Friday, April 29, 2011

[kl-bogel] Sumpah laknat: Masjid Amru Al-As kecoh


[GALERI FOTO]

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong Pemuda PKR (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul salah seorang anggota 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang tersebut.

Kumpulan trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

NONEDua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Kejar pengarah JAWI

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan itu.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Penuh drama

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar.

NONESelamat kecoh selama 30 minit, masjid agak tenang apabila Datuk T yang dinanti-nanti belum sampai. Ramai sudah mulai keluar daripada masjid dan perkarangannya. Pintu ke ruang solat utama dan semua pintu masuk ke masjid ditutup oleh kira-kira 30 pihak polis.

Sebelum itu, keadaan penuh drama apabila penyokong PKR mengedarkan pelbagai risalah menentang upacara sumpah itu diadakan bermula jam 1 petang.

Kelihatan juga kehadiran Ramlan Abu Bakar yang lebih dikenali dengan panggilan "reformis bogel" sebelum ini. Beliau sempat mengadakan sidang media untuk menghentam ketua Umum PKR itu.

Eskay bagaimanapun hadir bersumpah bersama Rahim dan Shuib kira-kira jam 4.15 petang ketika ketegangan agak reda dengan kawalan ketat pihak polis.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment