[kl-bogel] Menteri lantik anak sendiri jadi duta?!
Heheheh… Mesti suka org UMNOnok…
Berita drpd org UMNOnok nih….
Friday, April 29, 2011
Membaca pelbagai rintihan masyarakat marhain berkaitan kenaikan harga barang kebelakangan ini, orang atas
Maka aku menelusuri pak menteri manakah yang menjaga portfolio ini. Bila terjumpa kementeriannya, hati kecilku berkata,"Patutlah, dah memang menterinya 3 suku." Membaca dan terus membaca, di tambah dengan info terkini daripada para sahabat, aku melihat betapa bebal dan 3 sukunya menteri yang seorang ini.
Berikut adalah statement si Pak Menteri yang menarik perhatian aku:
"Bank Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah menyuntik dana ketika mana Bank Rakyat hampir bankrap dulu..." - kata Menteri Otak 3 Suku dalam penjelasan pembukaan semula saham Bank Rakyat.
Kataku pula:
Apa bincek eh yang menteri ni cakap? Apakah menteri ini tidak sedar bahawa hampir bankrapnya Bank Rakyat suatu ketika dulu disebabkan seorang pemimpin Umno yang gilakan 'Boxing'? Kalau disuntik semula pun modalnya oleh kerajaan, hakikat sebenarnya dana itu dipulangkan semula oleh kerajaan disebabkan pemimpin tolol Umno itu. Jadi apo bondo ko cakap ni menteri? Kan lebih baik diam dari bercakap, apatah lagi bila bercakap menampakkan paloi dan otak 3 suku.
Terbaca artikel Metro yang terbaru berkenaan anak lelaki (artis) pak menteri yang bingai tadi, akalku terdetik;
"Si artis aka anak lelaki menteri dilantik sebagai duta Bank Rakyat di bawah kementerian bapanya.(Sila lihat pengakuan mamat jambu yang boleh menjadi kegilaan Bro Anu itu di sini."
"Sebagai duta bank, sudah tentu anak si menteri akan terlibat dengan segala macam promosi bank. Adakah free? Tak mungkin. Sebab sekarang masuk tandas awam pun kena bayar. Siapa yang bayar? Ayahnya kah atau bank? Bukan ke bank datangnya dari duit rakyat?"
"Adakah unsur-unsur salah guna kuasa mula ditunjukkan oleh sang Menteri 3 Suku ini?"
"Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
i. Meminta/Menerima Rasuah
ii. Menawar/Memberi Rasuah
iii. Membuat Tuntutan Palsu
iv. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan untuk kepentingan diri sendiri
Apakah pak menteri dan juak-juaknya tidak menyedari perkara ini?"
"Jika anak pak menteri tu sekadar anak Abu atau anak Hazli atau anak Nini, adakah dia akan ditawarkan sebagaii duta bank berkenaan sedangkan pencapaianya dalam muzik apalah sangat? Ada menang award ke?"
"Apakah kerana dia anak menteri, maka dia akan jadi duta serta mendapat manfaat daripada kementerian bapanya itu? Itu baru bab duta, belum lagi cerita bab pemilikan saham bank tersebut sejak bapaknya pegang kementerian tu. Ada bisik-bisik cakap,"Wow, not bad!!"
DS Najib kena melihat dengan serius perihal Menteri 3 Suku ini. Kita tidak mahu ada lagi orang berpangkat yang menggunakan Umno untuk tali perut diri & keluarganya sahaja.
SPRM juga harus melihat betapa seriusnya perangai Menteri 3 Suku ini. Atau mungkinkah SPRM berterusan kaku dan bisu selepas kes kematian 2 individu sebelum ini di lubuk SPRM sendiri.
Tak lama lagi nak PRU ke 13, janganlah kerana hal sebegini, kita kehilangan satu kerusi parlimen menteri terbabit kepada pembangkang.
Comments
Post a Comment