[kl-bogel] Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan
"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.
Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi "lembaga keselamatan khas" dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.
Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.
Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah "tidak betul". --
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment