[Mcm2Ada] Buku oh buku – Oleh Zainal Khair Mutiyah

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/08/buku-pix.jpg
Perpustakaan mungkin besar gedabak, tetapi tidak ada gunanya jika tidak tersusun rapi seperti mana sebuah perpustakaan kecil tetapi susunannya cantik teratur dan senang dicari.

Begitu juga dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di mana parti komponennya banyak, tetapi berterabur bagai partikel-partikel yang bakal ditarik graviti.

Macam ular sawa selepas berbuka puasa, meniarap kepuasan bila melihat kerajaan dengan angkuhnya berbangga bila penerbitan buku baru di Malaysia kononnya meningkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di sebuah majlis Selasa lalu menyatakan kebanggaan beliau dengan Malaysia yang tersenarai ditangga ke-23 dari 110 negara berkaitan jumlah penerbitan buku baru di Malaysia.

Bangga kerana jumlah tajuk buku berkurangan?

Beliau yang juga Menteri Pelajaran merujuk kepada laporan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang mengatakan Malaysia menerbitkan shampir 16,000 judul buku.

Jika diselidik kembali melalui laporan Unesco itu, Malaysia bukanlah cukup membanggakan seperti apa yang Muhyiddin bangga itu.

Menurut laporan Asean Book Publisher Association yang diambil Unesco, jumlah buku di Malaysia menurun berbanding 2008, dari 16,044 kepada 15,767.

Aneh kenapa pada 2008, Muhyiddin tidak berbangga? Mungkin beliau sibuk dengan kekalahan besar Barisan Nasional agaknya.

Yang lebih penting, di dalam laporan itu, buku-buku terbitan kerajaan juga menurun.

Tambahan, buku-buku yang sepatutnya lebih penting dalam membentuk masyarakat juga menurun.

* Falsafah dan Psikologi (dari 252 kepada 214)

* Sosiologi dan Statistik (315 kepada 248),

* Politik dan Ekonomi (525 kepada 493),

* Sejarah dan Biografi (508 kepada 439)

* Ketenteraan (73 kepada 15)

Begitulah kenyataan bangga beliau dilampiaskan dengan rasa syok sendiri.

Bagaimana pun, secara keseluruhan peningkatan penerbitan buku di Malaysia meningkat hampir sekali ganda sejak 1997.

Masalah DBP, Dawama

Sebelum itu, jangan dilupa tentang Dewan Bahasa dan Pustaka yang memberikan kontrak kepada Dawama Sdn Bhd. Lagilah pelik bila syarikat itu, yang tidak ada sebarang persaingan, boleh jatuh rugi.

Dawama bertungkus lumus 'terjun ke dalam gaung' kerana lebih mementingkan keuntungan maksimum dengan menumpukan kepada hanya pengedaran buku teks sekolah sahaja, berbanding ratusan judul buku ilmiah lain yang dikeluarkan DBP.

Sudahlah tidak tolong DBP edarkan buku-buku yang tersadai di stor mereka, sebaliknya asyik menumpukan pula pada perut sendiri. Mungkim itulah alasan DAP terhadap masalah Dawama.

Tetapi DBP sendiri harus malu. Kononnya pejuang bahasa dan budaya, peruntukan diberi entah berapa ratus juta ringgit sejak bertahun-tahun lamanya. Namun hasilnya tak ke mana.

Adakah Muhyiddin, selaku Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pencapaian akademik rakyat Malaysia, mempunyai jawapan?

Sementara Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong seakan terkejut apabila berkata, adalah mustahil Dawama boleh mengalami kerugian kerana jualan buku teks sekolah menerusi kontrak dengan Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin.

Ada yang tak kena?

Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Adakah ia salah Dawama atau salah DBP? Atau mungkin ada pihak-pihak lain yang terlibat? Maklumlah Barisan Nasional tidak peduli tentang ketelusan, apatah lagi melaksanakan amalan tender terbuka sebagaimana yang menjadi tata cara di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Muhyiddin, yang dilihat lebih sibuk dengan politik kepartian, sepatutnya melihat jauh kehadapan tentang taraf intelek dan akademik rakyat Malaysia, khususnya bahasa dan budaya Melayu yang kononnya diperjuangkan beliau.

Sampai bila rakyat Malaysia akan dipersendakan oleh rakyat-rakyat antarabangsa bila melihat kadar buku yang dibaca setahun hanya sebuah untuk sebulan?

Dan jumlah yang dibaca itu mungkin termasuk komik Naruto dan Doraemon. Dan bolehlah sekali lagi kerajaan mengejar kuantiti berbanding kualiti pula, dalam konteks komik hiburan kosong.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana