang baru kematian ayahnya, terpaksa bekerja dengan pihak Jepun untuk menyara kehidupan keluarganya. Suraya dibawa bekerja di sebuah kelab geisha di Tanah Melayu yang diketuai geisha berbangsa cina, Ai Ling. Di, situ Suraya turut berkenalan dengan geisha bernama Mei. Di kelab geisha itu juga, Suraya mula jatuh cinta dengan seorang askar Jepun bernama Ichiro. Keadaan menjadi buruk apabila sekumpulan askar Jepun mati dibom Malayan People's Anti-Japanese (MPAJA). Jeneral Shiro mengerah penculikan adik perempuan Suraya supaya dia dapat membuka rahsia siapa membocorkan maklumat kepada MPAJA mengenai markas Jepun.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana