[kl-bogel] Kemban Kuyup ~ Batik Basahan
Tiada ditahtakan seribu intan
mahu pun disalut songket sutra sebidang
hanya berbalut batik lepas basahan
dalam kolam nyaman bersiram
namun indah mu tiada bandingan
pada kulit ~ bergelinang
pada rambut ~ bagai diusap air simbahan
pada tengkok ~ basah titis-titisan
di celah dada ~ dibelai air lelehan
kuyup kemban dikulit terlekat
bagaikan indahnya satu dakapan ... dingin .....menghangatkan
biarnya aku tiada berjasad lagi
biar aku hilang pejalnya tulang berisi
biar ku cair mengalir pergi
biar syurga bagi ku
sekadar berembun di hujung rambut mu
dan gugur menyusur di celah betis mu
biar kecai berpercik di situ
biar ku hidu harum bersih mu
biar ku mengalir bak rindu membasahi tubuh
biar segala damba dan buaian
biar cita dan segala impian
jadinya bagai rangkulan
kemban kuyup ~ batik basahan
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment