[kl-bogel] Apahal baca doa bising sangat ni?
Thursday, April 28, 2011
1. Tanggal 22 April 2011 (Jumaat) yang lalu merupakan sambutan Good Friday bagi orang Kristian. Selalunya kami tak peduli pun dengan sambutan Good Friday ni. Kecuali semasa di Sabah dulu, Good Friday diberi perhatian kerana ia dijadualkan sebagai hari cuti umum. Siapa yang tak suka cuti ya tak?
2. Namun sambutan Good Friday di salah sebuah gereja di Seremban baru-baru ini telah menyentak hati kami.
3. Pagi Jumaat, 22 April 2011, lebih kurang jam 9 pagi, terdengar suara seolah bacaan doa dalam bahasa Inggeris yang terlalu bising hingga kedengaran sampai ke padang Majlis Perbandaran Seremban yang lebih kurang 500 ke 600 meter jaraknya. Seolah speaker itu sengaja dihalakan ke tempat awam untuk semua orang mendengarnya. Bunyi doa itu jauh lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan suara khutbah setiap Jumaat di Masjid Negeri.
4. Sekitar padang Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 2 buah gereja iaitu Wesley Methodist Church dan Church of The Visitation Seremban.
5. Setelah disiasat, Wesley Methodist Church dijadualkan membuat sambutan Good Friday pada jam 6 petang pada 22 April itu, dan hanya Church of The Visitation Seremban saja yang meraikan Good Friday pada jam 9 pagi hari yang sama. Maka sudah tentulah Church of The Visitation yang membaca doa Good Friday mereka dengan kuat dan speaker pula seolah sengaja dihalakan ke tempat awam. Apa motif?
6. Kami dah lama memerhatikan Church of The Visitation Seremban. Kebanyakan pengikut mereka terdiri daripada kaum India yang sering dilihat berkumpul pada hari Ahad. Kawasan sekitar gereja itupun kini dah jadi macam Little India.
7. Walaupun kami pernah memandu melalui gereja itu beberapa kali ketika pengikut mereka berhimpun, tapi tidak pula kedengaran sebelum ini ceramah atau doa mereka dibaca dengan kuat hingga terdengar beratus meter jaraknya. Paling tidak pun bunyi speaker gereja itu hanya kedengaran hingga ke seberang jalan yang bertentangan dengan gereja. Jadi mengapa doa Good Friday kali ini dibaca dengan kuat? Sekali lagi mau tanya macha...apa motif?
8. Church of The Visitation Seremban kebiasaanya mengadakan perhimpunan (mass) mereka dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Tetapi pada hari Ahad jam 9 pagi, mass mereka disampaikan dalam 2 versi iaitu Inggeris dan Melayu. Malah pada hari Ahad minggu ke-5 setiap bulan jam 12 tengahari, mass gereja ini disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Wow...sekali lagi tanya boleh ka macha...APA MOTIF?
9. Adakah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan NGO Islam di Negeri Sembilan tahu akan perkara ini?
10. Untuk apa mass mereka disampaikan dalam bahasa Melayu? Mungkinkah kerana penganut mereka ramai dikalangan Melayu? Adakah Church of The Visitation satu-satunya gereja di negara ini yang mengadakan mass dalam bahasa Melayu?
11. Bacaan doa yang kuat oleh pihak Church of The Visitation Seremban ketika Good Friday 22 April 2011 yang lalu mungkin adalah petunjuk yang ingin disampaikan Allah SWT kepada kita.
12. Justeru, apa tindakan kita? Masih mahu tunduk dengan provokasi gereja? Apa gunanya Perkara 3 dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan? Apa relevannya kewujudan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh di setiap negeri BERAJA?
13. Bible dalam bahasa Melayu. Mass gereja pun dalam bahasa Melayu. Terima kasih 1Malaysia!
Comments
Post a Comment