[kl-bogel] DAP anti-Cina kerana utamakan Melayu, kata MCA
Tuduhan MCA bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap anti-Cina kerana terlalu mengutamakan kepentingan dan kebajikan orang Melayu telah mendedahkan pekung dalam Barisan Nasional. Tuduhan itu mengejutkan UMNO dan BN sendiri kerana selama ini UMNO, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia, saban hari menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan DAP telah mengabai dan meminggirkan orang Melayu. Tuduhan MCA Semalam, Pengerusi Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa Guan Eng mengancam kepentingan kaum Cina di negeri itu kerana tidak menganugerah tender projek kepada kontraktor kaum Cina. Dalam kenyataannya, Tan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak memberi kontrak kepada Bumiputera secara sewenang-wenangnya semata-mata kerana mahu dilihat adil. Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA memetik kenyataan akhbar Guan Eng pada Rabu lalu yang menyatakan kontraktor Bumiputera termasuk India Muslim (serta 20 peratus daripada...