[Mcm2Ada] Cyber troopers UMNO (atau lebih dikenali sebagai pecacai UMNO)

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/08/pecacai-pix.jpg
Mereka bangga dengan gelaran cyber troopers yang bunyinya senada dengan storm troopers dari siri filem Star Wars (atau sebenarnya lebih tepat dengan asal nama Stoßtruppen era Jerman Nazi).

Jika watak storm troopers fiskyen sains menjadi alat kepada Galactic Empire yang kejam lagi zalim, seperti mana storm troopers Nazi menjadi anjing-anjing buruan untuk Adolf Hitler, maka cyber troopers yang merelakan diri menjadi perkakas kepada UMNO juga sama kerja dan tugas upahan mereka.

Dalam bahasa seharian Melayu, cyber troopers ini hanyalah pecacai UMNO. Tugas mereka hanya menyerang dan mencipta fitnah untuk memburukkan Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama, dan Islam yang progresif dan inklusif.

Yang penting sekali – berbeza dengan bloggers dan pelayar internet yang menyokong Pakatan – pecacai UMNO ini didakwa mendapat imbuhan untuk melakukan kerja-kerja keji yang hanya berniat memesongkan pemikiran rakyat serta mengapi-apikan perkauman.

Mangsa-mangsa fitnah pecacai UMNO

Ramai pemimpin Pakatan dan aktivis sosial, malah ulama yang berjuang untuk Islam yang adil dan saksama, telah menjadi mangsa fitnah mereka. Fitnah-fitnah pecacai UMNO ini banyak berputar tentang kaum dan agama, Islam dan Melayu, Islam-Melayu dan agama-agama lain.

Bagi pecacai UMNO yang telah lama terdidik oleh tafsiran agama mengikut UMNO, Islam bagi mereka adalah untuk orang Melayu sahaja. Islam telah mereka sempitkan sehingga orang Islam, jika tertelan fitnah mereka, akan sesak nafas dengan kejumudan tafsiran agama mereka.

Mungkin kerana kebanyakan mereka lahir selepas era 1970-an, mereka lupa keterbukaan para pemimpin ulung UMNO tahun-tahun 1940-an – 1960-an yang amat terbuka dalam hubungan baik dengan semua warga Malaysia (dan Malaya) yang berbeza agama dan kaum.

Antara yang hebat menjadi mangsa kecaman dan kutukan mereka – biasanya tanpa hujah dan bukti bernas kecuali caci-cerca dan maki-hamun – adalah pemimpin Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khalid Samad.

Khalid yang cukup pendidikan dalam perjuangan Islam sering ditohmah sebagai "Khalid Gereja" semata-mata kerana sikap terbukanya bertemu, berbincang dan berdialog dengan para pemimpin dan orang-orang Kristian dan agama-agama lain.

Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam dalam blognya Isnin lalu  (http://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html#more) dengan panjang lebar telah melakarkan sifat-sifat dan ciri-ciri cyber troopers UMNO.

Siapa dan apa itu pecacai UMNO

Dalam tulisannya, beliau mencatatkan:

"Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

"Saya kata "Islam itu adil untuk semua" maka mereka menjawab "Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja".

"Saya kata "Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya" mereka menjawab "Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang".

"Saya kata "Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam" mereka jawab "Kamu dah murtad sekali ya Khalid?"

"Saya kata "Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri" mereka jawab "Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan".

"Saya kata "Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat" mereka jawab "Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!"

"Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

"Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

"Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan 'maslahah yang lebih besar' menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

"Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan.

"Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja.

"Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan."

Muntahan pecacai UMNO gagal pengaruhi orang Melayu

Kerja keji pecacai UMNO ini pula sebenarnya tidak banyak membantu parti yang mereka sokong, sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu yang cuba mereka pengaruhi.

Blogger Sakmongkol AK47 – nama pena untuk Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bagi Pulau Manis, Pahang – mempersoalkan kerja-kerja pecacai alam maya tersebut.

Dalam catatan blognya (http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html), beliau menulis (dalam Bahasa Inggeris):

"Beritahu saya secara jujur – adakah anda fikir UMNO akan menang perang di alam maya? Lihat saja artikel-artikel yang dimuntahkan oleh cyber troopers UMNO.  Sesetengah mereka masih terikat dengan idea bahawa Perdana Menteri Malaysia masih lagi Dr Mahathir, jadi artikel-artikel mereka ditulis untuk disesuaikan dengan pendirian yang diambil oleh Dr Mahathir…

"…Majoriti (cyber troopers UMNO) sentiasa memuntahkan artikel-artikel menghasut kebencian, lengkap dengan mencarut dan mengguris perasaan. Bolehkah ini menarik rakyat atas pagar, bakal-bakal pengundi yang berfikiran bebas dan terbuka?"

Jelas pecacai UMNO hanya sekadar mampu memaki hamun dan mencarut. Mungkin bagi mereka mencarut itu adalah hujah.

Jika diperhatikan kebanyakan isu yang mereka timbulkan adalah remeh dan "sensitif" serta berbentuk fitnah – yang ada ditiadakan, yang tiada diadakan, yang kecil dibesarkan, yang bukan isu diputarbelitkan menjadi isu – dengan niat membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap agama dan kaum lain.

Jarang sekali mereka membangkitkan isu-isu besar yang menjadi masalah rakyat seperti kenaikan harga barang, rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa, reformasi pilihan raya, reformasi pendidikan, tender terbuka, kesyumulan Islam sebagai agama yang dihormati semua dan sebagainya.

Seperti kata pemimpin PAS Idris Ahmad, zaman untuk UMNO-BN menipu rakyat seperti pengembala yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembu-lembunya memakan rumput kering sudah berlalu.

Memang ada segelintir bloggers pro-Pakatan yang tidak kurang hebat maki-hamun mereka; namun jika dilayari blog dan laman web mereka, malah hujah-hujah mereka dalam ruang komentar, ramai antaranya yang menyediakan bukti-bukti sahih untuk mempertahankan kritikan mereka.

Jika sekadar pandai mencarut, bijak berselindung di bawah ketiak pemerintah, hebat menegakkan benang yang basah dan gah mempertahankan yang batil, memang tidak ke mana serangan pecacai UMNO.

Yang diserang mungkin sakit di hati, yang dikutuk akan terguris perasaan; namun rakyat yang semakin bijak dan tidak mudah dibakar perasaan akan membuat pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana