RE: [kl-bogel] Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir.

Hahahaha…. Ko takut pasal gaji lar yer?

Ko x takut ko punya bos dok hisap darah ko?

Dia mmg tak hisap 1 shot terus habis....

Nanti dia nak isap apa lagi kalau da abis?

Kalau aku cakap korang UMNOnok mmg dok bergayut kat telor NajisRosmak, korang melenting…

Tak betul ker?

 

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of wakwaka wakwakau
Sent: Saturday, 23 April 2011 10:51 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir.

 

kita tepuk dada tanya selera . muhasabah dr sebelum mengutuk org. ini pandangan sy. bagi kerajaan BN TAK ZALIM . syukur la sbb malaysia ni aman. zalim ke. cuba pikir bygkan anda bekerja disebuah syarikat yg orgnye org BN. pas 2 BN kalah. syarikat tutup. kerajaan baru buat mcm22 undang. janji byk kosong ja. cakap 10 boleh la caya satu ja. bg org keraaaan bl peralihan kuasa. kalu la kerajaan baru perintah n  gaji pun kantoi tk mcm BN perintah mcm mn. igt kita mesti bepijka dibumi yg nyata. bg anwar la. kalu dia bersumpah laknat baru blh caya. cakap mulut sapa tk leh caya. terpulang masing2 ye. org india sumpah pun org islam caya. ni la fitnah akhir zaman. bg sy Al-quran  i2 benar. subhanAllahhila'zhim. amimmmm. assalamualiakum. alhamdulillah

2011/4/23 wakwaka wakwakau <wawakau@gmail.com>

kalu ingat jasa nabi MUHAMAD SAW,  jgn le tgl pic porno nye hehhe

 

2011/3/13 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>

Ada beberapa rakan-rakan komentar dalam blog saya ini menuduh saya tidak tahu mengenang jasa Dr Mahathir semasa menulis sedikit komen tentang buku memoir beliau. Mereka meminta saya jangan memberikan komen negative tentang Dr Mahathir kerana jasanya banyak dan beliau tidak patut di kritik oleh sesiapa yang tidak berjasa seperti saya ini.

Mereka membayangkan kepada saya bahawa Dr Mahathir terlalu banyak jasanya dan beliau tidak boleh di kritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Bagi mereka hanya Dr Mahathir sahaja boleh mengkritik orang lain. Jika Mahathir mengkritik itu teguran ikhlas tetapi jika sesiapa yang mengkritik beliau orang itu ialah manusia yang tidak mengenang jasa namanya.

Dr Mahathir boleh memusuhi sesiapa tetapi tidak siapa pun, termasuk yang beliau musuhi itu memusuhinya. Dr Mahathir boleh mengkritik semua orang tetapi semua orang tidak boleh mengkritik beliau. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu jasa namanya termasuk membunuh UMNO dan memusnahkan telapak perjuangan bangsa saya (kita) sendiri.

Dr Mahathir sewenang-wenangnya menuduh pemimpin lain berbelanja RM20 juta untuk membeli undi semasa perhimpunan agung UMNO (asal) pada tahun 1987 dahulu tetapi ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya itu juga di anggap jasa.

Menggunakan ratusan billion untuk membina projek raksaksa yang tidak penting itu jasa dan mengambil balik pembiayaan pelajaran dan biasiswa untuk anak-anak kita untuk belajar itu juga jasa.

Merugikan wang BNM dalam perniagaan mata wang asing sebanyak 30 billion lebih itu jasa dan sesiapa yang mengkritik isu ini tidak mengenang jasa namanya. Itu dikatakan fitnah.

Banyak lagi yang telah merugikan rakyat yang dilakukannya semuanya jasa. Sesiapa yang mengkritik itu adalah pembawa fitnah dan orang yang pendendam namanya.

Sesungguihnya semua orang ada jasa mereka: tidak banyak sedikit. Jasa tetap ada bergantung jasa itu kepada siapa. Botak Chin adalah perompak yang di tembak oleh penguat kuasa undang-undang lebih dari 20 tahun dahulu. Botak Chin tidak ada jasanya. Tetapi wang rompakan itu digunakannya untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Jinjang dan di Kepong. Kepada peniaga-peniaga kecil yang dibantu oleh Botak Chin itu, mereka menganggap perompak itu adalah seorang yang berjasa setidak-tidaknya kepada mereka.

Semua orang berjasa. Tidak ada orang yang tidak berjasa, termasuk pemimpin-pemimpin kita. berbillion ringgit yang diperolehi secara haram itu digunakan untuk memperkayakan anak-anak dan keluarga dan itu adalah jasa setidak tidaknya kepada anak-anak dan ahli keluarganya.

Anggota tentera dan polis banyak jasa kepada negara. Petani yang besar dan kecil ada jasa mereka kepada negara. Pengayuh beca di Melaka banyak jasa mereka kepada industri pelancungan negara kita. Pegawai-pegawai dan penjawat awam ada jasa mereka. Negara perlukan jasa pemandu teksi. Begitu juga pemandu bas dan keretapi.

Ada yang bertanya apa jasa saya selama ini kepada negara. Mungkin saya seorang di dalam dunia ini tidak ada jasa tetapi kita mesti akui selain dari saya seorang semua manusia yang lain dinegara ini ada jasa mereka.

Imam-imam dan bilal-bilal banyak jasa mereka kepada masyarakat. Pendeknya semua orang ada jasa. Menabur jasa ini bukan ‘privilege’ Dr Mahathir seorang. Malahan ramai yang menabur jasa kepada Dr Mahathir akhirnya di kecewakan oleh beliau sendiri.Mungkin Dr Mahathir patut berfikir dan mengenang jasa-jasa orang lain terhadap beliau sehingga beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun.

Kita mesti ingat Muhammad saw lagi besar jasanya kepada dunia dan alam ini. Jasa Baginda pun selalu di lupakan umat sekarang ini. Kalau semua orang ingat kepada jasa, masakan ajaran Muhammad supaya jangan mengambil harta rakyat dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai kuasa?

Tetapi yang orang ramai persoalkan itu ialah tentang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat. Rakyat tidak mahu menerima segalanya itu sebagai jasa kerana wang mereka diambil oleh pihak-pihak yang bertaraf tinggi melalui rompakan kolar putih melalui rasuah dan sebagainya yang dilakukan secara sistematik itu.

Teringat pula kepada satu kata perbidalan; ‘jika kita duduk di dalam rumah kaca jangan membaling batu ke rumah orang lain’.

Itu sahaja setakat ini.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana